CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

[Perak] Bekas pegawai bank didakwa tipu pelaburan lebih RM100,000

[Copy link]
Post time 12-7-2023 01:14 PM | Show all posts |Read mode

BEKAS pegawai bank (tengah) didakwa atas dua pertuduhan penipuan membabitkan pelaburan berjumlah RM110,300 di Mahkamah Majistret Kampar. - UTUSAN



KAMPAR: Seorang bekas pegawai bank didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan penipuan membabitkan pelaburan berjumlah RM110,300.

Tertuduh, M. Pathmanathan, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret A. Hafiizh Abu Bakar.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperdaya S. Kogeelan, 32, untuk menyertai pelaburan Maybank Bond/Affin Hwang Bond sehingga mendorong lelaki itu menyerahkan wang tunai berjumlah RM30,000 sebagai bayaran modal masuk.

Kesalahan itu dilakukan bapa kepada tiga anak itu di Pejabat Maybank Cawangan Kampar, Jalan Gopeng Kampung Masjid daerah Kampar pada pukul 11 pagi, 28 Mac 2023.

Tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan sama dengan mendorong M. Jessinta Mary, 52, menyerahkan wang berjumlah RM80,600 secara pindahan ke akaun miliknya bagi pelaburan daripada produk Maybank.

Perbuatan itu dilakukan di lokasi sama antara pukul 1.22 petang 25 Oktober 2021 sehingga 6.35 petang pada 22 September 2022.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara setahun hingga 10 tahun dan dengan sebat serta denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M. Esther Jacyntha manakala tertuduh diwakili peguam Baldip Singh.

Terdahulu, Esther Jacyntha mencadangkan jaminan RM55,000 bagi kedua-dua pertuduhan namun Baldip memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya telah memberi kerjasama baik sepanjang siasatan kes dilakukan tanpa niat melarikan diri.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 bagi pertuduhan pertama dan RM15,000 pertuduhan kedua masing-masing dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Julai depan. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ran-lebih-rm100000/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.050799 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list