CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

[Mini Novel] DUA DIMENSI

  [Copy link]
 Author| Post time 18-12-2017 05:41 PM | Show all posts

Cantik. Sesuai gituh. Mana dapat gambo ni? Iols beriya google, tak dpt lagi 'Arania' yg sesuai camni.

Nak gambo Andra pelissss.....

Taknaklah gambo katun disney
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2017 05:46 PM | Show all posts
BAB 10

RESAH menunggu.

Masing-masing terus menantikan hasil pemeriksaan tabib ke atas sekujur tubuh yang terbaring lesu atas katil. Tiada langsung tindak-balas diberi pada setiap panggilan mahupun sentuhan. Peluh berjejeran membasahi pakaian.  Dada turun naik menandakan masih ada nyawa dalam jasad. Sesekali, bunyi erangan keluar dari mulut dalam keadaan matanya terus terpejam.

Tabib memeriksa anak mata. Seterusnya, perhatian tertumpu pada pergelangan tangan. Agak lama di situ, membaca kadar degupan nadi. Kening berkerut seketika, menyebabkan situasi menunggu itu lebih mencemaskan. Seketika kemudian, pergelangan tangan dilepaskan. Tabib menekan secara perlahan di bahagian abdomen dan meneruskan ke bahagian tubuh yang lain.

Pemeriksaan selesai. Tabib bangun dari katil, mengadap Raja Amsyar dan Ratu Malaeka, memberi tunduk hormat.

“Bagaimana dengan anakanda beta?” Ratu Malaeka terlebih dahulu bersuara.

“Tekanan darahnya meningkat, jauh lebih tinggi dari biasa.” Tabib menghala pandangannya kepada Andra dan menyambung kata. “Dan Putera Andra juga mengalami demam buat masa ini.”

“Berapa teruk keadaannya?”

“Ianya tidak kritikal, jika itu yang tuanku maksudkan. Putera Andra perlu perbanyakan rehat dan tidak terlalu banyak berfikir. Tekanan hanya akan membuat kesihatannya semakin buruk.”

Jeda.  Kesemua yang ada dalam kamar itu saling berpandangan. Kelegaan terbias pada wajah masing-masing namun gelisah masih belum surut.
Tabib menunggu, seandainya ada apa-apa lagi perkara berbangkit. Apabila tiada lagi yang bertanya, dia menyambung kata.

“Patik akan sediakan ramuan ubatan untuk Putera Andra. Sila berikan kepada putera sebaik saja sedar. Harap-harap, demamnya akan kebah secepat mungkin. Patik mohon diri dulu.” Usai berkata, Tabib membuat tunduk hormat, berundur tiga tapak ke belakang dan berlalu pergi untuk melakukan tugas seterusnya.

Ratu Malaeka mendekati kepala katil, lalu melabuh duduk di atas tilam. Wajahnya nampak tenang namun galau di hat hati, hanya Tuhan yang tahu. Tangannya mengusap lembut rambut Andra. Sisa-sisa peluh, dilapkan dengan kain putih yang tersedia di tepi.

“Andra…” Panggil Ratu Malaeka.

Masih lagi tiada reaksi.

“Bonda berdoa…dan akan terus berdoa, agar anakanda cepat sembuh. Kembali menjadi Andra yang dulu.” Bisik Ratu Malaeka, perlahan. Arania mengambil tempat di sebelah Ratu Malaeka, lalu menggenggam tangan Andra, erat.

Raja Amsyar memerhatikan Syakilla yang berdiri sambil berpeluk tubuh di hujung katil. Wajah gadis itu sungguh tegang, berbaur cemas dan ketakutan. Merenung terus kepada Andra yang terbaring tak bergerak. Sedari tadi Syakilla begitu. Sejak Andra di bawa ke kamar sehinggalah saat ini, Syakilla langsung tak bersuara. Raja Amsyar mendekati Syakilla, lalu menepuk perlahan lengan gadis itu.

“Jangan risau, Andra tak apa-apa.” Raja Amsyar cuba memujuk.

Syakilla memandang Raja Amsyar, mengangguk beberapa kali namun tetap membisu. Gambaran Andra meronta-ronta dan meraung bermain dalam fikiran. Yang menjadi kekalutan, ini adalah pertama kali Syakilla menghadapinya sendirian. Saat Andra terbaring lemah dalam kesakitan, dia buntu…tak tahu apa perlu dibuat untuk membantu. Melihat Andra terseksa begitu, jiwa raganya turut sama merasa pedih dan pilu.

Dan sejujurnya dia takut, andai dia kehilangan Andra pada saat itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2017 05:57 PM | Show all posts
“Anakanda tahu, apa yang menyebabkan Andra jadi begini?” Soal Raja Amsyar.

Syakilla menggeleng. Dia merenung wajah Raja Amsyar seketika sebelum bercerita. Tentang Andra yang muncul secara tak di duga, di kolam pinggir taman. Selepas itu, sikap Andra mula bertukar menjadi perengus. Seterusnya, bagaimana Andra tiba-tiba saja meraung kesakitan dan jatuh rebah tak sedarkan diri. Akhir sekali, dia terpaksa pergi mendapatkan bantuan kerana kudratnya tak berdaya untuk membawa Andra kembali ke istana seorang diri.

