CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7061|Reply: 51

[Tempatan] Ada kes di China,Pelantikan Aktres China, Fan Bingbing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Cetus Perdebatan

  [Copy link]
Post time 30-5-2024 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, pelakon terkemuka China Fan Bingbing, telah dilantik sebagai duta pelancongan negeri Melaka. Bagi menaikkan nama negeri tersebut di peringkat global, Fan dijadualkan untuk mula mempromosi Lawatan Melaka 2024 bermula 15 Jun ini.



Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh menerusi perkongsian di laman Instagram di mana beliau berjumpa dengan pengurus wakil kepada Fan bagi memperincikan lawatan berkenaan.

Pengumuman tersebut kemudian telah tular di laman X (Twitter) di mana orang ramai memberikan pelbagai reaksi mengenai pelantikan itu.

Fan Bingbing Pernah Terlibat Dengan Kes Mengelak Cukai
Pempengaruh terkenal Ceddy menerusi perkongsian di X turut berkongsi pandangannya tentang pelantikan Fan Bingbing sebagai duta pelancongan Melaka.

Jelasnya, tindakan kementerian melantik pelakon berkenaan menjadi duta untuk mempromosi Melaka di China adalah sesuatu yang menghairankan. Hal ini kerana Fan dikatakan pernah digam di negaranya akibat telibat dengan kes mengelak cukai pada 2018.

Dia dilaporkan mengelak daripada membayar sejumlah besar cukai yang telahpun didedahkan oleh pihak kerajaan.

Aktor The 355 tersebut telah menghilangkan diri buat sementara waktu pada tahun itu semasa disiasat oleh pihak berkuasa China. Memetik BBC, dia telah disaman sekitar $129 juta (kira-kira RM593,388,983.57) kerana mengelak cukai dan kesalahan lain.

“Adakah dia masih mempunyai kuasa di sini? Saya fikir ya kerana ramai orang menyanjungi Fan kerana dia cantik dan berada dalam rancangan besar sebelum ini. Mungkin orang tempatan akan cakap, ‘Omg ini (Melaka) tempat Fan Bingbing makan sebelum ni.’ Tetapi tak pasti bagaimana perasaan pelancong dari China tentang perkara ini,” ujar Ceddy.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2024 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mcm very focus SEA skrg, mungkin da buat kajian hanya di SEA je masih ade peminat, padahal sampai ke hollywood sana ko berlakon. Waktu pesta songkran dia pegi thailand, b4 ni g mana tah. Last yr dtg mkn musang king kat ss2 (kot), takde plak org kerumun eh.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Amik le dilraba..aktress no 1 kat china skang
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Motif ambik aktres sendu kontroversi?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 04:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni boleh dapat pangkat Dato' mcm SRK
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 05:22 AM From the mobile phone | Show all posts
amende ni?…dia suku sakat hang lippo ke ape
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2024 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Loas ni dpt tittle dato seri fan bingbing
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 02:46 PM | Show all posts
Mengapa X  ambik Situ Nurhalizah atau Tan Sri Aliff Sukri sebagai duta pelancongan Mlaka ... Bukankah mereka sudah sangat terkenal di alam semesta .. Alam Melayu China ... Hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2024 03:00 PM | Show all posts
Saman nak sampai $129juta = RM0.6 billion....Ko buat bisnes cuci2 duit ke hape sampai kena saman banyak tu..??
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 03:10 PM | Show all posts
aku mcm pernah baca kes elak cukai tu dah setel pun dan dia dah minta maaf.

aku tak tau apa penerimaan orang ramai.. dan sejauh mana guna muka fan bing bing ni boleh meningkatkan pelawat... tetapi dah lantik tu kita tunggulah kesan mcm mana.. barangkali dia ni sahaja artis antarabangsa yang melaka mampu pun.

kalau tak berjaya sambung dengan orang lain nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 31-5-2024 12:39 AM
Motif ambik aktres sendu kontroversi?

Mader...Dasar pandang ke timur(Jepun)
Nuor.....Dasar pandang ke Tanah Besar(China)
                                
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 31-5-2024 02:46 PM
Mengapa X  ambik Situ Nurhalizah atau Tan Sri Aliff Sukri sebagai duta pelancongan Mlaka ... Bukanka ...


Msia mau amik indon yg bisa telpon sama Tuhan..pokoknya ngak bisa pak...permitnya ngak ada...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 31-5-2024 08:54 AM
Mader...Dasar pandang ke timur(Jepun)
Nuor.....Dasar pandang ke Tanah Besar(China)
                ...


Zaman Tun Det, Jipun kuasa besar Asia.

Zaman Nuar, China is king.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak pelancong china mai masuk tak keluar2 ka apa...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 31-5-2024 12:36 AM
Amik le dilraba..aktress no 1 kat china skang

bukan zhou lu si ke? ke apa nama minah tu. bersepah drama dia.
tp iols minat Jinmai comel sgguh ala2 dilraba muka tak pure cina mata pun bulat

bingbing ni mcm sejuk beku je skrg
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambik Shila Amzah pun ok... Terkenal kat sana hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2024 08:38 PM | Show all posts
shernazz replied at 31-5-2024 08:11 PM
Dia nak pelancong china mai masuk tak keluar2 ka apa...hahaha

Melaka nak artis  yg berak tak cebok
serta bulu tak potong

Melayu ada?




Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 31-5-2024 08:17 PM
bukan zhou lu si ke? ke apa nama minah tu. bersepah drama dia.
tp iols minat Jinmai comel sgguh a ...

Dia dah kena banned kat China, dah tak boleh berlakon, sejuk beku la jadinya. Heran pulak M ambik jadi duta.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Piramida replied at 31-5-2024 08:23 PM
Ambik Shila Amzah pun ok... Terkenal kat sana hehehe

Iols pun setuju amik shila amzah..
Bazir duit jahh amik fan bing bing.. minah ni cainadoll sapa2 ka?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 11:53 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 31-5-2024 02:21 PM
Iols pun setuju amik shila amzah..
Bazir duit jahh amik fan bing bing.. minah ni cainadoll sapa2 k ...

ambik baby shima pun ok ;

rambut badan muka semua ori. takde plastik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.070906 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list