CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1593|Reply: 17

[Tempatan] Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim

[Copy link]
Post time 27-4-2024 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kon Yeow berkata pihaknya melihat Pulau Pinang berpotensi tinggi dalam pasaran Muslim bagi pelancong domestik dan antarabangsa. - Gambar fail

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pihaknya melihat Pulau Pinang berpotensi tinggi dalam pasaran Muslim bagi pelancong domestik dan antarabangsa.

"Hari ini, banyak pakej pelancongan mesra Muslim dipromosikan dan selaku kerajaan negeri saya melihat kita ada potensi tinggi dalam pasaran Muslim, namun, kita perlu memastikan mempunyai fasiliti secukupnya yang patuh syariah untuk memenuhi peningkatan pelancong Muslim.


"Makanan sentiasa menjadi perkara yang paling diambil berat kerana kebanyakan pelancong datang ke sini untuk makan dan kita pula tak ada cukup outlet makanan (mesra Muslim)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) Penang 2024 di Setia Spice Arena, di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata lebih banyak kedai makan dengan kepelbagaian pilihan serta kemudahan yang lebih selesa perlu diperbanyakkan bagi meningkatkan kedatangan pelancong sekali gus merancakkan lagi ekonomi negeri.

Sementara itu, Pengerusi MATTA Pulau Pinang Carolyn Leong berkata pameran kali ini menyasarkan RM35 juta nilai jualan menerusi penawaran pelbagai pilihan pakej pelancongan ke destinasi antarabangsa dan domestik, selain penyertaan beberapa ejen yang menawarkan pakej umrah

"Kita juga berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana usaha mereka membolehkan banyak pakej ditawarkan dengan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke destinasi pilihan, sekali gus mengurangkan kesulitan pengembara kerana tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur untuk menaiki penerbangan," katanya.

Beliau turut menjangkakan kehadiran 40,000 pengunjung dari negeri-negeri di utara tanah air pada pameran dua hari itu.
-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
penang tu negara bukan islam mcm china, taiwan, japan korea tu ek
Nk kne tarik tourist muslim dtg..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam banyak2 tempat kat Malaysia ni,
Penangla yg saya takkan repeat.
Driver teruk, makan susah.
Pulak tu, saya tak minat nasi kandar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 02:19 PM | Show all posts
tak hingin dah aku pegi penang. kau kan sembah bangsa cingki hidanglah babi banyak2 utk bangsa korg sdri.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
My lengzhai bawa balik kg dia pun smpai nun p kedah gamaknya mencari kedai makanan halal..bosan katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab aiol suka nasik kandar, aiol tadak masalah dengan Pineng.

Jeruk madu sah2 halal kan, hoho.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2024 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tersenyum simpul la acik2 kepams berpurdah yg penyokong pork free itewww.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 30-5-2024 09:11 PM
Nurul8001 replied at 30-5-2024 01:09 PM
Dalam banyak2 tempat kat Malaysia ni,
Penangla yg saya takkan repeat.
Driver teruk, makan susah.


Betul.....

Tak apa pun kat sana kannn....
Stkat jeruk pak Ali.... Kat kedah perlis pun berlambak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2024 09:19 PM | Show all posts
betul, harap sangat la menteri pelancongan malaysia yang proper dan baru nanti ni, kerjasama dengan agensi berkaitan, offer extra benefit/etc untuk kedai2 makan med-hi end ni ada halal...

ni kat pavi, sah2 kedai jual arak, bertudung tu bangga makan situ sekeluarga... yang fastfood takda halal, tu malas la kita nak debate kan, sebab semua sangat pakar dan arif..

(nak tunggu komen mufti penang yang rajin beri komen, mesra muslim vs cert halal)
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu la persatuan peniaga muslim especially makanan kena ada ikon sticker halal sendiri senang muslim nak identify. Foreigner ni bendul dia ingat segala kedai kat klcc tu halal. Apek2 ni allergic dgn jawi buat label ahli persatuan peniaga islam senang nak identify.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
hmmm sebagai org penang..kena betul2 cari sbb yg halal agak susah esp chinese food…ramai iols tgk org luar makan kedai cina bila ada indon yg bertudung keja..ada je kedai yg takde sijil halal tapi dari zaman atuk nenek makan so anak cucu terus makan…kalau food court muslim friendly hati2 sbb kadang2 pinggan sudu cawan bercampur bila diorg basuh..tak kisah la penang ke mana mencari yg halal itu fardhu..terpulang la ikut tekak memasing kalau tak kisah teruskan..kalau kisah kena byk mencari
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols kalau pi penang mesti nak pi cargas
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 11:08 PM | Show all posts
Kalau buat halal hilang lah rasa ori. Contok babi panggang, macam mana nak buat yang halal ganti anak kambing ka?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 11:12 PM | Show all posts
jihyomelly replied at 30-5-2024 09:36 PM
hmmm sebagai org penang..kena betul2 cari sbb yg halal agak susah esp chinese food…ramai iols tgk o ...

terkenang jiran sebelah, aunty chinese tu, sanggup beli kuali senduk semua nya baru khas asing untuk kita... melayan anak kita macam cucu nya... masa kat singapore, walopon rumah kecik landed, tenang... sebab tu kita tak pukul rata semua singaporean tu buruk perangai, mana2 pun ada je..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 12:59 AM | Show all posts
korang datang time cuti sekolah n public holiday memang la jem nyah oii cuba datang hari Selasa, Rabu dan bukan time orang pegi balik keje, idok le jem mana pon. Nak lagi best naik je moto atau carpool. Tapi kena ingat driver penang amik lesen terbang iya, so...hmmm...camtulah nanti
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 30-5-2024 11:12 PM
terkenang jiran sebelah, aunty chinese tu, sanggup beli kuali senduk semua nya baru khas asing unt ...

tu jenis saling memahami..jiran2 iols skarang byk chinese..cny diorg bg laici tin buah limau..yg lain x bg sbb periuk kuali..masa iols keja the only malay dlm office pun opismate memang tahu kena makan tempat halal..we respect each other..cuma masa kecik2 tak tahu pergi rmh kawan elok suruh dia masak megi la grg hotdog la blk mak marah sbb kata kuali tu bekas babi adoiiii mana paham baru sek rendah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2024 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Mamidingdong replied at 30-5-2024 09:59 PM
Iols kalau pi penang mesti nak pi cargas

cargas yg dulu sedap..iols makan sana dari thn 2000..skarang maybe tukang masak lain plus terlalu byk lauk..port geng plastik itam di bulan posa sbb cargas bukak tiap hari
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 31-5-2024 12:59 AM
korang datang time cuti sekolah n public holiday memang la jem nyah oii  cuba datang hari Selas ...

haipppp yg baru2 ni byk lesen terbang bg org yg dah lama mana ada lesen terbang (iols ambik lesen thn 98) tak larat bebai tgk budak skarang drive…org local cuti skolah memang takkan pi la tempat jem..buat pening
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205510 Replies : 4931
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6260 Replies : 87
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30583 Replies : 224
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21685 Replies : 65
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3633 Replies : 27
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7397 Replies : 52
Cara mudah utk dapat berat ideal
tomazCara mudah utk dapat berat ideal
Views : 9115 Replies : 38
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10817 Replies : 43
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3498 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.067965 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list