CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19527|Reply: 94

Apabila Artis Cerdik memberi pandangan...Erra Fazira to Abby Abadi..

[Copy link]
Post time 2-8-2012 06:36 PM | Show all posts |Read mode
“Saya Tetap Menghormati Cara Dia (Abby Abadi)” – Erra Fazira
Kemaskini oleh Ell pada August 2, 2012 / 8 respon



Abby Abadi dan Erra Fazira, dua nama yang besar dan sudah lama bersama dalam industri hiburan. Pernah berlakon bersama dalam drama bersiri Gerak Khas, OHBULAN! sempat menemui Erra Fazira semalam ketika majlis berbuka puasa bersama Astro bertempat di Royal Bintang, Curve.
Masih mengekalkan kecantikannya, Erra Fazira ketika ditanya mengenai isu yang melanda Abby Abadi hanya tersenyum menjawab soalan yang diberikan.
“Saya menghormati apa yang dia (Abby Abadi) lalui sekarang. Kita tak tahu, mungkin dia ada cara penyampaiannya yang tersendiri,” ujar Erra memulakan perbualan.
Ditanya adakah dia bersetuju dengan tindakan Abby yang secara terang membuat kenyataan tentang politik, Erra menjawab, “Saya tak boleh kata setuju jika kita tak mengenali individu itu secara rapat.”
Erra turut memberitahu bahawa Abby memang seorang yang lantang dan berani bersuara.
“Dia memang seorang yang lantang dan berani bersuara, sejarah pun dah menceritakan Abby ini bagaimana orangnya.
“Saya tak kata tindakan dia betul atau salah, walau apa pun mahu berdakwah, mesti ada saluran yang betul. Jangan berdakwah jika ia mengakibatkan kesan yang negatif. Apa pun, saya tetap menghormati cara dia,” jelas Erra Fazira.
Dalam pada itu, Erra Fazira bakal memeriahkan raya anda di saluran Mustika HD (134) untuk rancangan hiburan Astro, “Mega Raya 2012″ dan Erra juga bakal digandingkan bersama Randy Pangalila dalam rancangan muzikal, “Randy! Oh My Raya!.


Apa Pendapat Uolls?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2012 06:47 PM | Show all posts
ok la... betul jugak.. jawapan yg nampak bijak.... serta selamat. biasa kalo yg sentap2 tu sbb tkene btg hidung... hehehehe.


Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 06:52 PM | Show all posts
jawapan selamat.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 06:59 PM | Show all posts

EF berdiplomatik..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 07:04 PM | Show all posts
terbaeekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 08:44 PM | Show all posts
alaa...jawapan erra tu cam jawapan dalam skrip jah...tak ada kepentingan apa pun kat dia untuk menyebelahi atau menyanggah pendapat abby. Lain la kalau reputz gi tanya zed zaidi ke, sheila rusly ke...mungkin jawapan yang lebih berbeza leh kita baca. len kali nak dapatkan komen pun, cariler orang yang gempak sikit....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2012 08:48 PM | Show all posts
Jawapan Erra sama dengan I, cuma I bukan artis sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 08:51 PM | Show all posts
Wahhh curlasttt sgt jawpan....ok la tu..kira erra ni atas pagaq la ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2012 08:56 PM | Show all posts
dia malas nak ckp lelebih kot...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 08:57 PM | Show all posts
neeria posted on 2-8-2012 06:52 PM
jawapan selamat.....

kaannnn....dia sepatutnya mengakhiri jawapannya dengan kata-kata...."saya pilih mengundi...." atau menyanyikan lagu yang semakin mendapat tempat di corong2 radio dewasa ini..."janji siapaaaaa.......janji kitaaaaaaaa; janji apaaaaaaa.....janji satu meleysiaaaaaaa......." diikuti isyarat 1 Malaysia penuh kebanggaan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 09:24 PM | Show all posts
jangan berdakwah sekiranya menimbulkan kesan negatif?macam salah ayat jer erra ni...
mungkin erra maksudkan berdakwahlah secara berhemah seperti nabi junjungan kita kot..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 09:26 PM | Show all posts
lagipun tiada dakwah yg bertujuan negatif, bukan definisi dakwah ni ialah" menasihat kearah kebaikan ker"?
kalau kearah negatif tu bukan dakwah , tu menghasut kan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 09:28 PM | Show all posts
mohtip sangat aku jadi yg dipertua dewan bahasa dan pustaka malam nih...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 10:02 PM | Show all posts
bagus lah erra masih menjaga hati dan perasaan abby
nampak sangat erra matang dalam menangani media
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 10:06 PM | Show all posts
CERDIK?? sejak bila EF ni cerdik...gelinye ketiak aku ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 10:07 PM | Show all posts
bagi pandangan camtu kira cerdik ke ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2012 10:09 PM | Show all posts
media ni mcm nk provok je...habis retis ditanya tentang abby masuk parti pembangkang...klu yg masuk bite retis masuk umno tak de plak reputz ni tanya mana2 retis....chooyyyy sungguh....!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 10:25 PM | Show all posts
Kalu aku pon bg jwpn mcm erra...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 10:30 PM | Show all posts
Pernah berlakon bersama dalam drama bersiri Gerak Khas,


Drama bersiri gerak khas erra berlakon kah?
Tidak kan.. Abby jah kan..
yang film yang ada erra kan.. pegang watak inspektor syafiqah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 10:40 PM | Show all posts
jawapan erra nih sebenarnye dlm shortcut nye adalah "ADA AKU KESAH"...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.286454 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list