CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hafiz_alghumari

ALLAH: BUKAN BAHASA BIBLE- JAKIM

[Copy link]
Post time 11-5-2008 04:35 AM | Show all posts

sambungan

Saya pelik kalau Nabi Musa ada kecacatan lidah. Sebab kalau dia cacat lidah, tentu Firaun pun tak faham apa dia cakap. Juga tentu Nabi Harun pun susah nak faham Nabi Musa. Tapi sebaliknya, Nabi Harun tiada masaalah kerana Nabi Harun fasih kedua-dua bahasa.


Firaun juga tidak memahami apa dia cakap.

(Shemot:6:9-12) :

9: Lalu Musa mengatakan demikian kepada Bani Israel, tetapi mereka (yakni kamu semua) tidak mendengar Musa kerana mereka (kamu) putus asa akibat penghambaan yang dahsyat itu.

10: Kemudian YHVH berfirman kepada Musa:

11: "Pergilah menghadap (Firaun), katakanlah kepada Firaun, raja Mesir, bahawa dia harus membiarkan Bani Israel pergi dari negerinya."

12: Tetapi Musa berkata di hadapan YHVH: "Bani Israel sendiri tidak mendengari seruanku, bagaimanakah mungkin Firaun akan mendengari seruanku? Sedangkan aku seorang yang tidak petah lidahnya!"

(Shemot:6:29-30)

29: YHVH berfirman kepadanya: "Akulah YHVH; katakanlah kepada Firaun, raja Mesir, segala yang Aku firmankan kepadamu."

30: Tetapi Musa berkata di hadapan YHVH: "Bukankah aku ini seorang yang tidak petah lidahnya, bagaimanakah mungkin Firaun akan mendengari seruanku?"


Dalam Tafsir Rashi, penjelasannya adalah sebegini:

Tetapi Musa berkata di hadapan YHVH: "Bani Israel sendiri tidak mendengari seruanku, bagaimanakah mungkin Firaun akan mendengari seruanku? Sedangkan aku seorang yang tidak petah lidahnya!" (Shemot:6:12)

Musa bermaksud kerana dia tidak petah lidahnya, Bani Israel yang boleh memanfaatkan seruannya (yakni boleh melepaskan diri daripada belenggu penghambaan Mesir) pun tidak mendengarinya, inikan pula Firaun yang akan rugi jika dia mendengari seruannya (kehilangan hamba-hamba abdi). Maka, sudah tentulah Firaun juga tidak mendengarinya. (Midrash Rabbah:92:7)


Di sini jelas, Musa tidak petah berbicara untuk meyakinkan Bani Israel supaya keluar dari Mesir dan dia juga tidak petah berbicara dalam memujuk Firaun yang sudah pasti awal-awal lagi menolak permintaannya bagi melepaskan Bani Israel.

Maka bangkitlah murka Allah terhadap Musa dan Dia berfirman: "Bukankah di situ Harun, orang Lewi itu, saudara lelakimu? Aku tahu, bahawa dia pandai berbicara; lagi pula dia telah berangkat menjumpaimu, dan apabila dia melihatmu, dia akan bersukacita dalam hatinya. Maka kamu harus berbicara kepadanya dan menaruh perkataan itu ke dalam mulutnya; dan Aku pula akan menyertai lidahmu dan lidahnya dan mengajarkan kepada kamu apa yang harus kamu lakukan. (Shemot:4:14-15)

Kerana Musa mengatakan bahawa dia seorang yang tidak petah lidahnya, maka Allah HaQadush Baruch Hu (Yang Maha Suci Segala Pujian Keberkatan Baginya) telah satukan Harun dengannya sebagai satu lidah, iaitu lidah sang berbicara dan lidah sang penterjemah menjadi satu. Dan Dia telah mengutuskan mereka berdua kepada Bani Israel untuk memimpin mereka dengan lemah lembut dan bersabar dengan mereka. Dan ke atas Firaun, Dia telah mengutuskan mereka berdua untuk berbicara dengannya dengan penuh hormat. Sebab itulah seruan ke atas Musa dan Harun berbentuk tunggal dan bukan berbentuk jama' kerana lidah mereka disatukan.(Mechilta; Sifrei Beha'alothecha:91)


Kesimpulannya, sudah jelas dalam Judaism bahawa Musa diutuskan kepada dua-dua pihak dan dia mengaku dia tidak petah berbicara kerana masalah berat mulut dan berat lidah yang menjadikannya tersekat-sekat ketika berbicara akibat lidahnya terbakar sewaktu kecil.