Tidak semua perkara diceritakan sepenuhnya kepada Raja Amsyar. Bahagian yang manis itu, Syakilla simpan sendiri, tak akan diluahkan kepada sesiapa. Memang sebelum ini pun dia begitu. Tidak pernah terbuka bercerita soal hati.   

Raja Amsyar mengangguk faham, usai saja Syakilla menamatkan bicara. Dia memandang semula kepada Ratu Malaeka dan Arania. Andra pula, masih tidak sedarkan diri.

Satu keluhan terlepas dari bibir.

“Dinda.” Panggil Raja Amsyar.

Ratu Malaeka beralih pandang.

“Malam sudah larut. Apa kata, kita semua berehat saja?” Saran Raja Amsyar.

Ratu Malaeka tidak memberi sebarang jawapan. Berat hati mahu meninggalkan kamar.

“Ampun tuanku.” Madein memohon izin untuk berkata. “Patik akan terus menjaga Putera Andra. Sekiranya ada apa-apa, patik akan terus maklumkan kepada tuanku.”

Ratu Malaeka akhirnya bersetuju. Dia bangun dari katil, dituruti oleh Arania. Menghampiri Madein lalu memberi titah.

“Tolong jaga putera beta sebaik mungkin. Terus maklumkan pada beta jika terdapat sebarang perubahan.”

“Baik, tuanku.” Balas Madein.

Arania mendapatkan Syakilla lalu memaut bahu gadis itu. “Mari, Syakilla. Kita kembali lagi pada siang hari untuk melihat keadaan Andra.”

Syakilla mengangguk. Namun tak berganjak walau seinci. Raja Amsyar, Ratu Malaeka serta Arania saling berpandangan. Menunggu seketika sekiranya Syakilla akan menuruti mereka akan tetapi, Syakilla terus membatukan diri.

Ratu Malaeka memerhatikan sikap Syakilla. Ada sesuatu tergambar pada wajah dan renungan gadis itu. Ianya terpendam jauh di sanubari paling dalam, tidak ternampak jika hanya melihat dengan mata kasar. Begitu tersirat di atma, sehingga tak bisa terluahkan di bibir. Ratu Malaeka melihat dengan mata hati, dan dia mengerti.   

Syakilla dihampiri, lalu memegang jari gadis itu dan berkata.

“Bonda dan ayahanda pergi dulu. Jangan tunggu terlalu lama di sini. Anakanda pun pasti kepenatan. Berehatlah. Tak perlu bebankan fikiran anakanda dengan perkara ini.” Ada kiasan dalam kata-kata itu. Tidak manis sekiranya membiarkan teruna dan dara berduaan saja di kamar, sungguhpun Andra dalam keadaan tidak sedarkan diri. Namun, Ratu Malaeka tidak mahu memaksa Syakilla keluar serta-merta. Memberi peluang untuk gadis itu meluangkan masa. Dia percaya, Syakilla tahu batasnya dan tak akan sekali-kali berbuat perkara yang akan mencemar nama baik keluarga di raja.

“Baik, bonda.” Balas Syakilla. “Terima kasih.”

Ratu Malaeka mengangguk, tersenyum sedikit. Sejurus, dia melepaskan pegangan jari lalu berpaling kepada Raja Amsyar dan Arania, membuat isyarat agar meninggalkan kamar. Tidak berkata apa-apa lagi, mereka melangkah pergi.

“Patik mahu berjumpa tabib, untuk mendapatkan ramuan ubatan buat Putera Andra.” Ujar Madein, membuat tundukan hormat dan meninggalkan kamar untuk menjalankan tugasnya.

Suasana sepi menyelubungi kamar itu. Syakilla menghampiri kepala katil, berdiri kaku di situ. Andra mereluh lena, sepertinya kesakitan yang dialami tadi telah berlalu. Syakilla menarik nafas panjang. Segala kerisauan dan ketakutannya di telan. Tanpa lisan, harapan dititipkan supaya Andra kembali sihat seperti sediakala.

Tangan kanan yang tergenggam, dibuka. Moneira pemberian Andra tadi sudah malap cahayanya. Perlahan-lahan, Syakilla memegang lembut tangan Andra, meletakkan kuntuman Moneira ke dalam genggaman.

Moneira ini akan menemanimu…

Pegangan dilepaskan. Syakilla merenung Andra buat kali terakhir dan kemudian, dia melangkah pergi.

“Tung….gu.”

Langkah Syakilla terhenti.

“Tung…ugh.”

Syakilla berpaling semula. Dahinya berkerut. Andra di hampiri. Mulut Andra sedang menggumam-gumam sesuatu yang tak dapat difahami biji butirnya.

“Ugghh….”

