CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1323|Reply: 0

[Melaka] 15 rumah rosak dibadai puting beliung

[Copy link]
Post time 29-7-2023 12:30 PM | Show all posts |Read mode

Anggota APM UMT membantu mengalihkan bumbung rumah penduduk yang diterbangkan angin puting beliung di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara. Foto Ihsan APM UMT

Alor Gajah: Sekurang-kurangnya 15 rumah di Kampung Pasir Gembur dan Balik Batu di Tanjung Bidara, di sini, rosak dibadai puting beliung jam 7 pagi tadi.

Kejadian turut menyebabkan bumbung sebuah rumah penduduk tercabut dan diterbangkan angin sejauh beberapa meter dan video berkenaan tular di media sosial.

Pegawai Pertahanan Awam Unit Masjid Tanah (UMT), Leftenan (PA) Shahrul Riza Saiful Bahry ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima maklumat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berhubung kejadian pada jam 9 pagi.

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dikejarkan ke lokasi bagi memberi bantuan.

"Setakat bancian awal, sebanyak 10 rumah di Kampung Balik Balik Batu dan lima lagi di Kampung Pasir gembur mengalami kerosakan pada bumbung.

"Anggota APM turut memberi bantuan dalam kerja-kerja membersihkan sisa bumbung yang tersangkut di rumah penduduk," katanya.

Shahrul Riza berkata, pihaknya juga difahamkan setakat ini tiada penduduk mengalami kecederaan akibat insiden puting beliung berkenaan.

"Kita tidak menerima apa-apa maklumat penduduk cedera dalam kejadian puting beliung ini.

"Kerja-kerja bancian kerosakan rumah penduduk juga masih dijalankan ketika ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adai-puting-beliung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.055037 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list