CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9275|Reply: 124

Remaja Islam Murtad Melalui Facebook!

[Copy link]
Post time 8-1-2012 07:26 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Muntz at 8-1-2012 11:56

FB terdedah aktiviti murtad?
Oleh  FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
pengarang@utusan.com.my



SEREMBAN 7 Jan. - Kajian yang dilakukan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) mendapati golongan remaja wanita beragama Islam berusia 20-an yang melayari laman sosial Facebook antara mereka terdedah dengan aktiviti murtad.


Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, trend terbaru itu cukup membimbangkan memandangkan mereka seringkali menggunakan laman sosial berkenaan untuk berkenalan dengan rakan-rakan lain.

''Bermula dengan perkenalan selepas itu mahu berjumpa dan kemudiannya jatuh cinta. Ketika bercinta apa sahaja mereka sanggup lakukan termasuklah keluar daripada agama Islam.


Melalui kajian yang kita lakukan ini kebanyakan yang terlibat adalah golongan remaja wanita.

''Malah berdasarkan maklumat daripada mereka yang terlibat, mereka sudah dibaptis dan mengikut upacara keagamaan.
''Bagaimanapun mereka berjaya kita selamatkan melalui beberapa bantuan yang diberikan oleh badan bukan kerajaan.


Kesemua bukti ini kita perolehi daripada mereka yang terlibat dan bukannya daripada apa yang kita perkatakan'' jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Tertutup Paroi dekat sini hari ini.

Antara tetamu lain yang akan menyampaikan ucapan pada perhimpunan tersebut ialah Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali akan menyampaikan ucapan perdana pada program berkenaan.

Turut menyampaikan ucapan ialah Pengerusi Himpun, Mohd. Azmi Abd. Hamid; Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman dan bekas Mufti Kerajaan negeri Datuk Mohd. Murtadza Ahmad.

Pada sidang akhbar itu juga Mohd. Azmi memberitahu, berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh pihaknya mendapati golongan mualaf turut terdedah dengan ancaman murtad.

''Apa yang kita dimaklumkan golongan saudara baru (mualaf) juga terlibat dalam kes murtad. Setakat ini kita belum mengemaskini data berkenaan dan kita akan dedahkan kemudian, tetapi perkara itu memang wujud," katanya.

Pada masa yang sama, Mohd. Azmi turut menegaskan Himpun akan terus komited bagi membangkitkan kesedaran kepada umat Islam mengenai gejala murtad.

Dalam pada itu beliau berkata, siri Jelajah Himpun akan diteruskan ke Pulau Pinang pada 28 Januari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2012 07:31 AM | Show all posts
Hati2 ya. Ramai Paderi dan Sister Kristian kat Forum nie . Depa mengaku umat Islam pada hal umat kapiaq
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 08:32 AM | Show all posts
bukan artis2 melayu islam pun bole dikire agen memurtadkan orang islam ka?

pesta sana sni, bole dikatakan orang melayu islam la paling byk buat pesta, konsert2 , yg buat semua tu bukannye pertubuhan Agama Kristian, tapi orang2 ISlam yg buat...belum lagi dgn baju ntah apa2 , pakai menjolok mata, peluk sana sini, adegan berahi atas katil lagi, siap kjap jadi org alim, kejap jadi setan, kejap jadi pondan..kjap jadi mat rempit..

filem2,drama jadikn islam ni agama dlm IC aje...ustaz2 tu cuma dijadikan sbg penghalau hantu.. anak remaja dh jadi perangai setan, tkde plak ditegor, semuanya psl hiburan lampau sgt, apa ngo ada bising?

apasal NGOx2 melayu islam takde pun marah bab2 ni.. kata islam konon... tak payahla kata murtad sana sini, nii haaa dpn mata, hiburan cam setan, manala budak2 tak jadi macam setan nirrajim....

bodoh punye NGO...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 08:36 AM | Show all posts
mana pekosa?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 08:42 AM | Show all posts
alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 08:45 AM | Show all posts
murtad diam2 kalu, ngo no hal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2012 08:58 AM | Show all posts
FB dalah agenda yahudi!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 09:03 AM | Show all posts
sesama kita pun tak ada usaha2 nak mengukuhkan akidah.
bila ada yang terkucil, bising2 salahkan orang lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2012 09:06 AM | Show all posts
ni semua salah umngok.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 09:20 AM | Show all posts
bukan artis2 melayu islam pun bole dikire agen memurtadkan orang islam ka?