Dan Andra terus meracau-racau dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2017 06:00 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 18-12-2017 06:10 PM

DALAM keadaan terbaring, Anaqi membuka mata. Kekaburan menjelma di pandangan. Pada mulanya, Anaqi menyangka ia adalah disebabkan rasa pening tapi dia silap. Kekaburan itu adalah kerana warna-warna yang dilihat hanyalah putih, hitam dan kelabu. Dalam keadaan tak keruan, Anaqi meraba-raba. Alas baringnya adalah dari tanah dan daun-daun kering. Bunyi-bunyi seperti unggas kedengaran di sana-sini.

Terus, Anaqi bangkit dari pembaringan. Baru dia sedar, dia dikelilingi oleh pohon-pohon tinggi dan besar. Anaqi tidak mengambil masa yang lama untuk mengetahui yang dia berada dalam hutan. Bagaimana dia tercampak pula ke sini, masih sesuatu yang misteri.         

Anaqi berpusing keliling, tanpa arah tujuan. Berada dalam keadaan ini membuatkan dia panik. Semuanya serba aneh dan bersendirian dalam keadaan sebegini, semestinya menggerunkan. Tak tentu arah, Anaqi menjerit sekuat hati.

Pelik, walaupun sudah melaung separuh nyawa, suaranya langsung tidak kedengaran. Anaqi menjerit-jerit meminta pertolongan sehingga tekaknya terasa perit. Akhirnya, dia berhenti dan termengah-mengah. Dada turun naik menghela nafas. Jujurnya, Anaqi ketakutan. Sukar untuk dia berfikir waras dalam situasi penuh keanehan seperti ini. Dia berpeluh-peluh, sehingga lencun baju yang dipakai.

“Ugghh….”

Suara seakan mengerang kesakitan, mencuri pendengarannya. Ianya tidak jauh dari tempat Anaqi berdiri. Dalam kekaburan itu, sukar untuk Anaqi mencari puncanya.

“Tung…ugh…hhhmmppp...”

Anaqi dapat merasakan, sesiapa juga yang mengerang seperti itu, pastinya dalam kesakitan teramat. Lalu, Anaqi menarik nafas panjang, menyingkirkan rasa panik dan takut, memfokuskan pendengaran. Mencari arah datangnya bunyi itu.

Ianya kedengaran lagi. Kali ini, lebih panjang dan perit. Dengan keberanian yang masih tersisa, Anaqi melangkah ke depan, mencari-cari. Dalam kekaburan itu, dia meneruskan perjalanan, melupakan resahnya sendiri. Paling tidak pun, dia bukan bersendirian dalam hutan pelik ini.

Langkahnya terhenti. Bagaimana pula jika yang berbunyi itu binatang buas? Tapi, bunyi itu lebih kepada manusia, bukan haiwan. Dan kalau haiwan pun, mungkin dalam keadaan cedera parah. Anaqi teragak-agak.

“Errgghhh….”

Erangan itu seakan merayu meminta pertolongan. Anaqi membuang semua fikiran negatif yang berlegar-legar dalam minda dan menguatkan semangat untuk terus mencari. Lagipun, situasi sudah sedia aneh. Berapa aneh lagi ia boleh jadi?

Sekujur tubuh yang terbaring di perdu pohon, tidak jauh dari tempat dia berada, menggamit perhatiannya. Anaqi mara perlahan-lahan, penuh waspada. Langkah diteruskan sehinggalah jarak antara dia dan pemuda yang terbaring itu tinggal beberapa tapak. Cecair gelap kelihatan membanjiri kawasan pembaringan. Terdapat sebilah pedang di sebelah pemuda itu, juga dilumuri cecair gelap.

“Tol…ong.” Pemuda itu menggumam. Anaqi semakin dekat. Tatkala wajah pemuda itu dapat dilihat, dia tersentak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2017 06:16 PM | Show all posts
“Adif!” Anaqi menjerit, terus menerpa.

“Adif. Adif!” Beberapa kali pun dia melaung, tetap suaranya tidak kedengaran. Anaqi menggoncang tubuh pemuda yang terbaring itu namun, tiada tindak-balas. Cecair gelap membasahi tangannya. Anaqi mengangkat tangan sehingga ke paras mata. Darah?

“Adif!”
Sudah perit tekaknya menjerit.

“Adif. Bangun Adif. Adiffff!”

Adif terus mengerang kesakitan. Matanya separuh terbuka. Tangan kanan terangkat sedikit, menunjuk ke satu arah.

Anaqi berhenti memanggil nama Adif. Dia memandang ke arah yang di tunjukkan. Susuk tubuh yang kekar dan tinggi, sedang menghampiri mereka dengan sebilah pedang terhunus di tangan. Kesan cecair gelap berjejeran menitis dari hujung pedang.

“Adif! Bangunlah!” Anaqi di hambat cuak, semakin terdesak. Cuba menarik tangan Adif namun tak berdaya.

“Adif!” Asanya semakin hilang. Pemuda dengan pedang sedang berdiri di hadapan mereka. Saat ini, Anaqi benar-benar ketakutan. Dia hendak lari, namun tidak sanggup meninggalkan Adif keseorangan di situ.