Maka Allah melantik Harun sebagai pembantunya dalam menjelaskan bicara Musa yang mungkin tidak jelas akibat tersekat-sekat itu dan bantuan Harun ini adalah untuk kedua-dua seruan yakni seruan terhadap Bani Israel dan juga seruan terhadap Firaun.

Pasal bagaimana harun memahaminya, ak pun tak tahu tapi rasanya tidak menjadi masalah sebab masalah musa bukanlah ucapannya langusng tidak difahami macam orang bisu cuba berbicara. Dia hanya tidak lancar dalam berbicara kerana masalah kecacatan lidahnya.

Dan perihal Musa seorang pemidato, itu adalah mengikut dakwaan orang-orang kristiani sebab kitab Act mereka mencatatkan demikian. Kitab Act tergolong dalam New Testament yakni Injil mereka jadi adalah tertolak oleh Taurat kami.

Menurut Rabbi Nissim ben Reuven, salah seorang Gedolim (Ulama Muktabar) di abad ke-14 tentang Musa yang menyebarkan dakwahnya tanpa seni pidato seperti saudara ibnur utarakan :

Moses was afflicted with a speech impairment so that no one should think that his success in transmitting the Torah to the world was due to his oratory skills. Rather, it derived solely from the fact that "the divine presence spoke from his throat."

(Derashot HaRan)

[ Last edited by  migdal_bavel at 11-5-2008 04:47 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2008 05:24 AM | Show all posts

Reply #55 & 59 ibnur's posts

Sedangkan orang keristian dan kitab injil pun menyatakan Nabi Musa seorang yang pandai bercakap dengan baik.


pandangan baik dan buruk itu mestilah bertepatan dan sejajar dengan Taurat dan Talmud.

jika sudah terang-terangan Musa bukanlah seorang pemidato (menurut kitab-kitab kami), jadi kami tak bolehlah nak akui dakwaan orang Kristian itu dalam hal ini (walaupun semata-mata utuk memuliakan Musa)

Kalau Taurat tu datang dari Allah tentu tiada percanggahan samada antara kandungannya atau dengan lojik akal.


oh oh, maafkan ak sebab ak tak nak bahaskan tentang logik akal...ak tidak pernah belajar interfaith dialogue atau debate maka ak tak tahu

logik akal ini dimain-mainkan dalam semua agama oleh golongan yang suka berdebat agama2 ini...

Islam lebih teruk dibicarakan tentang keselarian ajarannya dengan soal logik akal (berdasarkan pembacaan di forum2, laman2 web dan di RSF sendiri)

Kalau migdal tak keberatan untuk sambung, saya ada satu persoalan tentang isi kandungan dalam taurat.  Saya akan tunggu.  


Insya Allah, ak akan jawab kalau ak boleh jawab...kalau x boleh, ak memohon keampunan Allah kerana gagal dalam memberi pemahaman yang baik untuk agama ini terhadap penganut lain.

Ak bukanlah pelajar Yeshivah (Maahad Yahudi), dan ak bersekolah di sekolah biasa di malaysia

jadi, diharapkan saudara ibnur x menghakimi ajaran Yahudi melalui penjelasan ak yang daif ini
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 05:40 AM | Show all posts

Reply #58 mnm77's post

Migdal,
Saudara percaya kitab Taurat atas kemukjizatannya sebab saudara yakin, mungkin saudara tak percaya kemukjizatan Al-Quran kerana tak yakin sepenuhnya dengan Al Quran. Saya pelik juga macamana saudara boleh yakin tentang frasa asfaara dalam Surah Al-Jumu'ah ditujukan kepada orang Yahudi, sedangkan Al Quran tu dalam bahasa Arab. Tak ke Al-Quran tu mukjizat? (tu baru sikit je) banyak lagi kalau nak buktikan....


jadi, itu dikira mukjizatlah yer?

ada thread pasal mukjizat al-Qur'an?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 10:05 AM | Show all posts
woahhhhh banyaknyaaaa ilmu aku dapat...

migdal... sorry lah kalau soalan aku nih akan membuatkan kau tersinggung..

