CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5618|Reply: 13

Pengurusan Jenazah Ibu Bapa - Korang Mampu? Sedihnyaa Tengok Video ni?

[Copy link]
Post time 17-2-2012 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Maaf la kalau video ni dah pernah ada dalam ni..Aku baru je tengok tadi..bercucuran air mata aku dengar ustazz ni cakap...

Semoga kita mampu buktikan pada mak n bapak kasih sayang kita pada mereka sampai macam ni sekali...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2012 04:36 PM | Show all posts
salamun....
ini video yg baik, contoh yg baik...
malangnya tiada atau kurang di mana masjid yg ku singgah
imam atau ustaz yg nak bawa lembaran kisah ini dlm kaseh RahmatNya....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 07:20 PM | Show all posts
xnampak la plak videonye...adoi la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2012 07:47 PM | Show all posts
xnampak la plak videonye...adoi la...
niezam_cs Post at 17-2-2012 19:20



La tak nampak ke?? klik sini leerr..http://www.youtube.com/watch?v=973drXYjJw8&feature=related
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 07:49 PM | Show all posts
Reply 4# lemak_masin


    tq...kiss skit...muaah..hahahha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2012 07:51 PM | Show all posts
salamun....
ini video yg baik, contoh yg baik...
malangnya tiada atau kurang di mana masjid yg ku  ...
mast3rshad0w Post at 17-2-2012 16:36


Mungkin diorang pun tak terpikir sampai cam ni kot...tengok je lerr ramai gak yang jenazah mereka dimandikan oleh orang lain dan bukan anak-anak merekaa... Tapi dengar kata adik beradik harun din uruskan sendiri jenazah mak diorang (kalu tak silap..) ishhh...

ambik iktibarrrr adjem..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-2-2012 07:55 PM | Show all posts
Reply  lemak_masin


    tq...kiss skit...muaah..hahahha
niezam_cs Post at 17-2-2012 19:49


sama-sama...sesambil kumpul saham akhirat kumpul juga kreditt forum...huhuhuu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 07:56 PM | Show all posts
sama-sama...sesambil kumpul saham akhirat kumpul juga kreditt forum...huhuhuu...
lemak_masin Post at 17-2-2012 07:55 PM



    wahai TT....terbaeekkkkk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2012 12:00 AM | Show all posts
Kisah Benar Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din
Posted on the July 19th, 2011 under Agama by admin  (http://www.harakahdaily.my/kisah ... u-dato-dr-haron-din)


Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya dan sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua ibubapa kita.

Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik-beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din dan adik-beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke dalam diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di negara ini, malah di tempat lain juga.

Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasannya, ibu beliau akan bersembang-sembang dengan jiran-jiran. Para jiran tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau dikatakan pergi ke rumah anak-anak, tidak pula.



Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu jiran mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawapan. Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan alangkah terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz Harun Din dan kawannya telah pun meninggal dunia semasa dalam solat Asar.

Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya, apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid, jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh jamaah perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz Harun Din ini.

Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau (Ustaz Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka.Dengan penuh belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka, mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Harun Din.

Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik mereka dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung bahawa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang berguna. Oleh itu, sebagai penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan jenazah ibu mereka itu.

Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka, mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak hasil didikan tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman. Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik.

Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kita sendiri. Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku. Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai tandah hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita?

Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang-orang kampung atau jamaah masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil peluang terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat kita lakukan, disamping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan kepada ibubapa kita.

Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar ayah/papa/bapa dan ibu/mama/emak dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu untuk diuruskan pengkebumian?

Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang jenazah kita yang telah kaku? Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak dan juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang memerlukan didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan di atas tadi.

Wallahu’alam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 12:45 AM | Show all posts
Reply 9# lemak_masin


    Kalau benar bagus la... harap bukan cerita dongeng..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 12:18 AM | Show all posts
Aku pernah melawat jenazah sorang lelaki - well, lelaki tu adalah bapa mertua adik aku sendiri.  Such a wonderful man.  

Rentetan cerita
Masa dia sakit teruk, anak dia yg kerja doktor pakar yg monitor him.  Pakcik ni menderita lung cancer tapi nobody would tell him, even anak dia yg doktor pun tak nak bagitau...

