CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 0

[Sabah] Pendataan Warga Asing Sabah Mula Di Sektor Perladangan, Kata Pembantu Menteri

[Copy link]
Post time 1-12-2022 08:25 PM | Show all posts |Read mode


Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Abidin Madingkir, berkata pendataan warga asing Sabah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh enam bulan dari sekarang.
KOTA KINABALU: Sabah sudah memulakan aktiviti pendataan warga asing secara “pilot test” di beberapa ladang kelapa sawit milik Kumpulan Syarikat Sawit Kinabalu yang juga syarikat milik penuh kerajaan negeri dan akan diteruskan sepenuhnya dalam tempoh enam bulan dari sekarang, bermula dengan sektor perladangan.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Abidin Madingkir, berkata pendataan ini melibatkan semua pemegang kad IMM13, Sijil Banci MKN, Dokumen JKM (Burung-Burung) dan semua warga asing yang bekerja di Sabah.

“Kerajaan negeri memulakan aktiviti ini secara berfasa untuk memastikan segala proses pendataan dijalankan dengan teliti, teratur dan efektif, kerajaan juga akan mendapatkan data-data Biometric yang dilengkapi dengan ‘facial recognition’ (sistem pengecaman wajah).

“Semua data yang diperolehi adalah milik kerajaan negeri, manakala aktiviti pendataan tidak akan memberikan taraf kewarganegaraan,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Bajet 2023 Sabah.

Beliau menjawab soalan Darell Leiking (Warisan-Moyog) dan Chong Chen Bin (Warisan-Tanjong Kapor) yang membangkitkan isu berkaitan pendataan warga asing ketika sesi perbahasan, sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Abidin berkata belum ada kredit karbon yang diperdagangkan di Sabah setakat hari ini.

Katanya, bagi tujuan saringan ke atas sebarang projek kredit karbon yang hendak dilaksanakan di Sabah, kerajaan telahpun menubuhkan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Sabah (SCAC) yang dipengerusikan setiausaha kerajaan negeri.

“SCAC juga bertanggungjawab untuk menetapkan hala tuju dan membincangkan dasar serta tindakan bagi menangani isu perubahan iklim, dan memacu pertumbuhan ekonomi dan teknologi hijau, serta menggalakkan pembangunan rendah karbon dalam negeri.

“Selain itu, kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Peguam Besar Sabah juga sedang mengkaji penambahbaikan terhadap peruntukan-peruntukan berkaitan perdagangan kredit karbon di bawah Enakmen Hutan 1968,” katanya. – FMT



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.575447 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list