Musa a.s. diberi Taurat, betul? Jadi apa itu Talmud?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 10:13 AM | Show all posts
Reply  #60 migdal_bavel's post
sebab kevad sefatayim (berat lidah;slow of tongue) dan kevad peh (berat mulut;slow of speech) adalah suatu Niv yakni peribahasa Ibrani Kuno (Ibrani Kitab) yang bermaksud tidak fasih atau petah berbicara akibat pelat yang menyebabkan 'aral (tersekat-sekat; stuttering) akibat kecacatan fizikal pada lidah ataupun seseorang yang tidak fasih berbahasa suatu bahasa yang bukan bahasa ibundanya.

dari maksud tu, ada kemungkinan Nabi Musa a.s. tidak fasih berbahasa Ibrani tak? Sebab bertahun-tahun duduk di istana Firaun, bersama pembesar-pembesar Mesir.  Tentu Bani Israel dalam istana pun takut nak cakap Ibrani agaknya kan?

dan apa yang saya underline pada surah dari Taurat.....  12: Oleh sebab itu, pergilah, Aku akan menyertai lidahmu dan mengajarmu, apa yang harus kau katakan."....   

Allah tetap memerintah Nabi Musa untuk bercakap.  Dan Allah akan beritahu dia apa nak cakap.  Kenapa pula macam tu?  Kalau dia pelat sebab cacat lidah, tentu dia nak cakap apa-apa pun orang tak faham.  Mungkin kah Nabi Musa tak tahu apa nak dicakapkan sebaliknya?  Cuba lihat apa yang migdal paste dan saya underlinekan ayat menyatakan ada orang penterjemah.
Kerana Musa mengatakan bahawa dia seorang yang tidak petah lidahnya, maka Allah HaQadush Baruch Hu (Yang Maha Suci Segala Pujian Keberkatan Baginya) telah satukan Harun dengannya sebagai satu lidah, iaitu lidah sang berbicara dan lidah sang penterjemah menjadi satu. Dan Dia telah mengutuskan mereka berdua kepada Bani Israel untuk memimpin mereka dengan lemah lembut dan bersabar dengan mereka. Dan ke atas Firaun, Dia telah mengutuskan mereka berdua untuk berbicara dengannya dengan penuh hormat. Sebab itulah seruan ke atas Musa dan Harun berbentuk tunggal dan bukan berbentuk jama' kerana lidah mereka disatukan.(Mechilta; Sifrei Beha'alothecha:91)
Apa maksud penterjemah?

Saya cuba cari di mana-mana Al-Quran dan Taurat, belum lagi saya jumpa menyatakan Firaun tidak faham kata-kata Nabi Musa sebab dia pelat.  Yang ada dalam Quran menyatakan Firaun marah kepada Nabi Musa sebab dia mengajar agama baru.

Ak tak paham, adakah orang muslim percaya pada matan daripada Taurat Bertulis sahaja? Torah Sheb'al Peh (Taurat Lisan yakni Talmud) adalah hadith penjelasan bagi Torah Shebichtav (Taurat Bertulis yakni TaNa"CH atau Hebrew Bible)

Talmud adalah lebih penting sebab volumenya 3 kali ganda lebih besar dan ia pula menerangkan kisah yang lebih detail berserta kisah-kisah dan penjelasan-penjelasan berserta nama-nama yang tidak disebut di dalam Taurat Bertulis.

Berbeza sikit dgn pandangan beberapa forumer di RSF rasanya ni.  Bila Talmud dipertikai di RSF (masa dahulu), terus dikatakan Talmud tu secondary.  

Sebenarnya, pada Islam, Taurat itu seperti Hadith sebab ia bukan wahyu sebenarnya tetapi adalah karya manusia mengenai Taurat yang sebenar.  Sementara Talmud pula, saya tak tahu nak kata macamana, mungkin sebagai kitab sejarah atau sirah.


Kanapa tetiba menolak...??
oh oh, maafkan ak sebab ak tak nak bahaskan tentang logik akal...ak tidak pernah belajar interfaith dialogue atau debate maka ak tak tahu

logik akal ini dimain-mainkan dalam semua agama oleh golongan yang suka berdebat agama2 ini...

