View: 11958|Reply: 85
|
"Hati Saya Hancur", kata Che Tom (Ibu Azmin).
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by pka88 at 6-5-2012 02:35
http://i1164.photobucket.com/albums/q569/pka88/chetom-565x375.jpg
Eksklusif Hari Ibu: Hati Saya Hancur, Kata Che Tom
Kami tiba di sebuah banglo lama dekat Kampung Kolam Air, Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang.Dari jauh kelihatan seorang ibu tua yang bertongkat memandang kami dengan wajah yang cukup sayu.Namanya Che Tom Yahaya, berusia 78 tahun.
Kalau sebut nama itu mungkin ramai yang tak mengenalinya, tapi kalau sebut nama Azmin Ali, Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali,tak mustahil ramai yang akan mengingatinya.Beliau adalah ibu kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini.
Ketika memulakan bicara, Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan ayatnya yang pertama.Namun setiap kali beliau bercakap, setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis membasahi pipi.
”Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,” kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu.Menurut Che Tom, entah dimana silapnya, Azmin, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya.
Kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.
Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.
"Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.”.Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’,Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.
”Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak.
Che Tom pernah berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,” katanya.
Katanya, berbanding enam anaknya,dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.“Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,” kata Che Tom.
Ketika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin, Che Tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.Tetapi beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya, malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu.” Bagi makcik mudah, kalau betul dia rasa dia di pihak yang benar, saman mereka, bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya itu,” kata Che Tom.
Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.Paling mengejutkan pendedahan beberapa blog yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.Bagaimanapun, Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh UMNO sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.
Ketika diminta berkata sesuatu kepada Azmin sempena Hari Ibu esok, Che Tom berkata, beliau redha sekiranya ‘dijemput pulang’ oleh Allah dalam masa terdekat ini dan tidak mengharapkan Azmin pulang menziarahi jenazahnya.
”
Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang, saya malu kepada masyarakat,” katanya.Namun biar apapun yang terjadi, tambah Che Tom, dia tetap sayangkan Azmin.” Saya tak akan buang dia, dia tetap anak saya yang saya bela dari tapak kaki dua jari. Baliklah ke pangkal jalan dan bertaubatlah,” katanya dalam nada perlahan sambil memandang ke arah luar jendela banglo usang tersebut.
(Mynewshub.my)
|
|
|
|
|
|
|
|
[youtube]N3Oeyn7rSv8[/youtube] |
|
|
|
|
|
|
|
setiap 4 tahun iaitu sebelum pilihanraya Mak Tom akan muncul |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# kesempitan
mak die pun berpolitik ke ttg hal2 mcm nie,,, |
|
|
|
|
|
|
|
Monday, November 29, 1999
Ummi and mother steal the limelight at gathering
By Norlin Wan Musa
KUALA LUMPUR: Ummi Hafilda Mohd Ali was the main speaker, but it was her
mother Che Tom Yahya who became the star attraction at one of the largest
ceramah the Klang Valley had seen this campaign period.
The large crowd was partly because Ummi had gone "live" on TV3 yesterday at
2pm to announce, among other things, her ceramah in support of Barisan
Nasional candidate Datuk Fuad Hassan.
During the TV interview, she revealed that her mother and other members of
her family would be present as proof that they supported her and not her
brother Mohd Azmin who is contesting against Fuad for the Hulu Kelang state
seat.
Azmin, a former private secretary to Anwar, had claimed that Ummi was the
"black sheep" of the family.
More than 5,000 people turned up at the Taman Keramat football field as
early as 8pm. Some carried their own chairs and stools while others brought
along mats.
At 8.30pm, the emcee told the crowd that Ummi would be arriving late
because about 100 cars had blocked her way to the ceramah, hinting of a
possible sabotage.
Among the first things she did on taking the stage was to introduce her
mother.
"Who are you going to vote tomorrow," Ummi asked the crowd and they shouted
in unison "Barisan."
At one point some of the women in the crowd yelled at those standing in the
front rows to sit down as they could not get a good view of Ummi although
there was a large LCD screen. She spoke continuosly for 90 minutes.