pesta sana sni, bole d ...
batmana Post at 8-1-2012 07:32


Pesta  ...hiburan      sana   sini    ....puncanya   dari  mana????
mudah   aje    dari   TV  dan  internet   ......
sering  kali   ...  mereka  yg   isle  ke  hulu    ke  hlir   ni   ......
ada   astro  kat   umah   ......    rancangan   astro  terlalu   banyak  hiburan      ...AF   ada   .....      rancangan     nyanyi  
padahal   rancangan  pendidikan       pun  ada   ...national    geograhpic     pun   ada   .....
tetapi  rancangan       hiburan  gak   dipilihnya    ......  nak   wat   mana   ...   dah   ada  hiburan      layan   aje   ....
haramkan      hiburan  baru   ...kami  tak  berhibur    ....    kami   akan   cari  hiburan   lain    lak  .....
padahal    ....     baik   dan   buruk   sesuau   pilihan  di  tangan    anda    .....  
selagi   ada yg  buruk    kami  akan  pilih    yg  buruk   ...nanti  semua   baik    baru  kami  pilih  yg   baik  ......

madey:    diri  sendiri    ...mana   pernah     salah   ....  ayuh       kita   salahkan   umno   ...  hiburan    ....  nyanyi   
akal    kita    biarlah  di  kepala   lutut   .....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 10:23 AM | Show all posts
tak payah fb pun remaja kat malaysia tu lebih westernize dari western sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 11:21 AM | Show all posts
FB lagi jadi punca......sikit sikit FB, masalah itu ini semua berpunca dari FB.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 11:31 AM | Show all posts
Pesta  ...hiburan      sana   sini    ....puncanya   dari  mana????
mudah   aje    dari   TV  d ...
mahathirGX Post at 8-1-2012 09:20



UMNO sudah jadi Tuhan kah? tawarkan yang halal dan yang haram, lepas itu biar rakyat pilih sendiri mahu yang mana. Islam versi apa yang ajar begini kepada UMNO?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 11:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by tambi at 8-1-2012 11:41

Apa nak jadi ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 11:49 AM | Show all posts
nasib baik dorg tak cakap forum macam forum Cari ni punca ramai remaja murtad.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 11:52 AM | Show all posts
Injil tenaga solar dalam simpanan JAIS, kata Hasan
   



Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai bukti sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’ - yang didakwa digunakan untuk mermutadkan umat Islam - dalam milik mereka, kata ahli exco kerajaan negeri Selangor Datuk Hasan Ali.

Apabila ditanya jika sama ada tindakan akan diambil berdasarkan bukti-bukti itu, ahli exco yang exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam itu enggan mengulas lanjut.

"Bukti-bukti ini dimiiki JAIS. Setakat ini tiada tindakan lagi.

"Sama seperti dalam kes DUMC, kami belum memutuskan apa-apa tindakan lagi," kata Hasan (kiri) pada sidang media selepas Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Seremban hari ini.

"Tetapi bukti penting di sini ialah pengakuan orang-orang yang terlibat dalam cubaan memurtadkan umat Islam.

"Saya terpasa kemukakan bukti daripada penduduk yang terlibat, tetapi saya tidak pasti jika saya akan berjaya atau tidak kerana orang-orang ini enggan tampil dan mengakuinya secara terbuka," kata Hasan.

Walau bagaimanapun, Hasan engan melayan soalan lanjut wartawan berhubung ucapannya yang mendakwa bahawa orang-orang Kristian telah menyelinap ke masjid-masjid dengan memakai jubah dalam usaha untuk merapati umat Islam dan mengkristiankan mereka.

Pemimpin PAS kontroversi itu meninggalkan majlis berkenaan secara tiba-tiba sebelum Malaysiakini sempat mengajukan soalan tambahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2012 11:54 AM | Show all posts
facebook ibarat pisau........diguna utk kebaikan jadilah kebaikan...diguna untuk kejahatan jadilah kejahatan..

tapi memang pun kebebasan bergaul melalu media sosial spt FB ni sangat membantu perkembangan perkara2 negatif berbanding yg positif....almaklum, mmg dah sifat umum kebanyakan manusia lebih teruja kepada yg haram.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 12:21 PM | Show all posts
Hati2 ya. Ramai Paderi dan Sister Kristian kat Forum nie . Depa mengaku umat Islam pada hal umat kap ...
budakecik Post at 8-1-2012 07:31



   
wa sokongg. ilmu agama islam pon dorg dah katam agaknya..
dah ghupe ckap cm ostad
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 12:22 PM | Show all posts


وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ  مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ  الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم  بَعْدَ الَّذِيجَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا  لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِي


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu  mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah  petunjuk (yang sebenarnya)”.


Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti  kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak  lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.



QS. al-Baqarah (2) :  120
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 12:25 PM | Show all posts
Injil tenaga solar dalam simpanan JAIS, kata Hasan
   



Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) m ...
tambi Post at 8-1-2012 11:52



    dah orag kristian lagi bijak berdakwah daripada orang Islam, tu pun nak jeles?


orang Islam lak bila ostat zahar derus pandai tarik golongan muda dgn ceramah yg santai & lucu, memasing gigih nak sekat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.076304 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list