Anaqi cemas, memerhatikan pemuda dengan pedang itu. Ada kesan hirisan panjang pada pipi kanannya. Wajah pemuda itu seperti pernah dilihat namun dalam keadaan begini, sukar sekali untuk Anaqi membuat pengecaman. Pemuda itu merenung Adif, tajam. Peliknya, dia bagaikan tidak sedar dengan keberadaan Anaqi di sebelah.

“Sana! Di sana!”

Entah dari arah mana, kedengaran suara menjerit dan melaung. Bunyi tapak kaki menghentak bumi kini memecah kesunyian hutan aneh. Dengan tiba-tiba saja, situasi bertukar riuh-rendah. Anaqi tercengang. Pemuda dengan pedang tersentak dan terus melarikan diri.

Hutan aneh terus bergempita. Anaqi cuba memanggil nama Adif namun ianya terus tenggelam dalam hiruk-pikuk suasana.

“Adif.”

“Adif…”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2017 06:26 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 18-12-2017 06:28 PM

“ADIF!”

Anaqi membuka mata untuk kali kedua. Bunyi nyaring lagi bingit menyumbat telinga. Kerana keliru, Anaqi mengambil masa yang lama untuk menyedari, bunyi nyaring dan bingit itu berpunca dari telefon pintar yang tergeletak atas meja kopi. Tak lama kemudian, ianya mati sendiri.

“Urrgghhh…” Anaqi memegang kepala yang berdenyut-denyut. Matanya berpinar. Begitupun, dia cuba memfokuskan pandangan. Lega tatkala mendapati, penglihatannya telah pulih, bukan hanya ada hitam, putih dan kelabu. Dan dia berada dalam rumah, bukan hutan aneh tanpa warna.

Apa yang tak kena dengan aku ni?


Tiada jawapan untuk soalan itu.

Telefon pintar berdering lagi. Anaqi memaksa dirinya untuk bangun. Lambat-lambat, telefon pintar dicapai. Nama Luqman tertera. Sejurus, jari dilalukan di skrin.

“Qi.”

Tanpa salam, tanpa mukadimah, suara Luqman kuat memanggil namanya.

“Ya…” Anaqi menjawab, masih lemah.

“Eh, kau tak sihat lagi ke?” Soal Luqman.

“Okey.” Balas Anaqi, sepatah.

“Hhhm. Dengar macam tak sihat. Ni, kau datang kafe tak hari ni?”

“Datang.”

“Pukul berapa? Meeting pukul 11 pagi. Kalau kau tak datang, aku nak inform client.”

Client? Meeting? Dahi Anaqi berkerut. Sukar menghadam maklumat dalam keadaannya yang masih mamai dan keliru.

“Sekarang pukul berapa?”

“Sepuluh setengah. Almost.”

“Alamak.” Anaqi terus mematikan panggilan. Dia bergegas bangun biarpun kepala masih sakit berdenyut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2017 11:10 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 18-12-2017 05:41 PM
Cantik. Sesuai gituh. Mana dapat gambo ni? Iols beriya google, tak dpt lagi 'Arania' yg sesuai cam ...

ada 2 versi.

amek versi jambu dulu ya...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 11:12 AM | Show all posts
ni versi macho skit...
btw, masa nak search tu, search fantasy image



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2017 04:01 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 19-12-2017 11:12 AM
ni versi macho skit...
btw, masa nak search tu, search fantasy image

yang ni ala2 bad boy kaka lady....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2017 10:44 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 19-12-2017 11:10 AM
ada 2 versi.

amek versi jambu dulu ya...

Andra jadi bunian kokesen ek?

Fantasy Image - noted
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2017 10:48 PM | Show all posts
BAB 11

ANAQI memberi laluan kepada tiga orang wanita itu menaiki tangga, menuju ke tingkat dua Nickies Café. Seringkali bahagian ini dijadikan venue untuk majlis-majlis khas oleh para pelanggan. Seperti hari ini, kehadiran wanita-wanita ini adalah untuk meninjau sendiri suasana dan tempat, sebelum membuat pengesahan untuk majlis mereka.

“So…this is our first floor.” Tutur Anaqi, membuka bicara. “Please, have a look around.”

“Thanks.” Balas bakal ibu dan tersenyum. Mungkin kerana kelelahan, dia hanya berdiri setempat, membiarkan dua lagi rakannya meninjau kawasan.

“Dah berapa bulan, Puan Zara?” Saja Anaqi berbasa-basi.

“Enam bulan.” Lembut Zara membalas. “Then, these two friends of mine, suggest buat baby shower. I pun macam…okeylah. Buatlah.”

Anaqi mengangguk. “Macam mana Puan dapat informasi tentang kafe kami?”

“Actually, my friend yang tu…” Telunjuk Zara diarahkan kepada rakannya yang berbaju jingga. “Dia kata, dia pernah few times datang sini. She reviewed it as good food, good taste.”  

Anaqi senyum.

“Tapikan… tak pernah pulak dia cakap ada good looking guy, yang run this place.” Sempat Zara bergurau.

Anaqi sengih kerang. Mati akal nak menjawab gurauan sebegitu.

