CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1595|Reply: 2

Bimbang hilang suami antara faktor wanita tak jalani saringan kanser

[Copy link]
Post time 18-5-2024 09:47 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Bimbang kehilangan suami serta menjadi beban kepada keluarga, dikenal pasti antara faktor ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di negeri ini.

Pengarah LPPKN Kelantan, Zaharin Bakri memaklumkan setakat April lalu, hanya 130 wanita tampil menjalani ujian saringan kanser pangkal rahim dan payudara di Klinik Nur Sejahtera LPPKN.

Beliau berkata, angka itu sangat rendah berbanding negeri lain, memandangkan terdapat kira-kira 500,000 wanita di Kelantan yang mungkin berisiko mendapat penyakit berkenaan.

"Kebanyakan wanita Kelantan masih teragak-agak atau tidak cenderung melakukan saringan kanser disebabkan faktor itu, selain kurang cakna dengan perkhidmatan disediakan kerajaan untuk mereka, sedangkan kanser payudara dan pangkal rahim ialah antara penyebab utama kematian wanita di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Ibu Peringkat Kelantan Sempena Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita yang dirasmikan Tengku Puan Temenggung Kelantan, Tunku Datuk Noor Hayati Tunku Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zaharin berkata, LPPKN menyasarkan sejumlah 500 wanita tampil menjalani ujian saringan kanser, tahun ini, bagi membantu lebih ramai wanita mengesan penyakit itu lebih awal.

Beliau berkata, hanya 350 orang tampil mendapatkan perkhidmatan saringan terbabit, tahun lalu, dan ia satu perkembangan yang tidak sihat.

"LPPKN Kelantan pernah mengesan wanita seawal usia 20-an menghidap kanser payudara di negeri ini dan berjaya mendapat rawatan susulan kerana penyakit dapat dikesan pada peringkat awal.

"Kerajaan telah menyediakan Program Subsidi Ujian Mamogram sejak 2007 untuk kemudahan wanita di negara ini mendapatkan saringan secara percuma. Kita berharap wanita Kelantan dapat memanfaatkan perkhidmatan ini dengan sewajarnya," katanya.

Zaharin turut menggesa kaum lelaki agar memainkan peranan aktif sebagai pendorong kepada isteri, ibu dan ahli keluarga wanita yang lain untuk tampil menjalani saringan demi kelangsungan serta kesejahteraan sesebuah keluarga.

Katanya, LPPKN akan terus memperkasakan sebaran berhubung perkhidmatan berkenaan kepada rakyat di negeri ini, termasuk menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi lain, selain berkempen secara berterusan. – BERNAMA












This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergi lah buat..
Weols adik beradik doc nasihatkan buat sebab parents dua dua cancer...
Sorang tak survive
Sorang Belum capai tahap survivor...
Iols nak buat cancer marker Hari tu doc tak sarankan plak sebab takut emosi terganggu..
Cisss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2024 09:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.057441 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list