CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 1

Mata Terbeliak & Tangan Mengecut, Wanita Mati Lepas Makan Coklat Misteri

[Copy link]
Post time 2-6-2023 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Malang nasib seorang wanita yang maut selepas makan coklat yang dihadiahkan sempena ulang tahun kelahirannya.


Lindaci Viegas Batista de Carvalho dari Brazil menerima sejambak bunga dan coklat dari individu tidak dikenali sempena meraikan hari istimewanya.




Mirror




Wanita berusia 54 tahun itu dilaporkan meninggal dunia selepas memakan coklat itu yang dipercayai keluarganya, mengandungi racun.


Kakaknya, Lenice Batista berkata, mangsa mula berasa mual dengan matanya terbeliak selain tangannya mula mengecut selepas menikmati coklat itu.


Katanya, Carvalho disahkan meninggal dunia selepas tiba di hospital di Rio de Janeiro.


"Anaknya yang juga pernah cuba makan coklat itu terselamat kerana sempat meludahkannya kerana rasanya tidak enak," katanya.


Sementara itu, saudara-mara wanita itu juga mendakwa dia diugut di media sosial sebelum kejadian itu.


Lapor Daily Star, wanita itu didakwa menerima panggilan mencurigakan pada Sabtu minggu lalu mengenai penghantaran untuknya, sebelum dia meminta bungkusan itu ditinggalkan di kedai teman lelakinya.


Carvalho membawa coklat itu ke salun kecantikan, tetapi pada mulanya enggan makan sehingga dia bertanyakan kepada bekas suaminya yang mengaku memberi hadiah itu.


Bagaimanapun, selepas kematian Carvalho, bekas suaminya mendakwa dia bergurau mengenai penghantaran itu, malah kakak mangsa tidak menganggap lelaki itu sebagai suspek kerana kedua-duanya mempunyai hubungan baik.


Sementara itu, polis sedang menyiasat dakwaan berkenaan manakala analisis coklat itu dijangka selesai dalam tempoh 30 hari.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 2-6-2023 04:04 PM

Takde beza pung dgn ummah nusantara ni yg hantar santoo sirihh melalui makanan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.242858 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list