CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 0

PETRONAS Chemicals raih untung RM3.897b

[Copy link]
Post time 28-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PETRONAS Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM3.897 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir 31 Disember 2011.\rSyarikat berkenaan yang menukar akhir tahun kewangan daripada 31 Mac kepada 31 Disember, mulai April tahun lalu, berkata pendapatannya dalam tempoh kajian meningkat 16 peratus kepada RM11.9 bilion, didorong oleh pemulihan harga produk olefin dan derivatif, serta baja dan metanol, iaitu penyumbang utama pendapatannya.\r\n\n\n\n\r  Keadaan pasaran menggalakkan melonjakkan harga dua segmen produk berkenaan sebanyak  29 peratus, sekali gus mengurangkan kesan dialami syarikat daripada penurunan jumlah jualan dan pergerakan tukaran asing, katanya dalam  kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  PCG berkata, dalam tempoh dikaji, aktiviti penyelenggaraan pada loji olefins dan derivatif, selain faktor pembekalan gas yang terhad bagi janaan loji pengeluaran baja dan methanol milik kumpulan, menyebabkan jumlah pengeluarannya menurun.\rNamun, katanya, harga produk lebih tinggi dan kos bahan mentah lebih rendah membantu mengurangkan kesan penurunan itu dengan melonjakkan keuntungan bersih kumpulan sebanyak 27 peratus kepada RM2.9 bilion.\rPendapatan sesaham syarikat turut meningkat kepada 33 sen berbanding 28 sen sesaham yang dicatatkan pada tempoh sama sebelumnya.\rPCG berkata berikutan prestasi kukuh itu, Lembaga Pengarah syarikat itu mencadangkan pembayaran dividen akhir tunggal lapan sen sesaham, berjumlah RM640 juta, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) syarikat akan datang.\r\n\n\n\rKatanya, ia adalah tambahan kepada awal tunggal lapan sen sesaham, berjumlah RM640 juta, yang dibayar kepada pemegang saham pada 22 Disember lalu.\rMelangkah ke hadapan, Presiden dan Ketua Eksekutif PCG, Dr Abd Hapiz Abdullah dalam kenyataan itu berkata, kumpulan itu akan terus memberi tumpuan kepada peningkatan kadar penggunaan loji dan mengoptimumkan pengeluaran produk di tengah-tengah peningkatan keperluan permintaan pasaran luar.\rPrestasi kewangan PCG semakin bertambah baik, hasil manfaat kedudukan pasaran yang kukuh di Asia Pasifik dan harga yang lebih baik.\rPembukaan loji baja berskala pengeluaran dunia kami di Sabah adalah sejarah untuk PCG dalam memulakan rancangan pertumbuhan kapasiti pengeluarannya, katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.203397 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list