Lebih kurang 3 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia suruh semua anak2 dia balik and dia panggil seorang demi seorang anak dan menantu untuk beri pesanan terakhir.   Isterinya orang yg terakhir diberi pesanan.  Isteri dia siap cakap, "kau pergi lah dulu" sebab dah tak sanggup tengok penderitaan sang suami.

Pakcik ni sendiri yg cakap yg dia mungkin meninggal dunia pada hari sabtu pagi and true enough, at 9am saturday morning dia menghembuskan nafas terakhir.

Masa hari dia meninggal dunia, aku datang melawat dan air mata aku tak berhenti2 bercucuran.. Aku sangat2 terasa kasih sayang yang cukup kuat antara ahli2 keluarga pakcik ni.  Pengurusan jenazah dari A sampai Z semua diuruskan oleh anak-anak dan menantu-menantu yg semuanya berkerjaya dan berpangkat2 tapi cukup hormat dan sayang pada ayahnya.  

yang hebatnya, isteri pakcik ni tak nangis walau setitik air mata pun, sebab dia dah redha melepaskan suami yg tersayang...  tapi aku mmg menangis sepanjang2 berada kt situ.  Tak pernah aku pergi melawat jenazah dah menangis... but cannot help it.  Even now, bila teringat suasana kasih sayang dalam keluarga tu, air mata mesti mengalir laju.

Kenapa jadi macam tu?  Aku tak berani nak buat andaian.. TAPI.. Pakcik ni mmg selalu solat berjemaah dengan anak2... tegas mendidik dengan nilai2 agama pada anak2 dan isteri.  In fact, pakcik dan isterinya pernah dapat anugerah keluarga misthali lah...  And being around them suami isteri, kita rasa kasih sayang...  MMg very motherly and fatherly even pada anak2 orang lain...

Mudah2an Allah sentiasa mencucuri rahmat pada Bapak *****.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 01:06 PM | Show all posts
Aku pernah melawat jenazah sorang lelaki - well, lelaki tu adalah bapa mertua adik aku sendiri.  Suc ...
nenekglamer Post at 27-2-2012 00:18


Terharunyaa... Sayang betul anak2 n menantu dia sampai ke akhir semua diorang yang buat yeee... tu yang ustaz Don cakap dalam video ni, mak n bapak tu yang perlu latih n didik anak dia dari kecik ilmu agama dan kasih sayang..
kalu dah besar, baru nak start payah lerrr...

Iktibar untuk kita jugaaa....sekurang-kurangnya ada laa terlintas azam untuk didik anak kita sampai boleh jadi cam ni... kalau tak semua pun sekurang-kurangnya ada la sorang yang boleh buat untuk kita nanti...Insyaallah...

ini full videonyaaa...kalu sesapa nak tengokkk...

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 05:11 PM | Show all posts
masa arwah mak aku meninggal, aku temankan arwah  sepanjang dua minggu dia sakit...
tp bila sampai masa nak mandikan dia, aku dah jadi lembik, tak ada kudrat langsung nak mandikan dia, dan pada masa yg sama tak boleh terima hakikat yg dia dah jadi arwah...
tugas mandikan arwah diambil alih oleh adik dan makcik-makcik aku....
sampai la ni tiada sesaat pun aku tak ingat pada dia....

dan aku tak paham napa ada anak-anak yg tak hormatkan ibu depa...cakap kasar, tinggi suara, degil etc...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 10:58 PM | Show all posts
alhamdulillah...masa aruah abah dulu...kami adik beradik sumer perempuan mandikan jenazah abah tapi ader jugak bantuan dari pihak lain contohnya masa nak balik kan badan aruah...masih terkenang dan terbayang2 sehingga sekarang...3 hari sebelum aruah pergi dia sempat berbisik pada saya yang dia dah nak mati...sebak betul hati masa tue...tp syukur sgt sbb sepanjang aruah sakit..kami adik beradik bergilir-gilir menjaga aruah...bila difikirkan skrg...rasa rindu sgt!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.064155 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list