CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4270|Reply: 0

[Johor] Dugaan Ramadan, baju raya musnah rumah terbakar

[Copy link]
Post time 13-3-2024 04:13 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN rumah pusaka didiami Mohd Saifulizam bersama ibu, isteri dan anak-anaknya di Kampung Tanjung Resang, Endau yang musnah terbakar dalam kejadian malam tadi.

MERSING – Persiapan awal Syawal yang dilakukan sebuah keluarga di Kampung Tanjung Resang, Endau di sini musnah selepas kediaman mereka terbakar malam tadi.

Mohd. Saifulizam Saat, 38, berkata, kebakaran kira-kira 9.15 malam itu menyebabkan hampir keseluruhan rumah pusaka keluarga itu hangus dijilat api.

Katanya, ketika kejadian dia bersama isteri, ibu serta tiga orang anak sedang berehat di bilik masing-masing.

“Kami memang tidak sedar tidak dengar bunyi apa-apa mujurlah Tuhan hendak panjangkan usia kami. Bila isteri sedar terus kami keluar selamatkan diri, motosikal dan kereta sempat diselamatkan dengan bantuan jiran.

“Api marak dengan cepat, barangan lain di dalam rumah seperti baju raya isteri, ibu dan anak-anak yang telah dibeli awal antara yang tidak sempat diselamatkan, ” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Saifulizam yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia baru dua tahun menetap kembali di rumah itu untuk menjaga ibunya selepas pemergian bapanya.

Katanya, dianggarkan mereka mengalami kerugian kira-kira RM150,000 akibat kebakaran itu.

Menurutnya, buat masa ini dia sekeluarga menumpang di rumah pakciknya yang berada di hadapan rumah mereka.

Dalam pada itu, Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata, seramai 19 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau dan Mersing dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kejadian itu.

Katanya, kebakaran rumah melibatkan struktur jenis separuh kekal dan telah memusnahkan 90 peratus daripada keseluruhan rumah tersebut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... nah-rumah-terbakar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.875818 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list