CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7284|Reply: 14

[Tempatan] Lexus Malaysia bawa masuk LM baharu bermula RM1.228 juta

[Copy link]
Post time 27-5-2024 06:50 PM | Show all posts |Read mode
Lexus Malaysia bawa masuk LM baharu bermula RM1.228 juta
Oleh Nur Amira Mohd Hedzer - Mei 27, 2024 @ 2:40pm
bhbiz@nstp.com.my

Lexus LM baharu - NSTP/GENES GULITAH

SHAH ALAM: Lexus Malaysia membawa masuk Lexus LM500 dan Lexus LM350h ke pasaran tempatan yang masing-masing ditawarkan pada harga bermula daripada RM1.228 juta dan RM1.468 juta.

Dengan fokus untuk menyediakan keselesaan sambil meningkatkan kesejahteraan penumpang melalui hospitaliti mudah alih yang terbaik, Lexus LM menetapkan penanda aras bagi pelanggan yang mencari kenderaan terkemuka untuk memenuhi kedua-dua keperluan gaya hidup dan mobiliti.

Sejak pelancarannya, kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah ini mencatatkan jualan yang mengagumkan dengan 16,114 unit terjual di seluruh dunia setakat ini.

Sementara itu, rekod jualannya di rantau ini adalah 2,788 unit, dengan 32 unit adalah di Malaysia. Angka itu dijamin akan terus meningkat dengan pelancaran model unggulan baharu di negara ini.

Lexus LM ditawarkan dalam dua varian -NSTP/GENES GULITAH

Bagi memenuhi keperluan pelanggan, Lexus LM baharu kini tersedia dalam dua varian pilihan.

Pelanggan boleh memilih mobiliti empat tempat duduk, manakala Lexus LM500 dengan tempat duduk 2-2 atau LM350h tujuh tempat duduk yang menawarkan tahap pemanduan keluarga yang baharu dengan konfigurasi tempat duduk 2-2-3.

Presiden Lexus Malaysia, Datuk K Ravindran, berkata Lexus LM sentiasa menjadi simbol kejayaan bagi pelanggan yang ingin merasai bentuk pengangkutan mewah yang lebih tinggi.

Kedua-dua varian ini mempunyai rangkaian kuasa kenderaan elektrik hibrid (HEV) dengan pengecasan sendiri. LM500h dilengkapi enjin petrol turbo hibrid sebaris 2.4L, 371hp dan tork setinggi 460Nm pada paip serta model ini memberikan prestasi langsung dan penjimatan bahan api.

Ruang dalaman mewah Lexus LM baharu -NSTP/GENES GULITAH

LM350h pula didatangkan dengan 2.5L aspirasi semula jadi, empat silinder dalam talian hibrid penuh. Reka bentuk luaran baharu Lexus LM menampilkan corak dengan butiran yang mewah, termasuk penampilan hadapan baharu.

Lexus LM baharu mempunyai rim aluminium 19 inci dan tersedia dalam empat warna luaran iaitu Graphite Black Glass Flake, Sonic Titanium, Sonic Quartz dan Sonic Agate.

Seterusnya, kenderaan itu menyediakan kemudahan tambahan di mana kedua-dua pintu penumpang belakang mempunyai suis jenis 'see-saw' untuk memberikan kebolehgunaan intuitif.

Pegangan pintu hadapan luar juga menggunakan sistem e-Latch dengan fungsi 'Safe Exit Assist' (SEA), yang membantu mengurangkan pelanggaran yang tidak diingini oleh kenderaan yang mendekati dari belakang.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
yg kata nak tido dlm keta sesuai lah beli keta ni tapi tengok harga, maintenance setahun brp la agaknya tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
bole beli landed house
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2024 07:41 PM | Show all posts
@green~tea minat tak kereta mcm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 27-5-2024 07:41 PM
@green~tea minat tak kereta mcm ni?

Tak minat.. anak tak ramai....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 27-5-2024 07:44 PM
Tak minat.. anak tak ramai....

ini bukan utk anak ramai u... anak ramai tak boleh pakai keta ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2024 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ni kalau ada kene buat garaj cun2 khas utk 'dia' je
install la stove, oven, toilet sekali blh berumah tangga dlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 27-5-2024 08:01 PM
ini bukan utk anak ramai u... anak ramai tak boleh pakai keta ni

Oh ingatkan MPV je mesti sumbat manusia ramai...

I suka driving... roadtrip is my healing time
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2024 10:48 PM | Show all posts
bagusla pada harga tu, yang betul2 mampu je beli... semoga sekat recond... semmak sangat dah kotak ni, wajib ada konon ada gaya poket tebal...padahal van je pun....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols rasa geli plak corak depan tu
Sama MCM omoda tu..
Meremang bulu2 Roma iols
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenderaan seperti ini susah nak cari tempat parking.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Cik B nyesal x beli G Wagon itu ari? Yg ni lg sesuai tuk hang
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik naik bas. Seriously bas eksekutif tu best giler. Meluncur macam tren. Cuma tak eksklusif la kalo ko org famous.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 27-5-2024 11:44 PM
Kenderaan seperti ini susah nak cari tempat parking.

You shouldn't have to. Tempat parking yang patut cari you.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 10:00 AM | Show all posts
Yang previous Lexus LM pun banyak I jumpa atas jalan. Ke tu Alphard/Vellfire convert jadi Lexus?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.641914 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list