“By the way, I macam pernah nampak youlah. Rupa you macam somebody yang I kenal…”

“Oh ye ke?” Dahi Anaqi berkerut.

“Zara…”

Perbualan mereka terhenti. Rakan yang berbaju jingga tadi memanggil dan terus berjalan mendapatkan mereka. Sementara yang berbaju hitam, masih lagi mengitari kawasan. Nampak serius saja mukanya.

“So…Cik Laila. Macam mana?” Soal Anaqi, masih mengekalkan senyuman. Tips asas menjaga hati pelanggan dan bakal pelanggan adalah, perlu sentiasa senyum dan bersikap mesra. Tutur Bahasa juga perlu di jaga kerana tak ada pelanggan yang suka berurusan dengan orang yang biadab. Selain itu, perlu juga menjadi pendengar yang baik agar kehendak pelanggan dapat dipenuhi dan pelanggan pun berpuas hati.

“So far so good.” Senyuman Laila meleret-leret. Anaqi dikerling atas bawah.

“Zara…macam mana? Do you like it?” Manja suara Laila bertanya.

“I okey aje. You all yang rajin sangatkan…nak throw baby shower party untuk I? Takkan I nak demand lebih-lebih.” Balas Zara.

“Yalah. Inikan first baby you. Mestilah grand sikit…”

Zara tertawa kecil.

“Dilla. Sini.” Panggil Laila. “Tak payahlah survey lama sangat.”

Dilla menghampiri. Di antara ketiga-tiganya, Dilla yang paling kurang bercakap.

“Macam mana, puas hati?” Soal Laila.

Dilla angkat bahu. “Muat ke untuk 50 orang?” Pandangan di arahkan kepada Anaqi.

“Muat Cik Dilla. Untuk keselesaan, this upper section will be close just for your event. So, tak akan ada gangguan dari orang lain sepanjang event berlangsung.”

“Okey.” Dilla menjawab sepatah.

“Very good then. So, Mr Qi…” Laila memberi jelingan menggoda. “Do you think you can fulfil…our needs?”  

Lain macam betul gayanya. Anaqi mengurut tengkuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2017 10:51 PM | Show all posts
“You tahulah…hiasan untuk theme party. The foods. Etcetra…etcetra.”

“Boleh Cik Laila. That can be discussed further. Apa kata kita duduk dulu? Mummy-to-be pun mesti dah penat berdiri.”

“Wow. He’s so thoughtful. Very charming.” Laila menekap pipi dengan tangan. Anaqi pura-pura tak dengar dan tak melihat.

“Let have a seat, ladies.” Anaqi memberi senyuman.

“Gosh.” Kali ini, Laila mengipas-ngipas pula mukanya dengan tangan.

“Behave Laila.” Tegur Zara, sambil ketawa. “Sorry Encik Anaqi. Kawan I ni memang macam ni. Gedik sikit.”   

“It’s okay.” Anaqi tetap tersenyum.

“Oh…by the way.” Laila menyambung kata. “I sajalah nak tanya. You do recognised us right?”

“Sorry?” Anaqi terpinga-pinga.

“Maksud I…you know…”

Kening Anaqi terjongket.

“We are instafamous. Kalau you selalu tengok Instagram, mesti you kenal Laila Nazri, Dilla Hussin dengan Zara Amin.”

“Oh...” Anaqi mengangguk. Nak jaga hati punya pasal, buat-buat tahu sajalah.

“So...I’m wondering, kalau-kalau you boleh sponsor sikit majlis ni?”

Anaqi terdiam, agak terkejut mendengar permintaan itu. Sedaya-upaya, dia mengekalkan riak wajah bersahaja. Masing-masing nampak bergaya, laksana fashionista hijabista ternama. Tapi, nak buat majlis pun nak minta ditaja?

“In return, kami akan buat review pasal kafe you. You know, each of us ada at least, 90 ribu ke 100 ribu followers. Cuba you imagine, just like that…” Laila petik jari. “You can promote your café to so many people, for free.”

Anaqi masih membisu.

“What say you, Mr. Anaqi?” Laila bersuara manja.

“Well, let’s discuss about it.” Anaqi senyum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2017 10:57 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 20-12-2017 07:43 AM

“MINTAK SPONSOR?” Agak kuat suara Luqman ketika bertanya.

“Iya. Nak mintak sponsor.” Balas Anaqi. Tangannya menggapai sepapan Panadol Extra yang baru dibeli di kedai 7-Eleven. Dua biji dikeluarkan dari bungkusan. Terus, ditelan sekaligus bersama dengan air mineral. Sekali teguk, habis setengah botol. Memang dia tak ada masa untuk sakit kepala ketika bekerja.

“Habis, kau cakap apa?”

Anaqi mengurut tengkuknya. Jawapan ini pasti akan membuat Luqman tidak gembira. “Aku setuju nak sponsor.”

Kening Luqman terangkat sebelah.

“Cuma, aku tak bagi confirmation lagi nak sponsor apa.” Sambung Anaqi.

