CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

Untung Media Prima RM205.4 juta

[Copy link]
Post time 24-2-2012 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Keupayaan kumpulan mengurus kewangan secara berhemah lonjak prestasi\rMEDIA Prima Bhd, kumpulan pelaburan media bersepadu terbesar di Malaysia meraih keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) tetapi tidak termasuk perkara luar biasa (EI) sebanyak RM205.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.\r\n\n\n\n\r  Ia adalah peningkatan 11 peratus daripada RM185.3 juta diraihnya dalam tahun kewangan sebelumnya.\r\r\n\n\n\n\n  Margin PATAMI, tidak termasuk EI kumpulan itu sepanjang tahun kewangan dikaji ialah 13 peratus berbanding 12 peratus pada tahun sebelumnya.\rPATAMI termasuk EI bagi seluruh tahun kewangan dikaji kumpulan itu bagaimanapun lebih rendah, iaitu RM207.6 juta berbanding RM242.3 juta yang dicatatkan dalam tahun kewangan sebelumnya, disebabkan terutama oleh nilai muhibah negatif daripada pengambilalihan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) yang dimuktamadkan pada akhir 2010.\rPendapatan bersih kumpulan itu dalam tahun kewangan dikaji berkembang kepada RM1.62 bilion berbanding RM1.54 bilion pada 2010, mencerminkan sumbangan kukuh daripada seluruh platform medianya.\rMengulas prestasi itu, Pengerusinya Datuk Johan Jaaffar, berkata keputusan baik dicatatkan Media Prima sepanjang 2011 itu dicerminkan oleh keupayaan kumpulan memberikan penyelesaian menyeluruh di samping pengurusan kewangan berhemah dan kecekapan kos.\r\n\n\n\rKatanya, ia juga disokong penyepaduan inisiatif di seluruh platform media kumpulan, dengan dibantu oleh pengukuhan ekonomi negara meskipun keadaan ekonomi global yang tidak menentu.\r“2011 adalah tahun yang menyaksikan naik-turun ekonomi global, namun kami berjaya mengharunginya dengan mencapai pertumbuhan pendapatan bersih lima peratus, hasil sumbangan dan usaha semua tenaga kerja kumpulan,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi kewangan itu di Kuala Lumpur, semalam.\rHadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Amrin Awaluddin dan Ketua Pegawai Kewangannya, Mohamad Ariff Ibrahim.\rPencapaian memberangsangkan yang dicapai oleh Media Prima tahun lalu itu disumbangkan platform utamanya iaitu rangkaian televisyen, media cetak, media pengiklanan luar dan rangkaian radio.\rRangkaian televisyennya, iaitu Tv3, 8TV, ntv7 dan TV9 yang menjadi platform utama Media Prima mengekalkan kedudukan sebagai peneraju utama prestasi kukuh kumpulan apabila menguasai 47 peratus pasaran penonton tempatan.\rDalam perniagaan media cetak, NSTP mencatatkan pertumbuhan pendapatan lima peratus tahun lalu, disokong pertumbuhan pendapatan pengiklanan sebanyak 12 peratus.\rPendapatan media pengiklanan luar, yang diterajui Big Tree Outdoor dan Kurnia Outdoor pula berkembang 10 peratus tahun lalu berbanding pada 2010.\rSementara itu, rangkaian radio kumpulan yang terdiri daripada Hot FM, Fly FM dan One FM terus menjadi stesen radio pilihan kepada kumpulan pendengar di bawah usia 35 tahun.\rMenuju ke depan, Amrin berkata, pendapatan kumpulan tahun ini bergantung kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan purata pendapatan pengiklanan kebiasaannya adalah antara 1.5 hingga dua kali lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi.\r“Ekonomi negara diunjur berkembang antara 3.5 peratus hingga lima peratus tahun ini. Jika ekonomi berkembang empat peratus, pendapatan pengiklanan kumpulan dijangkakan meningkat antara enam ke lapan peratus,” katanya.\rTegasnya, perniagaan media baru pula dijangka akan menjana pertumbuhan pendapatan kumpulan untuk jangka sederhana dan panjang.\r“Buat masa ini, 95 peratus pendapatan kumpulan dijana oleh pendapatan pengiklanan yang mana 43 peratus daripadanya adalah daripada rangkaian televisyen dan media cetak. \r“Selepas ini kami mahu memberi tumpuan kepada perniagaan media baru,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.710740 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list