CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1781|Reply: 2

[Sabah] Pengendali SPA dalam dilema

[Copy link]
Post time 4-10-2021 07:32 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU, SABAH – Meskipun baru sahaja mendapat ‘lampu hijau’ untuk beroperasi semalam, pengendali Pusat Spa dan rawatan kesihatan di Sabah menghadapi kesukaran untuk mengambil pekerja.

Kerajaan Sabah telah membenarkan pusat-pusat tersbut dibuka dengan syarat pelanggan dan pekerja lengkap divaksin dan kapasiti operasi 50 peratus (50%)

Pengendali Pusat Terapi Kesihatan dan Refleksologi Asia, Goon Thien Shang berkata sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan tahun lalu, pusat tersebut kehilangan kakitangan mereka.
“Kami gembira dengan pengumuman Kerajaan Negeri untuk membenarkan kami beroperasi semula, jika tidak, lebih banyak pengusaha akan menggulung tikar kerana tidak menjana pendapatan selama sudah lebih setahun…

“Masalahnya sekarang ialah kami kekurangan pekerja. Pekerja tempatan masih berada di kampung dan pekerja asing pula tidak dibenarkan bekerja.

“Sepanjang tempoh pengentian operasi itu, pekerja asing masih diminta untuk memperbaharui permit kerja mereka walaupun pusat-pusat tidak beroperasi.


“Sekarang kami dapat meneruskan perniagaan namun mereka tidak dibenarkan bekerja di sini,” kata Goon.

Pengetua Akademi Innerpeacea Spa Consultancy, Alyssa Lim berkata, industri tersebut masih memerlukan pekerja asing bagi mengatasi kekurangan itu.

“Oleh kerana kami merupakan pengurus akademi, kami hanya dapat merancang pengambilan pekerja jadi kami mungkin tidak dapat memenuhi permintaan industri ini dengan segera…

“Kami juga berharap dapat membantu pusat spa dan kesihatan di Sabah untuk kembali beroperasi dengan membantu untuk memohon insentif pengambilan Penjana Kerjaya 3.0 (untuk pelatih).

“Walaupun institut ini akan melihat kemasukan pelajar baharu pada bulan depan bagi memenuhi permintaan industri ini, tidak mudah untuk mencari penduduk tempatan berbanding dengan pekerja asing,” kata Lim.

Lim mengatakan ini juga disebabkan oleh laporan berita yang sering mengaitkan pusat spa dan rawatan kesihatan dengan aktiviti maksiat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2021 11:20 AM | Show all posts
deme nie nk nipu je kejenye...kt KL nie elok je cukup serba serbi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2021 01:32 PM | Show all posts
musangbodoh replied at 4-10-2021 11:20 AM
deme nie nk nipu je kejenye...kt KL nie elok je cukup serba serbi...
menda boleh komplen ...

watpa senyap2

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.076175 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list