“Hhmm.” Luqman memutarkan biji mata. “Kita punya pakej dah murah kot. Siap free flow of drinks lagi. Nak mintak sponsor jugak?”

“Ala bro. Cuba kau fikir dari sudut marketing strategy. 100 ribu followers…banyak gak tu. Free marketing, free publicity.”

“Nak sponsor apa?”

“Entah.” Anaqi angkat bahu. “Cupcakes maybe. Maccarone…sandwich? Kau kan chef. Kaulah decide.”

“Aku pulak? Yang buat decision tu kau, bukan aku.” Bidas Luqman. Anaqi tersengih. Luqman naik angin. Nampak benar Luqman kurang bersetuju dengan keputusan untuk menaja majlis baby shower Zara.

“Ala Luq. Paling tak pun, kau anggap aje sedekah untuk bakal ibu.”

“Kat luar sana tu, ramai lagi orang susah yang boleh aku bagi sedekah. Tahu?” Suara Luqman meninggi.

Anaqi sengih lagi.

“Famous sangat ke si instafamous tu?” Luqman agak skeptikal.

“Entahlah Luq. To be honest, seorang pun aku tak kenal. Lagipun, aku tak berapa keen sangat dengan media social, Instagram segala bagai ni. Lainlah si Adif tu…” Dan Anaqi terdiam. Dia sendiri tak sangka nama Adif terkeluar dari mulut.

“Yelah. Dia dulukan novelis terkenal. Rajin layan peminat kat media social. ” Sambung Anaqi, sengaja berlagak perkara itu tidak mendatangkan kesan kepadanya.

Luqman memandang Anaqi, membuat penghakiman sendiri dalam hati. Sudah hampir dua bulan Adif meninggal, ini adalah kali pertama Anaqi menyebut nama Adif dalam keadaan selamba. Jika tidak, Anaqi tidak akan menyebutnya langsung.

“Bro, kau okey ke?” Berhati-hati, Luqman bertanya. “Kalau kau tak nak jawab, it’s fine. Aku tak paksa.”

Anaqi menggapai botol air mineral, terus meneguk sehingga habis.

“Kalau kita mimpi pasal orang yang dah tak ada, apa maknanya?” Anaqi bertanya. Luqman mengambil masa sebelum menjawab.

“Kau mimpi pasal arwah Adif ke?”

Anaqi mengangguk perlahan.

“Selalunya, kalau kita mimpi pasal orang yang dah tak ada ni, mungkin…mungkinlah, sebab rindu.”

“Tapikan…mimpi aku ni pelik sikit.”

“Pelik macam mana?”

Sejenak, Anaqi memandang Luqman. Entah mengapa, hari ini dia agak terbuka untuk berbicara. Lalu, dia bercerita tentang mimpi peliknya mengenai arwah Adif kepada Luqman. Tentang hutan aneh dan tentang pemuda dengan pedang. Setiap apa yang berlaku dalam mimpinya, diluahkan tanpa ada yang tertinggal sedikitpun.

“Pelik mimpi kau ni.” Respon Luqman, usai saja Anaqi tamat bercerita.

“Tulah.” Balas Anaqi. Terasa ringan sedikit beban perasaan yang ditanggung.

“First time ke, kau mimpi macam tu?”

“Tak jugak. Sebelum ni pun, aku ada mimpi pelik-pelik. Tapi bukan pasal arwah Adif.”

“Dah tu, pasal apa?”

Anaqi membisu. Sukar untuk menjawab soalan kali ini. Dia sendiri kurang pasti, apa yang di alami itu adalah mimpi, atau betul-betul terjadi. Nak kata mimpi, Anaqi dapat merasakan pengalaman itu terlalu benar. Nak kata betul, belum ada logika yang dapat menjelaskan fenomena pelik itu. Tambahan lagi, dia bimbang akan tanggapan Luqman terhadapnya nanti. Tak pasal-pasal dituduh gila.

Melihat Anaqi terdiam, Luqman tidak memaksa Anaqi untuk bercerita.

“Pada aku, mimpi tu mainan tidur. Mungkin kau teringatkan arwah, sampai terbawak-bawak dalam mimpi.” Ujar Luqman.

Anaqi cuma mengangguk. Dia tahu, Luqman berkata begitu untuk menyedapkan hati. Sedangkan dia sendiri yang mengalami perkara begitu boleh jadi keliru, apatah lagi Luqman yang hanya sekadar mendengar cerita. Buat masa ini, tiada konklusi yang dapat dibuat. Perkara yang dialaminya, masih kekal misteri.  

“Qi, kalau kau kau rasa nak cuti lagi, just go ahead. Aku takde hal.”

“It’s okay. Kalau aku nak cuti nanti, aku beritahu.”

Luqman mengangguk setuju.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2017 11:00 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 20-12-2017 07:46 AM

ANAQI duduk bersandar atas sofa, dalam pejabat kecilnya. Tangan bagai melekat pada telefon pintar, membaca dan membalas mesej dari Zara. Bakal ibu itu, walaupun baru pertama kali berjumpa, terasa seperti sudah kenal lama. Sifat Zara yang peramah dan mudah mesra, menyebabkan Anaqi terasa mudah untuk berkawan. Laila pun peramah juga, tetapi terlebih mesra sehingga rasa malas nak layan. Dilla pula, yang paling serius dan pendiam.

