CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2672|Reply: 0

Shahrol Yuzy cabar Mokhzani

[Copy link]
Post time 4-10-2023 10:35 AM | Show all posts |Read mode

SHAHROL Yuzy berpengalaman lebih 30 tahun sebagai penggiat sukan bermotor.

Kuala Lumpur: Legenda sukan permotoran dua roda negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini tampil bertanding jawatan Presiden Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) pada pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, 5 Oktober ini.

Pencalonan Shahrol Yuzy dikemukakan oleh Persatuan Sukan Bermotor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PSBWPKL) sekali gus menyaksikannya akan mencabar penyandang jawatan berkenaan iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Shahrol Yuzy yang juga Presiden PSBWPKL sememangnya bukan asing dalam arena sukan permotoran dan cukup dikenali selaku pelumba pertama negara beraksi pada musim penuh di Kejuaraan Motosikal Dunia.

"Pengalaman lebih 30 tahun sebagai penggiat sukan bermotor serta merupakan bekas pelumba Malaysia pertama di Kejuaraan Motosikal Dunia, Shahrol Yuzy adalah calon yang sesuai dan layak untuk mengetuai MAM.

"Pihak persatuan melihat perubahan perlu dibuat agar sukan bermotor Malaysia terus dimartabatkan dan menjadikan MAM sebagai wadah perjuangan buat semua penggiat sukan bermotor tanahair.

"Jurang di antara jawatankuasa tertinggi, ahli, pemegang taruh serta penggiat sukan bermotor sememangnya perlu dikecilkan agar kesemua pandangan dan pendapat dapat diketengahkan seterusnya menjadikan MAM lebih mudah didekati oleh semua pihak," kata PSBWPKL dalam satu kenyataan.

Jelas kenyataan itu lagi, MAM juga perlu berubah dan berusaha untuk mengadakan hubungan baik dengan pihak kerajaan agar mereka memahami dengan betul mengenai perlumbaan haram dan gejala rempit yang tidak pernah selesai sejak dari dulu lagi.

"Pelan pembangunan menyeluruh serta penggalakkan belia Malaysia menyertai sukan bermotor secara sah juga adalah perkara mustahak yang perlu diambil berat oleh MAM.

"Oleh itu, pihak persatuan mengucapkan selamat bertanding buat Shahrol Yuzy serta semua ahli persatuan dan ahli gabungan MAM. Semoga dengan pemilihan ini akan lebih mengeratkan lagi silaturahim diantara semua ahli gabungan serta dapat memajukan lagi industri sukan bermotor di Malaysia," kata kenyataan itu lagi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... yuzy-cabar-mokhzani
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.942320 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list