When a small section of the crowd booed her, she stopped and told them to
leave.
"We are Malays and our customs demand us to be polite and not to interrupt
other people's function," she said. This silenced them but no one left.
The bulk of her speech was a repeat of her allegations against Azmin who
she claimed was living beyond his means.
She had made the same accusation during her TV interview. |
|
|
|
|
|
|
|
pka x support mana2,,,cuma dlm hal ni pka rasa pelik lah kalau ibu pun berpolitik "burukkan" anak,,,sbb tu pka paste dkt sini artikel tue,,, |
|
|
|
|
|
|
|
sabar PKA88
cuma nak membuktikan pilihanraya makin tiba |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tgk video yg dkt atas tue,,,mak die mcm bace skrip je,,,tpi xkan mak die sanggup jatohkn maruah keluarga sendiri,,,kepentingan apa mak die ade,,, |
|
|
|
|
|
|
|
did anybody notice her watch....i dont know...something's not right with tht watch...aku rase weird...poor cik tom or whoever tht was... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# albusseverrusP
what's wrong with her watch? looks expensive? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# pka88
...no no...nothing about price or tht lov shape for tht matter, its juz for a 78 year old to wear a wristwatch for a house interview...n it looks heavy too...i dunno maybe its juz me |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# albusseverrusP
my step grandmother is 88 and she wears a wristwatch at home.now i think it's just you,,,just kidding! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# pka88
..yeah who knows...anyway, i like watching buletin utama nowadays..especially towards the election year...reminds me of those AFV... |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa yang pakai topeng mcm mak azmin tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 14# honam
pulak dah |
|
|
|
|
|
|
|
hadoii..jap lagi macik ni pun ada org pertikaikan mak azmin ke tidak....hahahahaha
Jap lagi adala yang buat skrip kata macik ni SB dia menyamar jadi mak azmin... ada nampak tak dia pakai gelang kuning...haa itu SB ..tak pun macik ni UMNO dah beli...ini semua keja UMNO....blablablablabla... |
|
|
|
|
|
|
|
Umi Hafilda target nak isi kerusi Ketua Wanita ka? gigih tul |
|
|
|
|
|
|
|
umno perlu create kisah sex pemimpin pkr utk larikan org ramai dari berckp ttg kes abg bijan di peranchis |
|
|
|
|
|
|
|
hadoii..jap lagi macik ni pun ada org pertikaikan mak azmin ke tidak....hahahahaha
Jap lagi ad ...
namakurahsia Post at 6-5-2012 12:02
Rupanya Ibu Azmin Adalah Special Branch! Filed Under (berita pisau) by pisau on 6.5.12
Ibu kepada Azmin Ali,Hajah Che Tom rupanya adalah SB dan perkakas Umno.Itulah tuduhan puak pakatan apabila tersebarnya kenyataan dan video rakaman luahan hati seorang ibu terhadap anak derhaka.
Ada yang menuduh ibu Azmin dibayar Umno untuk mengeluarkan kenyataan menghentam pemimpin mereka. Begitu teruk sekali penghinaan yang diberikan kepada ibu malang ini. Beliau hanya meluahkan kekecewaan terhadap anak lelaki beliau .Kecewanya apabila Azmin sanggup mengaku Anwar sebagai darah daging sendiri sedangkan saudara sendiri dihina sebegitu teruk sekali.
Semalam Pisau sempat bertemu dengan Ummi Hafilda,katanya Azmin pernah memaki hamun ibu sendiri apabila beliau berkata "ibu macam engkau ni ,10 orang min boleh cari dekat Chow Kit"
Manakala Anwar pula menuduh Hajah Che Tom dibayar Umno untuk memburukkan Azmin dan PKR. Agaknya kalau tuhan menghukum Anwar dan Azmin satu hari nanti pasti akan dituduh juga dibayar Umno.
Apa jenis manusia yang haprak pakatan sanjung sangat ,dari masaalah rasuah hinggalah kepada masaalah moral.Kesemuanya dihalalkan asalkan matlamat tercapai.Begitu bobroknya politik haprak pakatan.
Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1u42C1zst |
|
|
|
|
|
|
| |
|