CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 1

[Sarawak] Penubuhan Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah dapat sokongan penuh

[Copy link]
Post time 17-2-2022 07:43 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan penubuhan Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah (LKSN) untuk membantu kerajaan dalam perancangannya bagi memastikan daya maju dan kemampanan industri sagu dan nipah masa depan di Sarawak.

Ia selepas Rang Undang-Undang Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah, 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom pada persidangan DUN, hari ini mendapat sokongan sebulat suara daripada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Ketika membentangkan usul berkenaan, Rundi yang juga Adun Kemena berkata LKSN, yang berada di bawah bidang kuasa kementeriannya akan membawa kepada peningkatan dalam produktiviti, penggunaan teknologi baharu dan menggalakkan pembangunan teratur sektor huluan dan hiliran sagu dan nipah.

Beliau menambah ia khususnya dalam melaksanakan dan mempromosikan komoditi berkenaan dan aktiviti berkaitannya untuk pekebun kecil di Sarawak.

“LKSN mempunyai objektif utama untuk mempromosi, memudahkan dan membangunkan industri sagu dan nipah sebagai sempadan baharu untuk memaksimumkan pulangan ekonomi dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

“Ia juga akan menggubal objektif strategik, dasar dan keutamaan bagi pembangunan teratur dan pentadbiran sagu dan nipah di Sarawak,” katanya.

Menjelas lanjut, Rundi berkata bidang kuasa LKSN meliputi semua aktiviti huluan dan hiliran industri sagu dan nipah termasuk penanaman sagu dan nipah, pemprosesan dan penggunaan sagu dan nipah, pengeluaran pati sagu dan nipah, pembuatan produk sagu dan nipah termasuk sebarang perkhidmatan yang berkaitan dengannya.

“Semua aktiviti ini akan dikawal selia dengan pelaksanaan skim pendaftaran dan pelesenan serta aktiviti penguatkuasaan,” katanya.


sarawakvoice.com/2022/02/16

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2022 07:45 AM | Show all posts


KUCHING: Hong Kong, New Zealand, Korea Selatan dan kanada antara negara yang mengimport daripada produk nipah termasuk gula apong dari Sarawak melalui sebuah syarikat yang berpangkalan di sini.

Demikian penjelasan Menteri Permodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom ketika membentangkan Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah di DUN, hari ini.

Pada 2021, katanya, Sarawak mengeksport produk gula apong bernilai RM1.93 juta  dan berjaya menjana RM3.38 juta untuk jualan di pasaran tempatan.

Menurut beliau, hasil kajian terkini oleh Pusat Perhutanan Antarabangsa, selain daripada makanan, nipah juga mempunyai potensi besar untuk menghasilkan biominyak dalam bentuk bioetanol.

“Palma nipah mempunyai potensi untuk  menghaislkan  dua kali ganda etanol per hektar berbanding tebu, dan empat kali berbanding jagung,” jelasnya.

Penubuhan Lembaga terbabit katanya, adalah untuk menggalakkan dan memajukan industri sagu dan nipah bagi memaksimumkan hasil ekonomi dan seterusnya meningkatkan pendapatan pengeluarnya.

Katanya lagi, lembaga itu akan merumuskan objektif strategik, dasar dan keutamaan demi pembangunan dan kemajuan sektor sagu dan nipah di Sarawak.
Untuk rekod, terdapat kawasan seluas 111,351 hektar nipah di Sarawak.


sarawakvoice.com/2022/02/16

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.069391 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list