CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15109|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gangguan bekalan air berjadul di Barat Daya bermula Isnin malam

[Copy link]
Post time 27-1-2024 05:51 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

George Town: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berjadual dijangka berlaku bermula Isnin malam (29 Januari) berikutan kerja-kerja pengalihan dan sambungan paip 600 milimeter (mm) yang merentasi Sungai Perai, Butterworth dekat sini.

Menurut PBAPP dalam kenyataan, gangguan bekalan air itu bermula pada 11.30 malam dan melibatkan pengguna di daerah Barat Daya.

Kerja-kerja lencongan paip baharu 600 mm itu diatur untuk memberi masa 29 hingga 53 jam kepada pengguna yang terjejas untuk menyimpan air, menurut PBAPP.

"Kerja-kerja penyediaan tapak bagi paip baharu 600mm itu telah mencapai 81 peratus dan dijangka siap sepenuhnya 11.30 malam esok dan selepas itu kerja pengalihan paip tersebut dijalankan (bermula Isnin malam).



"Berikutan itu akan berlaku gangguan bekalan air berjadual di kawasan yang terlibat dengan paip dari Sungai Perai dan pemulihan bekalan air untuk 84 peratus daripada 120,000 pengguna terjejas dijangka selesai (pada) 3.30 petang Selasa," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, menurut PBAPP, pemulihan bekalan air untuk baki 16 peratus pengguna terjejas termasuk di hujung paip agihan dan kawasan tinggi dijangka selesai pada 3.30 petang Rabu.

PBAPP turut memaklumkan pemulihan bekalan air bagi 84 peratus pengguna, susulan kerosakan paip di dasar Sungai Perai yang telah siap dibaiki, berjalan mengikut jadual.

"Namun begitu, PBAPP sedang mengepam air dengan berhati-hati untuk mengelakkan satu lagi kemalangan di Sungai Perai," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan pengguna di daerah Barat Daya yang telah menerima bekalan air disaran untuk menyimpan air untuk gangguan bekalan air berjadual pada hari Isnin nanti.

Kejadian paip bocor di dasar Sungai Perai pada Selasa lepas adalah kali ketiga selepas insiden pada Disember tahun lepas dan 12 Januari.

Berikutan itu, kerajaan Pulau Pinang melaksanakan kaedah pemasangan paip gantian sementara merentasi Sungai Perai, yang berfungsi sekurang-kurangnya lapan bulan, sementara menunggu penggantian paip kekal di dasar sungai itu siap.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bermula-isnin-malam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.072630 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list