View: 17267|Reply: 23
|
[Tempatan]
Dah 'jammed' teruk, gaizzzz!
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 7-4-2024 10:34 AM
GUA MUSANG: Aliran trafik pintu masuk ke Kelantan mula sesak dengan kenderaan bertali arus berikutan kepulangan perantau ke kampung halaman sempena Aidilfitri.
Tinjauan setakat 12 tengah hari di laluan Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang-Kuala Lipis mendapati bilangan kenderaan menghala ke kedua-dua laluan berkenaan semakin bertambah, namun trafik bergerak lancar.
Pekerja syarikat swasta Muhd Firdaus Mamat, 26, berkata perjalanannya dengan menunggang motosikal dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur ke Pasir Puteh agak lancar meskipun berdepan beberapa lokasi kemalangan di Bentong, Pahang.
"Saya bertolak dari 6 pagi, ada beberapa tempat yang sesak seperti Plaza Tol Gombak ke Lebuhraya Karak dan paling teruk di Bentong kerana ada beberapa kejadian kemalangan.
"Turut sesak laluan keluar dari Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dari Merapoh, Pahang hingga ke Kampung Mentara, Gua Musang kerana kenderaan perlu menukar dari dua lorong menjadi satu," katanya kepada pemberita di Masjid Buluh di sini hari ini.
Pemandu e-panggilan Mohd Arifuddin Mohamad Zaidi, 25, berkata perjalanannya bersama keluarga untuk pulang beraya telah dirancang seminggu lebih awal bagi mengelak kesesakan jalan raya.
"Hari ini kami mengikut perancangan untuk pulang ke Kota Bharu dengan bertolak pada 4.30 pagi dari Kuala Lumpur dan sampai di Gua Musang pada 10.30 pagi. Saya dapati kesesakan melibatkan kawasan yang berbukit dan akibat jalan 'bottleneck'.
"Saya ingin menasihati pengguna jalan raya supaya menggunakan aplikasi Google Maps untuk melalui jalan yang tidak sesak dan menjimatkan masa kira-kira sejam berbanding jalan biasa," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo mengesahkan berlaku pertambahan bilangan kenderaan dari semalam dan situasi itu dijangka berlarutan hingga menjelang malam raya.
Beliau berkata antara laluan yang terlibat ialah jalan Gua Musang-Kuala Lipis, Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang-Jeli.
-- BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku terliur nak pi restoran kawan2 aku bukak belah kelantan sinun |
|
|
|
|
|
|
|
Walaun hidup terhimpit bersesak balik kg |
|
|
|
|
|
|
|
Aman hidup, buat sesak negeri org jah |
|
|
|
|
|
|
|
Cukuuurrrrr
Dh selamat golek² atas katil
Smlm tukaq angin blk ikot gerik-jeli jln lengang smpai aku ckp mcm xde org blk kg setelah bbelas thn guna jln gua musang/lpt tuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku berdoa semoga air paip AKSB tiada di seluruh negeri Kelantan sampai habis raya agar mangkuk hayun yang kata masalah air di Pasir Mas sudah selesai hari tu terkantoi; rupanya 50 buah rumah saja sudah ada air, 50,000 lagi rumah belum ada air. |
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 7-4-2024 06:31 AM
Aku berdoa semoga air paip AKSB tiada di seluruh negeri Kelantan sampai habis raya agar mangkuk hayu ...
Kalau betul pon tetaplah balik undi lebai jgk nanti chuols. Air takde, mandi sg Kelantan la dengan Nik amar |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 7-4-2024 12:26 AM
Aku terliur nak pi restoran kawan2 aku bukak belah kelantan sinun
Apa nama restoran tu sis...boleh nak try... |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 7-4-2024 06:23 AM
Cukuuurrrrr
Dh selamat golek² atas katil
Smlm tukaq angin blk ikot gerik-jeli jln lengang smpai a ...
yes.....kami pernah dr kelantan balik ke selangor...lalu gerik- jeli -kuala kangsar....
