CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Tempatan] Hudud PAS - Potong tangan guna pakar bedah.

[Copy link]
Post time 28-4-2014 04:28 PM | Show all posts
namirulmukminin posted on 28-4-2014 02:26 PM
Subra tu keling bodoh..

abih ...dia mewakili puak puak yang undi dia .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2014 04:59 PM | Show all posts


da jadi thread merapu dah.

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 08:51 PM | Show all posts


anya oh anya, kenapa ko pening kpala dgn hudud.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 08:53 PM | Show all posts
Pasai apa orang lani bersunat pakai vius ek? Zaman nabi mana ada pakai vius.... dah tu nak kecoh plak pasal potong tangan pakai vius.... kalu dah macai tu macai la jugak... Harap2 macai dulu bersunat dgn Tok Mudim yang tak pakai vius.... baru sah kekdahnye...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 25-4-2014 03:01 PM
you kata....ikut betul2 mcm mn mention dlm quran&sunnah...so..I nak tanyalah...dlm quran dan sunna ...

Jgn terlalu sempitkan scope..buka minda luas2..

I tak bole salahkan u juga sbb mybe u xtahu mcm mn sesuatu hukum yg xde dlm quran@sunnah dikeluarkan..

Allah hny letak satu je hukum umum iaitu zina..dan ltak syarat2 untuk hukumn hudud dilaksanakan..selain dr ini..hukuman akn jtuh bawah takzir..which means hukuman akn ditentukan oleh pemerintah berlandaskan dalil dlm quran dan sunnah.

I bg cth ok ape hukum dadah dlm islam?zaman nabi dulu mn ada dadah..so para ahli fekah ambil satu asbab dadah dan arak iaitu memabukkan..so hukum dadah adalah haram sama mcm arak..sama juga bg liwat,zina libatkan org bkn islam,rogol dll..hukum ta'zir akn dijatuhkn berdasarkan hukum asal larangan zina..

Cth ye..4 saksi adil..adil itself sgt berat utk dibuktukan..tinggal satu solat 5 waktu saksi itu xboleh dikira adil lagi dan ditolak sbg saksi..bkn sng nak bukti zina..dan 4 orang saksi tu..ade ke orang berzina tgh org ramai?xboleh jatuh hudud kalau syarat tak cukup..

Hudud xbyk pun tujuh je hukum..yg lain yg beratus2 lg semua jtuh bawah ta'zir..tapi itu yg org kita takutkan sangat..
Harap membantu..
Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Lg satu nk tmbh..kadar kemasukan penis ke dalam vagina juga amat penting untuk tentukan zina berlaku atau tidak..bukan mudah..xckup masuk..cuma jatuh bawah khalwat..bkn zina..wallahualam
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-5-2014 06:02 PM | Show all posts
lr7 posted on 29-4-2014 12:04 PM
Jgn terlalu sempitkan scope..buka minda luas2..

I tak bole salahkan u juga sbb mybe u xtahu mcm ...

Itu i tahu...mana2 kesalahan zina yg tidak cukup saksi maka diletak dibawah takzir...soalan I bukan pasal tu..you sendiri kata ikut betul2 mcam mention dlm quran dan sunnah..maknanya apa saja yg berkaitan dgn hukum Hudud sudah di mention dlm Alquran dan sunnah..yous endiri yg kata..sebab tu i tanya soalan...sekiranya berzina dan mencuri itu melibatkan dua atau tiga berlainan agama...hukumnya macam mana?...org islam dihukum sama tak dgn org bukan islam tu?.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 06:13 PM | Show all posts
lr7 posted on 29-4-2014 12:09 PM
Lg satu nk tmbh..kadar kemasukan penis ke dalam vagina juga amat penting untuk tentukan zina berlaku ...

Dibrunei....mereka hudud juga yg bukan islam sekiranya berzina....so...mereka tak letakkan dibawah takzir sekiranya melibatkan yg bukan islam...camno tu PAS nak kenakan hudud pada org islam sahaja?..

BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19 perkataan, termasuk ALLAH dan masjid, oleh orang bukan Islam di negara itu.

Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah.

Lain-lain perkataan diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.

Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam Hardifadhillah Mohd Salleh berkata, Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam.

“Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan  atau kesaksian empat saksi,” katanya.
Menurutnya, mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.

“Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2014 06:28 PM | Show all posts
Kelantan tetap laksana hudud

Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN
utusankelantan@utusan.com.my
Mohd. Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU 30 April - Kerajaan Pas Kelantan bertekad akan tetap melaksanakan hudud di negeri ini walaupun tindakan tersebut mungkin mengundang perpecahan dalam pakatan pembangkang.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sekali lagi menegaskan, hudud merupakan agenda Pas sejak sekian lama iaitu sebelum pakatan pembangkang dibentuk bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah, katanya, pendirian Pas tidak akan berubah meskipun DAP yang selama ini begitu kuat menentang hudud mungkin keluar daripada pakatan pembangkang.

“Kalau dia (DAP) nak keluar, kita nak kata apa. Sebab itu hak dia. Masuk atau keluar (pakatan pembangkang), itu hak masing-masing. Bukan kita tak kisah tapi tidak boleh persoal hak dia.

“Kita akan buat (hudud) sebagaimana kita selalu sebut, pakatan ini baru muncul sedangkan hudud sudah lama dirancang. Inilah masa sesuai untuk laksanakan selepas Pas memerintah Kelantan selama 24 tahun," kata beliau kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Beliau ditanya kemungkinan tindakan Pas yang berkeras melaksanakan hudud boleh menyebabkan DAP keluar daripada pakatan pembangkang sehingga mengundang perpecahan dalam kalangan mereka.

Mengulas gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya ditangguhkan pelaksanaan hudud kerana tidak mempunyai institusi perundangan yang sesuai, Mohd. Amar berkata, Kerajaan Pas Kelantan telah bersedia dan akan menggunakan sistem kehakiman khas.

“Kita akan bentuk satu mahkamah khas untuk membicarakan kes-kes hudud seperti yang terkandung dalam enakmen itu. Selain itu, mahkamah rayuan khas syariah juga akan diwujudkan oleh Kerajaan Pas Kelantan.

“Kita sudah mempunyai senarai calon hakim, cuma kita belum membuat pemilihan lagi. Untuk mahkamah khas, kita memerlukan tiga hakim yang mana dua daripadanya berlatar belakang syariah. Manakala seorang lagi mempunyai latar belakang sivil.

“Lima orang hakim juga akan dilantik untuk mahkamah rayuan khas syariah itu nanti yang mana tiga daripadanya berlatar belakang syariah," katanya.

Mengenai persediaan Kerajaan Pas Kelantan untuk membentangkan rang-rang persendirian berkaitan hudud dalam Dewan Rakyat, Mohd. Amar memberitahu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dijadual bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

“Kedua-dua draf (Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 dan pindaan Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa) 1965) sudah disiapkan, cuma kita perlu bertemu secara rasmi dengan Kerajaan Persekutuan.

“Insya-Allah, Menteri Besar akan bertemu dengan Perdana Menteri untuk menjelaskan perancangan kita sebelum dibentang ke Dewan Rakyat," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... hudud#ixzz30SUWVnMY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 06:30 PM | Show all posts
Perlu dialog, tubuh jawatankuasa khas sebelum laksana hudud

KUALA LUMPUR 29 April - Pemimpin-pemimpin Islam Barisan Nasional (BN) dan Pas perlu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mengenai pelaksanaan hukum hudud yang berperanan memberikan kefahaman jelas kepada rakyat berhubung hukum berkenaan.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, jawatankuasa itu perlu ditubuhkan segera sebelum rang undang-undang persendirian mengenai hudud dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, penjelasan pelaksanaan hudud perlu dilakukan secara meluas termasuk kepada orang bukan Islam yang kini dilihat menentang secara terbuka rang undang-undang terbabit.