Islam lebih teruk dibicarakan tentang keselarian ajarannya dengan soal logik akal (berdasarkan pembacaan di forum2, laman2 web dan di RSF sendiri)


sedangkan pada awalnya migdal menggunakan logik akal?
bagaimanapun, logik akal dan hujah al-Qur'an tak dapat membatasi hujah Taurat dan Talmud yang menolaknya...ak minta maaf


Saya tak mau bandingkan bahas di RSF sebab kecelaruan board itu sendiri.  Saya lama bertapak diRSF dan saya berundur dari sana sebab tiada perkembangan apa-apa dan hanya poin-poin ulangan.  Saya ckp secara general bagi semua dari non muslim dan muslim.  Kebanyakan poin-poin hanya berputar-putar balik sahaja.  

Di sana mereka lebih gunakan kepada kepakaran memutar belit dan pengalaman psychology debate untuk mengalahkan lawan.  Terutama dari kumpulan missionary yang cuba melemahkan emosi muslim dan akhirnya kalau terbawa-bawa kemurungan emosi ini akan membawa penyakit yang berat.  Ini hakikat, sebab ini dah ada berlaku.  Bila emosi dah lemah maka akhirnya muslim ni hilang pedoman.  Cara ini sangat efektif kalau orang muslim itu seorang yg baru berkecimpung dlm comparative religion dan bukan seorang yang ada ilmu tentang itu.  Akhirnya yang keluar ialah maki hamun, sesilap kat luar pun mula tension, keja tak buat, gaduh sana gaduh sini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 10:23 AM | Show all posts

Reply #63 migdal_bavel's post

Insya Allah, ak akan jawab kalau ak boleh jawab...kalau x boleh, ak memohon keampunan Allah kerana gagal dalam memberi pemahaman yang baik untuk agama ini terhadap penganut lain.

Ak bukanlah pelajar Yeshivah (Maahad Yahudi), dan ak bersekolah di sekolah biasa di malaysia

jadi, diharapkan saudara ibnur x menghakimi ajaran Yahudi melalui penjelasan ak yang daif ini


Saya sebenarnya nak tukarkan topik perbicaraan saya tentang bahasa sebab rasanya cukup dah kita berbincang dan sepatutnya penghakiman tentangnya kita serahkan kepada pembaca.  Tetapi kalau migdal masih lagi menyatakan persoalan tentang ni, saya akan teruskan dan KIV persoalan lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2008 10:48 AM | Show all posts

Reply #64 gunblade712's post

Taurat itu suatu terma yang general yang bermaksud the Law

Ia terbahagi kepada:

1) Torah Shebichtav (Written Law) yg dipanggil Hebrew Bible yang menghimpunkan 24 buah kitab (dlm xtianity, dipanggil Old Testament)..ia boleh dibahagikan kpd 3 bahagian iaitu Torah HaChumash[taurat yang 5], Nevi'im [kitab2 para nabi-yusha, samuel, raja2 etc] dan Ketuvim [penulisan2 suci-zabur, mazmur sulaiman, amsal, kitab hadassah/esther etc]

Torah Shebichtav juga dinamakan TaNaCh (akronim bg Torah, Nevi'im dan Ketuvim) dan Ha-Miqra (Bacaan ataupun al-Quran dlm bahasa Arab)...selalunya lebih dikenali sebagai Hebrew Bible (Bible Ibrani) untuk membezakan dgn xtian Bible.

2) Torah Sheb'al Peh (Oral Law) yang dipanggil kitab Talmud (Gabungan Mishnah, Gemarah, Baraitah dan Toseftah)

Ia sebenarnya adalah himpunan "hadith-hadith" Mosheh Rabbeinu (Nabi Musa Mahaguru Kami) yang diterima sewaktu dengan penerimaan Torah HaChumash cuma dalam bentuk lisan dan bukannya catatan.