Aman..happy...alhamdulillah
|
|
|
|
|
|
|
|
riyadhK replied at 7-4-2024 08:03 AM
Kalau betul pon tetaplah balik undi lebai jgk nanti chuols. Air takde, mandi sg Kelantan la dengan ...
Kali ini aku betul-betul mahu tengok puak perantau ini terjun sungai Kelate. Nik Amar tak akan join, rumah dia dah ada perigi. |
|
|
|
|
|
|
|
raihaneem replied at 7-4-2024 08:29 AM
yes.....kami pernah dr kelantan balik ke selangor...lalu gerik- jeli -kuala kangsar....
Aman..happ ...
jauhnya uols pusing...tp kalau laluan smooth ok kot. cuma gerik tu la kene fokus betul bila memandu |
|
|
|
|
|
|
|
raihaneem replied at 7-4-2024 08:28 AM
Apa nama restoran tu sis...boleh nak try...
Big oven cafe (dekat PC) dengan kak zimah kitchen (Telaga bata) |
|
|
|
|
|
|
|
Baru lepas servis kete..banyak spare part kena tukar..maklum lah kete dah beberapa tahun kan..
Termenung Ku sundiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Demo nok kecik.kapung jangan le Buang sampah tepi Jalan...
Kalau biasa Buang sampah merata tu..rentikan lah tebiat tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 7-4-2024 10:17 AM
jauhnya uols pusing...tp kalau laluan smooth ok kot. cuma gerik tu la kene fokus betul bila memand ...
Pernah lalu laluan gua musang.....suami serik..tkmau dah.
Dia,suka gerik jeli lg..tp mmg jauh
.tp 2 kali tu ja...
Pastu kami dah pindah dok negeri lain dah... |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 7-4-2024 10:18 AM
Big oven cafe (dekat PC) dengan kak zimah kitchen (Telaga bata)
tq sis...nnti try ushar2 |
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 7-4-2024 06:31 AM
Aku berdoa semoga air paip AKSB tiada di seluruh negeri Kelantan sampai habis raya agar mangkuk hayu ...
aik, lobai menipu di bulan ramadhan? |
|
|
|
|
|
|
|
Negeri pengeksport pekerja teramai |
|
|
|
|
|
|
|
Gua Musang sesak dengan kenderaan perantau
Oleh AIMUNI TUAN LAH
7 April 2024, 3:16 pm
Pertambahan jumlah kenderaan perantau yang melalui bandar Gua Musang hari ini. -Foto AIMUNI TUAN LAH
GUA MUSANG – Jalan masuk ke Kelantan melalui Gua Musang di sini sesak selepas berlaku pertambahan kenderaan perantau yang ingin pulang ke kampung halaman sejak semalam.
Tinjauan Kosmo! mendapati, sambutan Aidfitri semakin dirasai apabila bilangan kenderaan semakin bertambah memasuki Kelantan hari ini.
Kenderaan juga semakin banyak melalui Jalan Gua Musang-Kuala Lipis selain Gua Musang-Kuala Krai dan kesesakan dijangka berlaku sehingga menjelang malam raya.
Seorang perantau, Muhamad Norsyahidan Azim Muhamad Zaid, 33, berkata, dia yang tinggal di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur melalui perjalanan yang sangat panjang untuk pulang ke kampung kali ini.
Katanya, dia bertolak pada pukul 2 pagi tadi dan sampai kira-kira pukul 12 tengah hari di Bandar Gua Musang.
“Perjalanan dari Kuala Lumpur untuk sampai ke Kelantan ini sukar kerana mengalami perjalanan melebihi 10 jam.
“Tiga tempat yang sangat teruk iaitu dari arah Karak ke Bentong, Benta dan Merapoh ke Gua Musang,” katanya.
Muhamad Norsyahidan Azim memberitahu, perjalanan yang panjang menguji mental dan fizikalnya yang sedang berpuasa.
Katanya, dia bersama isteri dan seorang anak reda, namun tetap bersemangat dan tidak sabar ingin bertemu keluarga di Kota Bharu. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|