Sumber Gempak
Setiap kali nama Kak KM disebut, apa yang melintas di fikiran pasti berkenaan rakaman promosi produk yang memaparkan aksi 'daring'.
Sungguh pun berhadapan dengan pelbagai kecaman dan kritikan, usahawan produk berasaskan jamu itu masih rancak menjalankan perniagaannya.
Menerusi laporan Gempak yang sempat menemubualnya, pemilik nama sebenar Liana Rosli itu menjelaskan dia tahu setiap apa yang dilakukannya dan video yang dibuat adalah selari dengan produk jualannya.
"Saya memang tak kisah apa orang nak kata sebab bukan saya bogel. Kalau nak kata lucah ke apa, kita memang menjual barang untuk dalaman perempuan. Kalau saya pakai kebaya pun orang dah cop lucah.
"Terpulang kepada mereka. Tapi, mungkin juga cara saya sampaikan sesuatu itu terlampau straight to the point. Saya tak pandai cover-cover. Takut ada orang tak faham pula. Senang kata saya tak kisah dan tak peduli pun apa orang nak cakap," katanya kepada Gempak. - CARI
|