CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2286|Reply: 1

Yusuf Islam : Boots n Sand (feat McCartney)

[Copy link]
Post time 24-1-2009 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Yusuf Islam undang Paul McCartney, Dolly Parton untuk album baru



Yusuf Islam, penyanyi dan komposer kelahiran British kini sedang giat
di dalam studio merakam lagu baru bersama McCartney and Parton
yang akan bekerjasama untuk lagu 'Boots n Sand'.


PENDAKWAH Islam yang juga mendapat jolokan nama 'Pop star Muslim' Yusuf Islam sedang sibuk menguruskan rakaman album barunya yang akan menampilkan nama-nama hebat seperti Paul McCartney, Dolly Parton dan Michelle Branch.

Yusuf, yang sebelum ini lebih dikenali dengan nama Cat Stevens, cuba memberi sentuhan baru kepada muzik yang tidak berkonsepkan agama. Album baru ini merupakan percubaan keduanya.

Mubaligh Islam ini pernah merakamkan album dan membuat 'comeback' pada tahun 2006 setelah 'berehat' selama 28 tahun.

Kejayaan albumnya yang lalu bertajuk, 'An Other Cup' membuka pintu hati Yusuf untuk bergiat kembali dalam bidang muzik.

Penyanyi dan komposer kelahiran British ini berjaya memujuk McCartney and Parton untuk bekerjasama dalam lagu 'Boots n Sand'.

Lagu ini akan diiringi oleh sebuah video yang dirakamkan di gurun California oleh anak Bob Dylan yang bernama Jesse.


Mubaligh Islam ini pernah merakamkan album dan membuat
'comeback' pada tahun 2006 setelah 'berehat' selama 28 tahun.


Menurut Yusuf, lagu ini ditulis pada tahun 2004 waktu peristiwa 9 September.

"Saya menulis lagu ini ketika saya tidak dibenarkan memasukki Amerika pada tahun 2004 ketika peristiwa 9 September (9/11) menghantui ramai orang.

"Cerita di sebalik lagu ini diilhamkan dari tempat dan orang sekeliling," jelas Yusuf yang terpanggil membuat album baru yang bukan bersifat agama ini atas permintaan peminatnya.

"Setelah saya merakamkan album terakhir saya, ramai yang mahukan saya menyanyi lagu dengan diiringi gitar saja," jelas Yusuf.

Untuk album baru ini, Branch akan turut serta bersama Yusuf untuk lagu 'To Be What You Must.'

Ketika di zaman kegemilangannya sewaktu masih bergelar Cat Stevens, album Yusuf pernah terjual sebanyak 60 juta keping di seluruh dunia sejak tahun 60an lagi.

Antara lagu-lagu yang masih menjadi kenangan sehingga kini ialah "Lady D'arbanville" dan "Father and Son".

Untuk memastikan album barunya betul-betul menarik, penyanyi berusia 60 tahun yang memeluk agama Islam pada tahun 1978 ini akan cuba bekerjasama dengan satu lagi nama besar dalam industri audio iaiatu Pro Tools.


************************************************************************

memang minat dengan yusuf islam - masa dia cat stevens lagi -
lagi2 dia best yang paling suka sampai sekarang - morning has broken
- masa dia buat album ada lagu arabic alphabet  tu pun best -
alif for Allah, ba for bismillah, ta for taqwa.... etc etc..

suara dia best.. orangnya pun alim dan still hensem sampai sekarang
walaupun dah 60 tahun umur dia --

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2009 11:59 AM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

His last album tahun 2005 tak silap... ada kontroversi sikit kan? Pasal muzik dan lirik yg terlalu kontemporari/modern.. sbb org mengenali dia sbg seorg yg warak dan konservatif.

Btw, pernah bersalaman dgn dia nie dulu. Waktu tu masih kecik lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.337915 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list