CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10214|Reply: 1

Gempar! P. Diddy belasah kekasih viral

[Copy link]
Post time 21-5-2024 01:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 21-5-2024 02:55 AM

PENYANYI kontroversi, P. Diddy membuat permohonan maaf secara terbuka selepas video memukul bekas kekasih, Cassie Ventura tular dalam media sosial.

Diddy atau nama sebenarnya Sean John Combs, 48, mengakui kesalahannya dengan menegaskan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.


“Saya minta maaf atas apa yang berlaku. Sangat sukar untuk mengingati peristiwa hitam dalam hidup, tetapi ada ketika kita kena lakukan juga. Saya akui, apa yang berlaku itu sangat teruk.

Sekarang saya berada pada titik terendah dalam hidup tetapi itu bukan satu alasan. Kelakuan saya dalam video tersebut sangat tidak boleh diterima.

“Saya mengambil segala tanggungjawab untuk segala kelakuan saya dalam video itu,” ujarnya menerusi hantaran video dalam Instagram.

Terkesan dengan kejadian tersebut, pelantun lagu Victory itu mengakui berasa jijik dengan kelakuan sendiri selain mendakwa telah mendapatkan bantuan pakar terapi.

“Saya berasa jijik ketika melakukannya. Hingga sekarang pun saya masih rasa begitu. Saya telah mendapatkan bantuan profesional, pergi terapi dan masuk pusat rawatan.

Saya juga memohon agar Tuhan memaafkan saya. Saya benar-benar mohon maaf. Pada masa sama, saya komited untuk memperbaiki diri menjadi insan lebih baik setiap hari.

“Saya minta maaf,” ujarnya dalam nada kesal.

Terdahulu, sekitar minggu lalu, Diddy mengejutkan ramai peminat menerusi penularan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah hotel yang memaparkan tindakannya memukul Cassie.

Rakaman video yang diambil sekitar 2016 itu membuktikan dakwaan Cassie yang mengatakan dirinya menjadi mangsa keganasan adalah benar.

Menerusi video berkenaan, Cassie yang kini berusia 28 tahun dilihat berjalan membawa beg pakaian keluar dari bilik hotel di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Ketika berjalan menuju ke lif, Diddy pula berlari ke arahnya dengan hanya memakai tuala dan berstokin.

Diddy kemudian menarik baju Cassie dan menolaknya ke lantai.

Tidak cukup dengan itu, Diddy juga dilihat menendang Cassie sebelum mengheret penyanyi itu masuk kembali ke bilik hotel.

Kes antara mereka sebelum ini menjadi bualan apabila Cassie  mendedahkan perbuatan zalim Diddy terhadap dirinya termasuk dipaksa melayan nafsu ramai lelaki.

Bukan itu sahaja, video lama penyanyi berkenaan bersama bintang ternama Hollywood yang berusia 15 tahun ketika itu telah kembali tular.

Lebih teruk, Diddy berdepan tuduhan pengantunan seksual (sexual grooming) yang melibatkan penyanyi lagu Baby itu dan beberapa nama lain.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2024 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasal p. Diddy yang aku ingat pernah couple dengan j. Lo, ade award apa ntah j. Lo pakai Baku warna hijau bahagian dada bukaan hampir dedah payudara. Lagu pdiddy rap untuk I don't wanna know nyanyian Mario winans, siap hafal rap tu OK
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.087109 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list