CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7461|Reply: 0

[Sarawak] Pameran fotografi 'Mysterious Heart of Sarawak' 11-17 November

[Copy link]
Post time 10-11-2023 04:21 AM | Show all posts |Read mode


SIBU: Orang ramai terutama peminat seni dipelawa menyaksikan pameran fotografi 'Mysterious Heart of Sarawak' yang akan diadakan di lobi Hotel Kingwood Sibu mulai 11 hingga 17 November ini.

Pameran tersebut dianjurkan Persatuan Fotografi Sibu (SPA) serta disokong Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

SPA dalam satu kenyataan memberitahu, pameran dijangka dirasmikan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan pada Sabtu ini, jam 2 petang.

Pada penghujung September lepas, persatuan telah menghantar satu rombongan ke Belaga untuk merakamkan gambar suku kaum Kajang, yang terbahagi kepada kumpulan-kumpulan etnik yang berbeza seperti Sekapan, Lahanan, Punan, Tanjung, Kanowit dan Kejaman.

Sepanjang program itu, SPA hanya dapat mencari suku kaum Sekapan, Lahanan dan Punan.

Oleh itu, pameran fotografi kali ini akan mempamerkan gambar-gambar ketiga-tiga suku terbabit untuk tatapan orang ramai buat julung kalinya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.058332 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list