“Orang Islam sendiri pun, ramai yang kurang faham apa itu hudud. Ini perlu dijelaskan. Eloklah pemimpin-pemimpin Islam (BN dan Pas) duduk semeja, tubuhkan satu jawatankuasa khas, buat forum, dialog menerangkan kepada rakyat.

&#147erkara ini perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum hendak dibawa ke Parlimen. Kalau nak menerangkannya di Parlimen, ini memakan masa dan kita pun ada banyak perkara lain nak dibawa ke Parlimen," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mohd. Ali berkata, jawatankuasa khas itu juga perlu dianggotai para pemikir Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan dan pengamal undang-undang syariah bagi mendapatkan pandangan yang meluas mengenai hudud.

Dalam perkembangan lain, bekas Ketua Menteri Melaka itu memberitahu, beberapa isu melibatkan Melaka perlu diberikan perhatian khusus oleh Kerajaan Persekutuan, khususnya bekalan air yang dijangka mampu bertahan sehingga 2018 jika pembinaan Empangan Sungai Jerneh tidak dilaksanakan segera.

“Di bandar Melaka juga memerlukan sebuah hospital baharu memandangkan Hospital Melaka kini sudah sesak dan lama. Soal kesesakan juga perlu diberikan tumpuan kerana Melaka merupakan negeri tumpuan pelancong.

“Isu-isu lain membabitkan ke­perluan pembinaan insinerator dan masalah pembetungan berpusat serta perlunya pembinaan lebih banyak rumah mampu milik," tambahnya.

Menjawab isu berkaitan pinjaman keusahawanan, beliau yang kini Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menjelaskan, agensi itu berusaha mempercepatkan proses kelulusan pinjaman bagi membantu melahirkan lebih banyak usahawan bumiputera.

“Sekarang ini kita fokus kepada bidang baharu iaitu perniagaan alat ganti kenderaan dan barangan perkakasan. Kita juga menggalakkan peminjam PUNB meningkatkan rangkaian perniagaan masing-ma­sing bagi mengukuhkan ekonomi bumiputera," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... hudud#ixzz30SUqszdd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 06:31 PM | Show all posts
Yadim: Ruang UMNO, Pas duduk semeja

KOTA BHARU 29 April - Cadangan penubuhan sebuah jawatankuasa teknikal hudud di peringkat kebangsaan secara tidak langsung memberi ruang kepada UMNO dan Pas untuk duduk semeja bagi membincangkan perkara berkaitan masa depan serta hala tuju Islam di negara ini.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kedua-dua belah pihak yang dilaporkan memberi reaksi positif mengenai cada­ngan tersebut membuktikan Islam lebih di­utamakan manakala soal politik kepartian boleh ditolak ke tepi.

Malah, katanya, kese­diaan dua parti politik itu mengutamakan Islam melebihi perkara lain turut disambut baik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila Mursyidul Am Pas itu mengakui beliau menyokong cadangan tersebut.

“Ketika kami bertemu dan berbincang, beliau sebagai bekas Menteri Besar memberitahu men­yokong (cadangan) namun tidak mahu terlibat dan menyerahkan perkara tersebut kepada kepimpinan negeri.

“Ini perkara positif kerana buat pertama kali, satu isu membolehkan dua parti politik besar duduk bersama tanpa perlu meleburkan identiti parti bagi berbincang mengenai masa depan dan hala tuju Islam di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi Nik Abdul Aziz di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar diwujudkan jawatankuasa teknikal khas di pe­ringkat kebangsaan bagi membincangkan hudud membabitkan wakil daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan Pusat dan negeri.

Cadangan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO itu mendapat reaksi positif Dewan Ulama Pas Kelantan yang dilaporkan bersedia menghantar wakilnya bagi menyertai jawatankuasa berkenaan.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, jika diberi kepercayaan pucuk pimpinan untuk mewakili parti dalam jawatankuasa itu, beliau sedia menggalas tugas terbabit.

&#147erkara ini saya serah kepada pucuk pimpinan namun jika diamanahkan, saya tidak akan menolaknya," katanya.