Ia kemudian diwariskan kepada Yehoshua' (Nabi Yusha'), dan diwariskan kepada Avotei Yisroel HaQedushah (Leluhur Bani Israel Yang Mulia), kemudian kepada para Nevi'im (Para Anbiya' selepas Musa) dan Shofetim (Hakim-Hakim) dan kemudian kepada Anshei Knesset Hagedolah (Ahli-Ahli Ijma' Muktabar) dan akhirnya kepada Zugot (pendeta-pendeta yang hidup di zaman kewujudan Haikal Sulaiman ke-2).

Semua ini diturunkan dengan sanad daripada generasi kepada generasi dengan tambahan sabda-sabda setiap tabaqah atau generasi yang menerima hadith tersebut sebagai penjelasan.

Kemudian, ulama-ulama Tannaim (ulama Mishnah) merasakan kepentingan hadith-hadith itu agar ia tidak hilang maka mereka mencatatkannya dan dikumpulkan hadith-hadith tersebut sebagai Mishnah.

Mishnah ini ditafsirkan pula oleh ulama-ulama Amoraim (ulama Gemarah) yang himpunan tafsirannya dinamakan Gemarah.

Terdapat syarah-syarah ulama Tannaim dalam menguatkan kesahihan hadith-hadith tersebut dan kumpulah syarah-syarah itu dinamakan Baraitah.

Manakala, ulama-ulama Amoraim yang menafsirkan Mishnah telah mensyarahkan Baraitah terlebih dahulu dan syarahan terhadap Baraitah ini dinamakan Toseftah (Tambahan).

Kesemua Mishnah, Gemarah, Baraitah dan Toseftah ini dibukukan dan dinamakan kitab Talmud yang mana, adalah penting untuk memahami Torah Shebichtav dari aspek Halachah (Syariah/Fiqh), Aggadah (Aqidah/Usuluddin/Tauhid) dan Kabbalah (Sufi/Ihsan/Akhlak) yang mana, adalah 3 teras utama Judaism.

Tanpa Talmud, tidak berguna lagi kitab Bible Ibrani itu.

orang-orang yang tidak mengiktiraf Talmud akan menafsirkan ayat-ayat Bible Ibrani menurut hawa nafsunya sendiri walaupun mereka sendiri terlebih dahulu menuduh ulama2 Talmud sebagai orang-orang yg mencipta riwayat-riwayat palsu menurut hawa nafsunya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 10:56 AM | Show all posts

Reply #65 ibnur's post

Tetapi Musa berkata di hadapan YHVH: "Bukankah aku ini seorang yang tidak petah lidahnya, bagaimanakah mungkin Firaun akan mendengari seruanku?" (Shemot:6:30)

ayat di atas jelas bahawa Musa sendiri kurang yakin dengan kebolehan berbicaranya dengan Firaun. Jika dia hanya tidak boleh berbahasa Ibrani dengan baik disebabkan dia berbahasa Qibti, maka kenapa dia mengelakkan suruhan Allah untuk berbicara dengan Firaun atas sebab 'aral sefatayim (uncircumcised lips)?

Saya sebenarnya nak tukarkan topik perbicaraan saya tentang bahasa sebab rasanya cukup dah kita berbincang dan sepatutnya penghakiman tentangnya kita serahkan kepada pembaca.  Tetapi kalau migdal masih lagi menyatakan persoalan tentang ni, saya akan teruskan dan KIV persoalan lain.


harap-harap hujah yang ak berikan tu dah cukup untuk saudara nilaikan...ak akui ak tidak pandai dalam menjawab soalan saudara ibnur...maafkan ak sebab ak dah tak tahu nak jawab macam mana lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2008 10:57 AM | Show all posts

Reply #67 migdal_bavel's post

ohh

so adakah bole aku katakan, bahawa persamaan status talmud dan taurat kepada agama yahudi adalah sebagaimana status al-qur'an dan hadith dalam agama Islam?

