Imigresen berkata ia berlaku susulan majikan mengambil peluang saat-saat akhir bawa masuk mereka menjelang tarikh 31 Mei.
Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh, berkata syarikat penerbangan memaklumkan pihak mereka meningkatkan jumlah penerbangan bawa masuk pekerja bagi penuhi permintaan.
PETALING JAYA: Imigresen menjangkakan ketibaan pekerja asing akan ‘membanjiri’ Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2, menjelang tarikh akhir pengambilan mereka menjelang 31 Mei.
Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh, berkata bilangan itu akan terus meningkat sehingga esok berdasarkan makluman syarikat penerbangan yang akan meningkatkan jumlah penerbangan pekerja asing bagi memenuhi permintaan.
Beliau berkata, sebagai perbandingan sebelum ini, ketibaan harian pekerja asing adalah di antara 500 hingga 1,000 sehari.
“Bilangan ketibaan mula meningkat sehingga 2500 orang sehari pada 22 Mei lalu dan seterusnya pada 27 Mei lalu telah meningkat sehingga 4,000 hingga 4,500 sehari,” katanya dalam kenyataan.
JIM berkata demikian merujuk situasi terkini ketibaan pekerja asing yang tinggi di pintu masuk negara itu.
Sebelum ini dilaporkan, esok merupakan tarikh akhir pengambilan pekerja asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0.
Dalam pada itu, Ruslin berkata setiap pekerja asing yang masuk ke dalam negara ini perlu melalui proses semakan dan pengesahan pemeriksaan kesihatan mereka di KLIA.
Beliau berkata, imigresen juga akan bekerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Berhad menguruskan kesesakan itu bagi memastikan keselesaan penumpang lain di KLIA terjamin.
Katanya, antara tindakan yang telah dilaksanakan adalah dengan menambah bilangan kaunter untuk mempercepatkan proses semakan dan pengesahan.
Beliau berkata, pihaknta akan terus memantau dan menambah baik hal berkaitan menguruskan kebajikan seperti menyediakan makan dan minum untuk pekerja asing yang berada di terminal.
Tiada apa yang pelik. Malaysia banyak kerja low wage & low skilled job yang perlu diisi. Tanpa pekerja asing ni siapa yang akan kerja di construction site, kutip buah sawit,tanam sayur,jadi cleaner di pejabat,tukang kebun,bekerja di kilang,jadi pengawal keselamatan,etc.
Post time 31-5-2024 08:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ini akibat rasuah. Agen rasuah kpd orang dalam yg luluskan, rasuah kpd HR atau pemilik syarikat itu sendiri supaya ambil pekerja asing walaupun tidak memerlukan.
Sebab tu selalu jer kita baca pekerja asing yg masuk calling visa ni takde kerja. Kena kurung.
Buat apa oi ramai2.. Ni cuti sekolah korang dok diam2 kat rumah boleh tak, nak bawak anak pegi aquaria klcc pun jenuh
Dari jauh dah bau pahit dorang kat luar tu.. Dgn acik endon lagi dok tiktok2 depan situ, masuknya tak.. Yela nak masuk cas mahal lagi2 warga asing.. Tu yg mampu pegi batu caves je