Asyraf Wajdi dalam pada itu memberitahu, pertemuan dengan Nik Abdul Aziz merupakan sebahagian daripada program lawatan beliau untuk bertemu tokoh-tokoh terawal yang pernah memimpin Yadim ketika yayasan berkenaan ditubuhkan 40 tahun lalu.

“Ketika Yadim ditubuhkan pada 1974, beliau (Nik Abdul Aziz) merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang pertama," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... emeja#ixzz30SVCo8Yf
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 06:33 PM | Show all posts
Hudud semakin hampir jadi kenyataan

NIK Abdul Aziz Nik Mat memperkatakan sesuatu kepada Asyraf Wajdi Dusuki di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Irwan Majid

KOTA BHARU 29 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membayangkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan yang diperjuangkan oleh parti itu selama ini semakin hampir menjadi kenyataan.

Tanpa berselindung, beliau menaruh keyakinan tinggi hudud bakal dilaksanakan ekoran menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak mengenai undang-undang Islam itu sejak akhir-akhir ini.

“Dalam sehari dua ini, berita-berita baik sedang dirasai oleh jiwa saya.

“Masyarakat, insya-Allah akan terima (hudud) dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Pertemuan selama sejam itu merupakan sebahagian daripada program lawatan Asyraf Wajdi untuk bertemu tokoh-tokoh terawal yang pernah memimpin Yadim, termasuk Nik Abdul Aziz yang merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang pertama.

Kelmarin, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut melahirkan rasa gembira apabila menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Pulau Melaka, di sini.

Mengulas mengenai cadangan Muhyiddin supaya sebuah jawatankuasa teknikal khas di peringkat kebangsaan diwujudkan bagi membincangkan hudud dengan terperinci, Nik Abdul Aziz memberitahu, beliau menyambut baik saranan itu.

Beliau bagaimanapun menegaskan, tidak mahu terlibat dengan jawatankuasa tersebut dan menyerahkan urusan itu sepenuhnya kepada kepimpinan negeri yang baharu.

“Saya pandang baik (cadangan), saya berasa gembira sehari dua ini memandangkan hudud sebelum ini ditentang," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ataan#ixzz30SVTfiXB
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 06:34 PM | Show all posts
Pas diminta jelaskan niat laksana hudud

Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR 30 April - Pas diminta memberi penjelasan tentang kenyataan seorang pemimpin DAP yang mendakwa parti itu membentangkan rang undang-undang persendirian pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kerana ingin menyaingi UMNO dalam meraih undi pada pilihan raya.

Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sekiranya dakwaan itu benar, tindakan tersebut hanya akan membuka pekung Pas yang sebenarnya mempunyai niat politik untuk melaksanakan hukum hudud.

Menurut beliau, tindakan Pas itu amat mengecewakan kerana seolah-olah mempermainkan hukum Allah SWT bagi tujuan politik kepartian.

“Ini juga satu penghinaan kepada kebijaksanaan orang Melayu yang meletakkan kepercayaan kepada keikhlasan Pas yang kononnya mahu melaksaksanakan hukum hudud.

“Jika dakwaan itu benar, UMNO wajar menjauhkan diri daripada dakyah Pas yang kononnya mahu sokongan UMNO untuk membolehkan rang undang-undang persendirian tersebut diluluskan di Dewan Rakyat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zulkifli mengulas dakwaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang disiarkan oleh portal media hari ini bahawa kepimpinan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dimaklumkan oleh Pas dalam taklimat semalam bahawa tujuan parti itu membentangkan usul hudud adalah bagi menyaingi UMNO untuk meraih undi Melayu dalam pilihan raya.

Beliau menambah, Pas juga mesti mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin DAP terbabit sekiranya dakwaan itu tidak benar.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... hudud#ixzz30SVsIZZg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai plak macai umngok hudud kehulu hudud kehilir
Kalu nak sgt hudud just bantu sesama islam.
Hudud bukan tugas pas je.

Laksana solat jumaat tanggungjawab parti mana plak ye?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.047968 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list