Taurat = Qur'an (both are revelation)

Talmud = Hadith (both are explaination of the above and/or the prophet's speech)

betul kaaa migdal?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 11:16 AM | Show all posts

Reply #69 gunblade712's post

betul walaupun kedua-dua pihak (Yahudi dan Muslim) selalunya tidak akan menyamakan kedudukan sumber agama masing-masing

maksudnya, kaum Yahudi akan katakan, Talmud bukanlah seperti Hadith orang Muslim

begitu juga dengan orang Muslim, akan katakan bahawa Hadith bukanlah seperti Talmud orang Yahudi

hakikatnya, secara general bagi pendapat ak, ia adalah sama
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 11:26 AM | Show all posts

Reply #70 migdal_bavel's post

ohh ye ke?

sbb daripada explaination ko, ianya adalah sama daripada segi status dalam agama masing2..

wahh.. 1st time sehhh aku belajar agama yahudi dengan orang yahudi.. hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 11:31 AM | Show all posts

Reply #71 gunblade712's post

janganlah saudara cakap belajar, cakaplah saudara mendapat pengetahuan atau informasi...sebab orang yahudi dilarang mengajari apa-apa berkenaan agama Yahudi kepada bukan Yahudi melainkan untuk menerangkan.

Talmud sendiri bermaksud Lesson dan ia hanyalah untuk dipelajari orang-orang Yahudi

ak berlepas diri daripada tergolong dalam kalangan mereka yang melanggari larangan Allah

[ Last edited by  migdal_bavel at 11-5-2008 11:32 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 11:37 AM | Show all posts

Reply #72 migdal_bavel's post

ohh...?

sorry2..

jadi, jikalau, ada orang2 yang bukan berbangsa yahudi, ingin menganut agama ini, adakah ianya dibenarkan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 11:39 AM | Show all posts

Reply #68 migdal_bavel's post

Dari poin yang kita bincangkan terdapat 2 kemungkinan.  migdal yakin Nabi Musa a.s. cacat lidah sementara sebahagian muslim seperti saya menolak fakta ini.  Sebahagian muslim ada yang mengambil fakta ini kerana kemungkinan besar sebab pengaruh riwayat israeliyyah dari Talmud.  Tiada dalam hadith sahih dan ayat Quran menyatakan Nabi Musa a.s. cacat lidah.  Cuma tidak petah bercakap kepada Bani Israel.  Dan tidak ada masaalah pun dalam Al-Quran yang boleh dikatakan Nabi Musa a.s. ada masaalah bila nak bercakap dengan Firaun dan pembesar Mesir dari kecil sampai dewasa.

Pada pendapat saya, Nabi Musa a.s. seorang yang fasih berbahasa Mesir tetapi kurang fasih dalam bahasa Ibrani.  Nabi Harun membantunya menyampaikan wahyu Allah.  Sekiranya begini, kesimpulan yang saya dapat buat ialah Taurat yang asal itu diwahyukan dalam bahasa Mesir sesuai dengan kefasihan Nabi Musa dalam bahasa Mesir.  Taurat bahasa Ibrani itu hanyalah terjemahan dari wahyu tersebut.  

Buat pengetahuan migdal, Talmud itu pada sisi Islam adalah seperti sirah.  Faktanya boleh ditolak atau diterima.  Didalamnya bercampur aduk yang sahih dan tidak sahih.  Itu untuk kesinambungan jalan cerita yang hendak dibawa oleh ahli sirah tersebut dan ada juga mengikut nafsu mereka.  Ini lah salah satu akibat perpecahan umat Islam kepada fahaman syiah dan sunni.  

Jadi boleh saya katakan kes ni saya tak perlu sambung lagi.

Boleh ke saya kemukakan persoalan seterusnya?
Kalau boleh saya perlu sedikit masa sebab rujukan old testament saya ambil dari internet.  Connection saya ni slow.  Jadi memang ambil masa yang lama.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 11:51 AM | Show all posts

Reply #74 ibnur's post

boleh, tapi nak ingatkan lagi sekali, yang ak ini bukanlah seorang yang ahli dan alim yer dalam agama ak

ak hanya menggunakan ilmu yang ak dapati di kem-kem Ibrani di US semasa cuti yang ak hadiri sebab di malaysia ini, mustahil dapat mempelajari judaism.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 11:51 AM | Show all posts
janganlah saudara cakap belajar, cakaplah saudara mendapat pengetahuan atau informasi...sebab orang yahudi dilarang mengajari apa-apa berkenaan agama Yahudi kepada bukan Yahudi melainkan untuk menerangkan.

Talmud sendiri bermaksud Lesson dan ia hanyalah untuk dipelajari orang-orang Yahudi

ak berlepas diri daripada tergolong dalam kalangan mereka yang melanggari larangan Allah


Kenapa kalau Taurat dan Talmud itu kebenaran dan Allah hanya eksklusifkan kepada Bani Israel sahaja?