(Zara) I minta maaf banyak-banyak. I tak sangka Laila mintak you sponsor sikit untuk majlis tu nanti. Seriously, it’s not in our plan. Tiba-tiba aje Laila cakap macam tu.

Anaqi tersenyum membaca whatsapp dari Zara. Jari menaip aksara, membalas mesej.

(Anaqi) It’s ok

(Zara) You don’t worry. Just forget about that request. Without it pun, I akan tetap buat review pasal kafe you, for free.

(Anaqi) Tak apa, Ms. Zara. Saya dah janji nak sponsor, so I will. Anggap aje itu hadiah untuk mummy-to-be and baby.

(Zara) It’s so nice of you, Thanks Qi.

(Anaqi) Welcome

(Zara) By the way, boleh I tanya something?

(Anaqi) Tanya apa?

(Zara) Kan I ada bagitau tadi, I macam pernah nampak you.

(Anaqi) Yes?

(Zara) I think, I know you from somewhere. You dengan Adif Asmani yang novelis tu, adik-beradik ke?


Anaqi tidak membalas kali ini. Dibiarkan saja Zara menerima dua tanda biru. Masih terlalu awal untuk Zara mengenalinya dengan lebih peribadi.

Anaqi bangun. Telefon pintar diselitkan dalam poket kiri. Sejenak, dia memandang ke arah meja – lebih tepat lagi, pada laptop biru milik Adif. Lama dia begitu. Hati mulai meronta-ronta. Bagai ada sesuatu yang menyerunya untuk kembali ke tempat serba aneh itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2017 11:09 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 19-12-2017 11:12 PM

Pintu pejabat tiba-tiba saja terbuka.

Anaqi tersentak, terus berpusing.

“Alamak. Bos…sorry.” Tutur Nina, turut terkejut melihat Anaqi dalam pejabat. “Ingat bos tak ada dalam ofis.”

“Ada apa Nina?” Soal Anaqi.

“Tak ada apalah. Nanti datang balik.” Kisah Latte kena tolak mentah-mentah masih Nina ingat. Sehingga kini, dia segan campur merajuk hendak bercakap dengan Anaqi. Nak bersemuka pun rasa semacam. Baik cabut cepat-cepat.

“Eh nanti. Kenapa tangan tu?” Anaqi memandang tangan Nina yang berdarah.

“Tak ada apalah, bos. Sikit aje ni.” Tujuan asal masuk sini, nak cari first-aid. Nampak saja Anaqi, niat Nina terus mati. Baik beli plaster di 7-Eleven saja sekejap lagi.

“Tunggu!” Anaqi bertegas. Nina tak jadi cabut lari.

“Sini.”

Mahu tak mahu, Anaqi dihampiri.

“Tengok tangan.”

Nina tunjuk tangan.

“Duduk situ. Saya ambil first-aid.”

Nina terkesima, tapi tetap patuh kepada suruhan. Dia melabuh duduk atas sofa, sambil memerhati Anaqi yang sedang menyelongkar kabinet. Kemudian, Anaqi mendapatkan Nina, bersama kotak first-aid dalam pegangan.

“Sini tangan tu.” Pinta Anaqi lagi.

“Eh…bos. Saya buat sendiri ajelah.” Nina teragak-agak.

“Sini.”

“Yalah.” Nina hulur tangan.

“Macam mana boleh luka?” Sambil membersihkan luka, Anaqi bertanya.

“Nak potong Lemon, terpotong jari sendiri.” Jawab Nina, jujur. Anaqi tersenyum seraya tergeleng kecil.

Nina hanya memerhatikan Anaqi membalut luka di jarinya. Cekap dan lembut saja buat kerja. Dalam diam, sempat juga dia mencuri pandang pada wajah Anaqi. Macam mana tak jatuh suka? Walaupun roman wajah selalu serius, namun manis tu tetap ada.

Nina oi... Sudah-sudahlah berangan. Tak naknya dia dengan kau.   

“Dah.” Tutur Anaqi, setelah kerjanya selesai. Monolog dalam kepala Nina terus mati.

“Terima kasih, bos."

“Next time, hati-hati buat kerja. Nasib kena jari telunjuk. Kalau kena jari manis, dah tak boleh sarung cincin.”

“Tak apa. Kalau Encik Anaqi yang sarungkan cincin tu, jari mana-mana pun saya sanggup.” Eh?  

Kening Anaqi terangkat.

“Saya gurau aje, bos.” Nina segera angkat punggung. “Saya keluar dulu.”

Nina pantas menerpa ke pintu, dan terus bergegas keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 06:55 PM | Show all posts
amboi hijabista instafamous..berlagaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2017 03:52 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 19-12-2017 11:09 PM
Pintu pejabat tiba-tiba saja terbuka.

