View: 7398|Reply: 38
|
[Jenayah]
Makruh Memakai Lipstick, Boleh Terjilat Dan Menelan Sehingga Membatalkan Puasa!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
Ustaz Wadi Annuar menyatakan dalam ciapannya bahawa makruh hukumnya memakai gincu ketika bulan Ramadan.
Seperti yang diketahui umum, berpuasa di bulan Ramadan adalah satu kewajipan bagi setiap umat Islam yang sudah mencapai usia akil baligh.
Selain tidak boleh makan dan minum, ada beberapa larangan lain yang tidak boleh dilakukan ketika waktu siang pada bulan Ramadan seperti merokok, muntah dengan sengaja dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.
Tetapi ada juga beberapa perkara yang membuatkan orang ramai ragu-ragu sama ada ia boleh membatalkan puasa seseorang atau tidak.
Ustaz Wadi Annuar Dedah Hukum Pakai Lipstik Ketika Berpuasa
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@ustazwadiannuar) oleh seorang penceramah bebas iaitu Ustaz Wadi Annuar, beliau menyatakan bahawa makruh hukumnya memakai gincu ketika sedang berpuasa.
Jelasnya, pemakaian gincu dibimbangi boleh menyebabkan seseorang terjilat bibir dan menelannnya sehingga membatalkan puasa.
Ini Pula Penjelasan Dari Bekas Mufti Wilayah Persekutuan
Memetik sumber dari Maktabah Al Bakri, bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri juga pernah mengulas hal ini apabila menerima persoalan sama daripada orang ramai.
Beliau menyatakan bahawa hukum wanita memakai gincu serta alat solek sebagai perhiasan adalah diharuskan selagi mana tiada dalil yang menunjukkan sebaliknya.
Walau bagaimanapun, berbeza pula dengan pemakaian gincu ketika sedang berpuasa di bulan Ramadan yang perlu lebih berhati-hati.
Dr Zulkifli memaklumkan bahawa hukum penggunaan gincu pada siang hari di bulan Ramadan adalah TIDAK MEMBATALKAN PUASA selagi mana tidak ditelan masuk sehingga ke dalam rongga.
Jika hanya sekadar dirasai di bibir, maka ia masih tidak membatalkan puasa seseorang.
Perkara ini turut dikukuhkan lagi berdasarkan fatwa Ibn ‘Abbas R.Anhuma mengenai merasa makanan iaitu:
لَا بَأْسَ أَنْ يَذُوقَ الْخَلَّ أَوِ الشَّيْءَ، مَا لَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَ صَائِمٌ
Maksudnya: Tidak mengapa untuk merasa cuka atau yang lainnya, selagi tidak memasuki tekaknya dan dia sedang berpuasa.
Tambah beliau lagi, hukum ini sama seperti jika seseorang mahu merasa makanan yang dimasak pada bahagian lidah tanpa menelannya.
Kebanyakan kitab-kitab fiqh mazhab al-Syafi’e juga menyebutkan mengenai isu merasa makanan ini dan kebanyakannya mengatakan perbuatan itu adalah makruh kerana dibimbangi boleh tertelan dan membatalkan puasa.
Perkara Yang Dianggap Membatalkan Puasa Tetapi Tidak Sebenarnya
Walaupun sudah berpuasa selama berbelas atau berpuluh tahun, tetapi mungkin ada sesetengah daripada kita yang masih keliru dengan perkara yang membatalkan puasa.
Ada yang kata tak batal, ada yang kata batal?
Berikut adalah senarai perkara yang sering dianggap boleh membatalkan puasa tetapi tidak sebenarnya. Antaranya:
Mengorek hidung
Menggunakan inhaler
Menggunakan ubat titis mata
Merasa makanan pada hujung lidah
Menderma darah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ape lah jadah nya org nak jilat lipstik...bukan sedap pun...pelik lah aih... |
|
|
|
|
|
|
|
Lain ustaz lain ajarannya.
Aku ikut yg mudah je |
|
|
|
|
|
|
|
itu klu terrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrjilatkan? boleh dimaafkan ....ajaran forumer mana klu terrrr boleh dimaafkan syarak. |
|
|
|
|
|
|
|
meols tak berkenan dgn suara ustaz wadi, mcm dibuat2 sedih...why kena buat suara mcm tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Lip balm tak boleh jugak ke? Tgh panas kering ni bibir merekah... |
|
|
|
|
|
|
|
ye tak berkenan dgn cara dia guna sore gitu..lemau rasa. ustad Badlishah jga best |
|
|
|
|
|
|
|
kan...ustaz lain elok jer guna suara biasa....
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia igt kenyang agaknya jilat lipstick. Huhuhu btw, awat kita nak kena jilat lipstick pulak ni?? Time tak puasa tu termakan lipstick skali sebab mmg solid food berlaga2 dgn bibir time makan. Ni tak makan tak minum jadah nak jilat lidah pula. Pelik2 je lobai takda tauliah ni lah |
|
|
|
|
|
|
|
CARI-Author replied at 12-3-2024 01:55 PM
Dah nama pun TERjilat, TERtelan takkan batal puasa jugak. Bukan sengaja pun.
Melebih lebih dlm agama ni takut jadi syirik je. Memandai mandai tukar hukum sah jadi batal. |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita2 why perkara mudah x boleh ditinggalkan spt mencukur kening, bermekap berlabihan, perfume berlebihan, perhiasan berlebihan, bertanding baju dan emas utk riak takbur |
|
|
|
|
|
|
|
Takat Wadi ni idok la, akak flip hair jah.
Kalau Dr Zul ka Maza ka yang cakap, akak dengar juga la. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu bulan je kott.. tak payah la pakai lipstick.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by miss_white at 13-3-2024 08:07 AM
Bulan puasa pakai liptiks mekap mcm tak real je puasa .nnti org pandang ingat macam xpuasa
|
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 12-3-2024 08:39 PM
Wanita2 why perkara mudah x boleh ditinggalkan spt mencukur kening, bermekap berlabihan, perfume ber ...
Sebab sekarang ada banyak istilah nak merendah2 dan mencerca rupa paras wanita. Rupa desa lah, rupa below par lah, rupa awam some more, apa lagi? Mcm2 la.
Rupa paras tak boleh ubah, tapi, penampilan boleh, bukan nak minta puji, tapi nak elak kena keji. |
|
|
|
|
|
|
|
“pemakaian gincu dibimbangi boleh menyebabkan seseorang terjilat bibir…”
Terjilat bibir suami, eh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|