Apakah kebenaran hanya untuk Bani Israel sahaja dan yang lain hanya layak jadi ahli neraka?


Berlainan dengan Al-Quran yang Allah perintahkan...

5:67. Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.

Ini membuktikan Allah mahukan semua manusia kepada kebenaran dan mestilah kebenaran itu disampaikan atau diajarkan tanpa mengira bangsa atau kaum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2008 11:53 AM | Show all posts
maksud orang-orang yang kafir itu ialah yang disampaikan ayat-ayat Allah tapi tetap menolak untuk beriman.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 12:02 PM | Show all posts

Reply #73 gunblade712's post

seorang yang bukan dilahirkan sebagai Yahudi tidak digalakkan menganut agama Yahudi.

Rabbi yang didekati oleh orang bukan Yahudi yang ingin convert itu akan mencuba sedaya upaya untuk menghilangkan minat orang tersebut terhadap Judaism.

bagi bukan Yahudi, mereka mestilah mempelajari Sheva' Mitzvot Bnei Noach (7 Perintah Bagi Bani Nuh) yang mana, adalah disediakan khusus oleh Judaism bagi bukan Yahudi.

di Israel, terdapat sebahagian Arab dan Druze yang menganut 7 Perintah ini...

Bukan Yahudi yang menganut 7 Perintah ini mestilah keluar daripada agama yang dia anuti. Dia mesti bebas daripada mana-mana agama dan mematuhi 7 Perintah serta mengiktiraf umat Yahudi sebagai Orim La Goyim (Rahmat/Cahaya segala Bangsa)

Bagi yang benar-benar ikhlas ingin menganut Judaism, setelah dia khatam mempelajari 7 Perintah tersebut secara sempurna kefahamannya, maka dia bukan sahaja dimubahkan untuk mempelajari Aggadah dan Halachah, malah wajib baginya untuk mendalami 2 teras tersebut sebelum dia diiktiraf sebagai Ger Tzadik (Pendatang Yang Benar)...

dia bukanlah Yahudi sebab rohnya bukan Yahudi, maka gelaran yang sesuai baginya hanyalah Ger Tzadik, sempena nama Hagar (Ibu Yishmael/Ismael-gundik Ibrahim) yang maknanya adalah "pendatang" ataupun "orang asing"

Semasa di alam roh, setiap roh diminta membuat penyaksian untuk menjadi Yahudi di hadapan Allah di Gunung Sinai. Dan hanya mereka yang menerima tanggung jawab tersebut akan diletakkan ke dalam rahim ibu Yahudi sedangkan yang tidak menerima, mereka diletakkan di dalam rahim ibu bukan Yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 12:08 PM | Show all posts

Reply #76 ibnur's post

mereka akan selamat jika berpegang pada 7 Perintah ini:

1) Tidak menyembah berhala
2) Tidak membunuh
3) Tidak mencuri
4) Tidak berzina
5) Tidak menghina atau mencemari nama Allah
6) Tidak menzalimi binatang (dan makhluk bernyawa lain)
7) Menubuhkan mahkamah syariah

setiap satu perintah tersebut ada penjelasan yang detail
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 12:11 PM | Show all posts

Reply #78 migdal_bavel's post

Saya ada satu jawapan untuk posting migdal.  

Dari ayat Al=quran

Al-Baqarah surah 2 Al-Quran
93. Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari kamu dan Kami angkat bukit (Thursina) di atasmu (seraya Kami berfirman): "Peganglah teguh-teguh apa yang Kami berikan kepadamu dan dengarkanlah!" Mereka menjawab: "Kami mendengar tetapi tidak mentaati". Dan telah diresapkan ke dalam hati mereka itu (kecintaan menyembah) anak sapi karena kekafirannya. Katakanlah: "Amat jahat perbuatan yang telah diperintahkan imanmu kepadamu jika betul kamu beriman (kepada Taurat).  

94. Katakanlah: "Jika kamu (menganggap bahwa) kampung akhirat (surga) itu khusus untukmu di sisi Allah, bukan untuk orang lain, maka inginilah kematian(mu), jika kamu memang benar.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.061945 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list