CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13335|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jaga kandungan gula, kalori ketika menikmati juadah hari raya

[Copy link]
Post time 12-4-2024 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Jaga kandungan gula, kalori ketika menikmati juadah hari raya

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

12 April 2024 01:18pm








CAP menasihati semua umat Islam yang meraikan Hari Raya Aidilfitri supaya mengekalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula. Gambar kecil: Mohideen




GEORGE TOWN - Sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan untuk umat Islam selepas sebulan berpuasa.

Bagaimanapun, ia bukan tiket untuk kita menikmati makanan dan minuman tanpa had sehingga boleh menjejaskan kesihatan di kemudian hari.



Oleh demikian, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihati semua umat Islam yang meraikan Hari Raya Aidilfitri supaya mengekalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, selain minuman manis, orang ramai juga dinasihatkan supaya mengira kalori setiap makanan yang diambil sepanjang sambutan perayaan ini.



Menurutnya, kebanyakan makanan dan minuman yang dihidangkan ketika hari raya mengandungi kandungan gula dan lemak tepu yang tinggi.

"Sekiranya anda makan tanpa memikirkan kandungan lemak tepu dan gula, maka kalori di dalam badan anda akan meningkat dengan cepat dan menyebabkan berat badan meningkat sekali gus mengundang penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan jantung.

"Untuk mengamalkan pemakanan sihat semasa hari raya, perlu diingat tiga prinsip ini iaitu diet seimbang, makan secara sederhana dan makan pelbagai jenis makanan, bukannya yang berlemak atau manis sahaja.

"Pilih makanan yang rendah gula dan karbohidrat serta tinggi protein dan serat," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.




Mohideen berkata, makan dengan perlahan-lahan boleh membantu pengambilan makanan yang banyak pada musim perayaan ini.

"Gunakan pinggan yang lebih kecil kerana ia boleh membantu anda mengambil makanan dalam kuantiti lebih kecil. Elakkan minuman manis terlalu banyak dan minum lebih banyak air mineral, ia akan membantu anda kekal terhidrat dengan cara sihat.

"Selain itu, memasukkan perahan lemon, limau nipis atau daun pudina ke dalam air kosong juga salah satu pilihan untuk mempelbagaikan minuman anda," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.068951 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list