CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

[Sarawak] Didenda RM200 kerana miliki RM1,800 dalam akaun bank secara tidak sah

[Copy link]
Post time 18-4-2023 10:34 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM200 atau penjara empat hari ke atas seorang lelaki selepas dia mengaku bersalah memiliki RM1,800 dalam akaun banknya secara tidak sah.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Kho Chin Hua dari Kampung Iran, Niah, Miri yang membuat pengakuan bersalah itu.

Kho didakwa di bawah Seksyen 37(2) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1985 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga bulan dan denda sehingga RM500 jika sabit kesalahan.

Kho melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Chong Lin Park, Jalan Tabuan di sini sekitar jam 4.42 petang pada 7 Disember 2021.

Berdasarkan fakta kes, pengadu membuat laporan polis selepas memeriksa akaun perbankan dalam taliannya dan mendapati dana RM1,800 telah dipindahkan ke akaun bank Kho.

Siasatan polis mendedahkan pengadu telah ditipu oleh seorang pemanggil yang mendakwa sebagai pegawai Kementerian Kesihatan dan pegawai polis dari Ipoh.

Kho juga mengakui telah menyewakan kad ATM miliknya kepada seorang lelaki tidak dikenali dengan harga RM200 dan dia juga gagal mengenal pasti siapa lelaki itu.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala Kho tidak diwakili peguam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.053404 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list