CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

[Sarawak] Aidilfitri: LSS lancar operasi di seluruh negeri

[Copy link]
Post time 18-4-2023 10:15 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail
“LSS memantau keadaan dan menjalankan operasi penguatkuasaan di seluruh negeri yang dijadualkan bermula 19 hingga 21 April untuk fasa pertama dan fasa kedua pada 29 April hingga 1 Mei sepanjang sungai utama dan terminal penumpang.”

Ding Tiew Wong
Pemangku Kontroler LSS

Oleh Reno Benjamin

SIBU: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) melancarkan operasi di seluruh negeri membabitkan 115 anggota penguat kuasa dan 15 bot laju bagi memantau peningkatan trafik penumpang sungai berikutan cuti sekolah dan Hari Raya Aidilfitri ini.

Pemangku Kontroler LSS Ding Tiew Wong berkata, operasi membabitkan dua fasa itu bermula secara tentatif dari 19 hingga 21 April bagi fasa pertama manakala fasa kedua dari 29 April hingga 1 Mei depan.

“LSS memantau keadaan dan menjalankan operasi penguatkuasaan di seluruh negeri yang dijadualkan bermula 19 hingga 21 April untuk fasa pertama dan fasa kedua pada 29 April hingga 1 Mei sepanjang sungai utama dan terminal penumpang.

“Seramai 115 anggota penguat kuasa serta 15 bot laju terlibat dalam operasi berkenaan. Sehingga kini, tiada permohonan untuk perjalanan tambahan.

“Perjalanan tambahan adalah berdasarkan permintaan dan secara 'ad hoc'. Permohonan perjalanan tambahan boleh dipohon dan kelulusan boleh diberikan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ding menjelaskan pengusaha bot penumpang mesti memastikan bot mereka dilengkapi sepenuhnya dengan peralatan keselamatan dan memiliki Permit Pengangkutan Sungai (PPS) yang sah.

“Mereka tidak dibenarkan membawa penumpang berlebihan iaitu lebih daripada jumlah dinyatakan dalam permit. Kegagalan mematuhi peraturan itu menyebabkan pemilik/juragan didenda RM5,000 dan penjara dua tahun mengikut Seksyen 34 [2] Ordinan Sungai Sarawak 1993,” katanya.

Beliau juga mengingatkan pengusaha-pengusaha bot supaya tidak menaikkan tambang sesuka hati.

Mengenai penumpang menaiki bot laju, bot panjang dan sebagainya, Ding menasihati mereka supaya memakai jaket keselamatan semasa dalam perjalanan.

Beliau berkata, juragan bot terbabit bertanggungjawab terhadap keselamatan penumpang dan harus memastikan jaket keselamatan dipakai sebelum meneruskan perjalanan mereka.

"Penumpang serta orang ramai dinasihati supaya tidak bersesak-sesak di terminal atau jeti bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

"Penumpang juga dinasihati mematuhi arahan berkaitan keselamatan diberikan oleh pegawai penguat kuasa LSS yang bertugas di terminal atau jeti," jelasnya.
Katanya, langkah-langkah keselamatan itu bagi memastikan semua mereka balik ke kampung dengan selamat.

Oleh itu, LSS merayu kerjasama pengusaha bot, penumpang, orang ramai dan pengguna sungai mematuhi peraturan dan garis panduan bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.224013 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list