Anaqi tersentak, terus berpusing.

amboi nina! jgn gedik. Ai x suka pompuan gedik. Walau dlm hati tu merenyam sgt tp jgn tunjuk luaran, hokeh? Kena jual mahal sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 03:12 PM | Show all posts
Best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2017 12:43 PM | Show all posts

Thanks for reading Cengkih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2017 12:51 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 29-12-2017 01:21 PM

BAB 12

ANAQI memusingkan tombol dan kemudian, menolak daun pintu bilik tidur Adif seluas-luasnya. Gelap terus lenyap sebaik saja suis lampu dihidupkan. Dia petik pula suis kipas, menghilangkan rasa yang berbahang. Tingkap dihampiri. Dapat Anaqi lihat habuk kian menebal pada bingkai, kerana sudah berminggu tidak dibersihkan. Tidak dipedulikan akan habuk, tangan terus membuka daun tingkap separa lebar, membiarkan angin malam menerobos masuk.

Dia berpaling semula. Pandangan ditebarkan keseluruh bilik Adif, sementara mindanya bergerak dan berfikir tentang sesuatu. Dia mahukan penjelasan kepada perkara-perkara aneh yang terjadi kepadanya kebelakangan ini namun tidak pasti, apakah jawapan itu berada dalam bilik ini. Begitupun, Anaqi berharap arwah Adif ada menyimpan sesuatu sesuatu yang boleh dijadikan petunjuk.

Lama termenung, Anaqi akhirnya bergerak dari tingkap, menuju ke almari. Pintu almari di buka lalu dia menyelak pakaian yang tergantung tanpa arah tujuan. Menyedari yang itu hanya membuang masa, Anaqi menyelongkar pula bahagian laci. Tiada apa-apa juga di situ. Laci dan pintu almari di tutup.

Anaqi mengeluh.

“Pada aku, mimpi tu mainan tidur. Mungkin kau teringatkan arwah, sampai terbawak-bawak dalam mimpi.”

Terngiang-ngiang kembali kata-kata Luqman semasa berbual-bual petang semalam. Mungkin benar kata-kata Luqman. Dia teringat pada arwah kembarnya, sehingga terbawa ke dalam mimpi. Andai benar sekalipun dia rindukan Adif, kenapa pula dia dapat mimpi pelik-pelik?

Benarkah apa yang dialami itu cuma mimpi?
Jawapan pada soalan itu masih belum ditemui.

Sejenak, Anaqi terpandang pada buku nota Adif, tergeletak kaku atas meja tulis. Keningnya berkerut. Bagai ada suara ghaib memanggil namanya, Anaqi bergerak mendekati meja, menarik kerusi yang ada dan terus melabuh duduk. Jari menyentuh kulit buku nota yang keras dan berwarna hitam itu. Seketika, ingatan pada Adif jelas menjelang. Anaqi tahu, Adif seringkali mencoret idea ke dalam buku nota, sebelum mengolah ayatnya untuk dijadikan novel.   

Buku nota hitam di buka. Terus, dia membaca ayat-ayat yang tertulis. Sebaris…demi sebaris.

PHANTASMARGORIA
A sequence of real or imaginary images like that seen in a dream.
Citra atau ilusi, dalam mimpi.
Illusion.
Ilusi.
Fantasy.
Fantasi.


Kau percaya, wujud itu hanya tatkala disaksi dengan mata. Namun, jika kau terbuka untuk melihat dengan lebih dalam, kau akan mengerti bahawa dunia ini bukan parallel. Kali ini, aku akan bawa kau mengembara, jauh melangkaui dimensi yang berbeza.

Hanya itu coretan pada helaian pertama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tun Mahathir dirawat di IJN kerana batuk
mojarean_XTun Mahathir dirawat di IJN kerana batuk
Views : 34211 Replies : 4
Ada pramugari dan pramugara terpaksa berkongsi bilik, termasuk ‘tidur’ bersama juruterbang..Video klip “Darkside Pramugari” cemarkan imej kru kabin – NUFAM.Akan buat laporan pulis
YgBenarAda pramugari dan pramugara terpaksa ber
Views : 56480 Replies : 146
Datin Intan Najwa Mengandung
irveneDatin Intan Najwa Mengandung
Views : 33662 Replies : 97
Gambar iklan produknya pun.. Iklan Produk Wanita Keluaran Nilofa Guna Foto "Double-Meaning" Buat Ramai Kurang Senang
akido_kidoGambar iklan produknya pun.. Iklan Produ
Views : 57416 Replies : 398
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 92065 Replies : 845
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 13565 Replies : 87
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 117652 Replies : 819
Update :Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Pekan.Bersemadilah semoga keadilan dapat ditebus
YgBenarUpdate :Jenazah Nur Farah Kartini selama
Views : 206268 Replies : 3740
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 29489 Replies : 225
“Saya menceraikan anda, saya menceraikan anda, dan saya menceraikan anda,”  Puteri Kerajaan Dubai Tenang Umum Ceraikan Suami Melalui Instagram
YgBenar“Saya menceraikan anda, saya menceraika
Views : 4445 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.099362 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list