CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2646|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Mangsa insiden pokok tumbang layak terima faedah Perkeso

[Copy link]
Post time 9-5-2024 01:40 PM | Show all posts |Read mode

KEJADIAN pokok tumbang yang menyebabkan beberapa kenderaan dihempap pokok di Jalan Sultan Ismail. FOTO Aswadi Alias

Kuala Lunpur: Pemandu e-hailing, Abdul Hayyi Al Hakimi Nazli, 26, yang terbabit dalam insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, kelmarin, layak menerima Faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, berkata pemandu itu cedera pada bahagian kepala, dada, lengan dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Abdul Hayyi adalah pencarum Perkeso bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) dan layak membuat tuntutan faedah Perkeso.

"Dia yang baru mendirikan rumah tangga ini layak mendapat Faedah Hilang Upaya Sementara menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), iaitu cuti sakit dengan kadar RM41.33 sehari.


"Malah, Abdul Hayyi layak memohon faedah rawatan perubatan dan rawatan rehabilitasi, selain tuntutan Faedah Hilang Upaya Kekal sekiranya mengalami hilang upaya kekal," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Ziarah Prihatin ke kediaman ibu saudara Abdul Hayyi, sambil menyampaikan sumbangan wakalah dan kotak prihatin PERKESO, semalam.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamaruzzaman Mat Salleh; Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Mengulas lanjut, Steven menzahirkan penghargaan kepada platform penyedia perkhidmatan, Grab Malaysia dan Kementerian Pengangkutan (MOT) atas inisiatif padanan caruman SKSPS menerusi Belanjawan 2024, sekali gus melayakkan pencarum dalam kalangan penggiat sektor gig dilindungi PERKESO.

Menurutnya, sinergi daripada kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Grab, PERKESO dan MOT membolehkan pemandu e-hailing yang sentiasa bersabung nyawa mencari nafkah untuk keluarga mendapat perlindungan keselamatan sosial tepat pada masanya.

"Saya juga berhasrat menyantuni waris keluarga Allahyarham Md Rizal Atan, seorang korban mangsa insiden pokok tumbang ini dalam tempoh terdekat.

"Sememangnya jaringan keselamatan sosial ini amat penting, termasuk individu bekerja sendiri kerana malang tidak berbau dan perlindungan ini sekurang-kurangnya berupaya memberi sokongan kewangan kepada pencarum atau waris sekiranya ditimpa bencana," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rima-faedah-perkeso
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.048313 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list