CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3167|Reply: 38

[Dunia] Rosmah kena lagi, uolssss

  [Copy link]
Post time 18-5-2024 11:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by stingerkentot at 30-5-2024 05:14 PM

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 syarikat lain memfailkan saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah berjumlah lebih AS$346 juta yang didakwa diperoleh daripada dana 1MDB yang diselewengkan.

Selain 1MDB, saman yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Lim Chee Wee Partnership turut menyenaraikan lima anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited; 1MDB Energy Limited; 1MDB Energy (Langat) Limited; Global Diversified Investment Company Limited dan SRC International Sdn Bhd selaku plaintif pertama hingga keenam.

Lima syarikat lain adalah Affinity Equity International Partners Limited; Alsen Chance Holdings Limited; Blackrock Commodities (Global) Limited; Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dan Brightstone Jewellery Limited selaku plaintif ketujuh hingga ke-11.

Kesemua plaintif menamakan Rosmah, yang juga isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan seorang wanita iaitu Shabnam Naraindas Daswani (juga dikenali sebagai Natasha Mirpuri) sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam tuntutan saman itu, kesemua plaintif mendakwa barangan mewah berkenaan termasuk barang kemas, jam tangan dan beg tangan dibeli atau diperolehi oleh Rosmah atau defendan kedua bukan dengan wang defendan pertama (Rosmah) sendiri tetapi dengan dana yang diseleweng daripada plaintif pertama hingga keenam.

"Dana tersebut disalurkan melalui pelbagai entiti luar pesisir termasuk plaintif ketujuh hingga ke-11 sebelum dibayar kepada 48 vendor berbeza untuk pembelian kesemua barangan mewah ini dan sebanyak 320 bayaran berjumlah AS$346,010,489 telah dibuat," menurut pernyataan tuntutan itu.


Oleh itu, kesemua syarikat itu antara lain menuntut Rosmah membayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksirkan oleh mahkamah.


Kesemua plaintif turut memohon perintah agar Shabnam membayar ganti rugi atau pampasan yang akan ditaksirkan kemudian.


Selain itu, plaintif-plaintif turut memohon deklarasi antaranya plaintif pertama hingga keenam mempunyai hak terhadap barangan-barangan mewah tersebut yang kini didakwa berada dalam simpanan Rosmah.


Turut dimohon ialah ganti rugi teruk, teladan, kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Pengurusan kes saman itu ditetapkan pada 24 Mei ini.
-- BERNAMA









This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2024 02:08 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 12:19 AM | Show all posts
agittewww...seorang suri rumah sepenuh masa tapi tetiba dapat saman berlambak daripada kompeni2 besar. Bukan ke suri rumah kalau nak bukak akaun bank, bank akan reject je sebab takda keperluan? opssss..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu dia..  Dengan UMNO parti para perompak teragung ni jugak la PH nak bersetubuh demi mendapat kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ujong2 buang kes, kot sangkut pun buat rayuan pastu lepas bebas bak burung terbang, buang masa jerr
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols lebih berminat nk tau apa dah jadi dgn muka kak rossy..teruk benaww dah tu, udah rupe lukisan budak2 yg tk menjadi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2024 08:25 AM | Show all posts
Banyaknya gugatan drp perlbagai pihak berkaitan 1MDB, tak risau ke dia, nyenyakkah tidurnya. Tak ade ke lawyer yg boleh uruskan kes dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni muka betul dia or org edit or filter bg jd gitu? Tak pernah tgk muka org mcm tu. Beza dia dgn wan azizah setahun je tapi beza betul nmpak struktur muka diaorg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape dahsyat sgt muka mak ros Ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Blackrock Commodities (Global) Limited ni bukan ka susur galur dia penyokong tegar negara harem Yisroel?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa rosmah ni mesti cocok muka atau filler yang paling mahal dah ni. Dah tua jadi cmni. Kalau murah macam kebanyakan retis mesti lagi huduh bengkak2 kembung.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 19-5-2024 09:05 AM
Blackrock Commodities (Global) Limited ni bukan ka susur galur dia penyokong tegar negara harem Yisr ...

Ya loh
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 09:48 AM | Show all posts
ini kes kena scam balik dgn kak ross. cina2 ni ingat merasuah najib KAK ross dgn harapan dapat projek in return. after lanjer kak ross n fren beg birkin hermes jewellery alih2 najib kalah PRU. PADAN MUKA CINA CINA. KO DAH BIASA MERASUAH PEGAWAI2 KERAJAAN KAN. KONON SAMAN NI NAK TUNTUT BALIK DUIT RASUAH HAHAHA berangan masing2
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 19-5-2024 09:16 AM
Aku rasa rosmah ni mesti cocok muka atau filler yang paling mahal dah ni. Dah tua jadi cmni. Kalau m ...

Muka rita rudaini pun nmpk dah pelikmcm muka nasha aziz kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 19-5-2024 10:18 AM
Muka rita rudaini pun nmpk dah pelikmcm muka nasha aziz kan

Rita pjg dagu dia pelik dah..
Dia tu aku pun nak tgk tua dia nanti CMNE
Pakej mulut dan perangai terpaling tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman ler....tuduh ler....jatuhkan hukuman ler.....serve nyer belum lagi...masih boleh lawat cucu di spura...

Hamjad betul

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 19-5-2024 09:16 AM
Aku rasa rosmah ni mesti cocok muka atau filler yang paling mahal dah ni. Dah tua jadi cmni. Kalau m ...

Dengar tak silap hari iteww nak jab buah susu ...dah buat belum?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 10:40 PM | Show all posts
Edited by stingerkaypoh at 19-5-2024 10:43 PM
Joriah replied at 19-5-2024 09:48 AM
ini kes kena scam balik dgn kak ross. cina2 ni ingat merasuah najib KAK ross dgn harapan dapat proje ...

ye ke...

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1113973&extra=page%3D1

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 07:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Cara sikat rambut belahan yg depan tu dah mcm samy velu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.387895 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list