CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: siva_nes1

Gangguan akibat amalan atau peninggalan nenek moyang mertua

  [Copy link]
 Author| Post time 2-8-2012 09:06 PM | Show all posts
alia_elina posted on 2-8-2012 04:35 PM
saya tak baca semua posting TT @ thread ni sampai abis..
tapi nampakla sket2 masalah TT..
TT dh cuba solat hajat? doa terbaik adalah doa suami kepada isteri
TT buatlah solat hajat sampai dpt..jgn putus asa k..

Terima kasih. Saya menghargai nasihat Alia. Solat hajat ada saya lakukan. Pernah sy lakukannya selama 40 malam (1.00-2.00 am) berturut-turut.

(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)


Last edited by siva_nes1 on 2-8-2012 09:11 PM \n\n
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2012 09:33 PM | Show all posts
Radzor posted on 2-8-2012 05:39 PM
Harun din darul syifa bangi?


Darul Syifa Bangi adalah antara pusat rawatn yg sy mula lawati pd thn 2009 selepas istri meninggalkan umah. Tapi tak dpt jumpa Harun Din. Cuma bertemu gan salah sorang daripada anak muridnya yg membaca doa pada air untuk diberi minum pada istri. Ustadz ini juga tidak dapat menghancurkan pendinding istri yang kuat seperti ustadz/perawat sebelumnya. Klu nak kira byk juga air doa dan yasin dah bagi istri minum tapi semuanye takde kesan. Camne ...... huhuhu.

(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)


Last edited by siva_nes1 on 2-8-2012 09:36 PM \n\n
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 09:40 PM | Show all posts
Radzor posted on 2-8-2012 05:53 PM



Rawatan camni mungkin boleh dilakukan klu tuan badan relakan diri untuk dirawat. Klu tuan badan tak caye die dipengaruhi makhluk halus dan tak mau dirawat camne.....

Last edited by siva_nes1 on 6-8-2012 11:24 PM \n\n
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 09:49 PM | Show all posts
kesian tt, tapi sy tak tau nak tolong camner..
cuma sy boleh doakan kebaikan untuk tt sekeluarga, dan kesabaran..

perhaps you should just leave all these, and move on ??
(sorry kalau ini advice yg paling tak leh diterimapakai....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 11:52 PM | Show all posts
Swift posted on 2-8-2012 09:49 PM
kesian tt, tapi sy tak tau nak tolong camner..
cuma sy boleh doakan kebaikan untuk tt sekeluarga, dan kesabaran..

perhaps you should just leave all these, and move on ??
(sorry kalau ini advice yg paling tak leh diterimapakai....

Terima kasih kerna mendoakan kebaikan untuk kami sekeluarga, Swift. I know you meant well with your advice that I should leave all these, and move on. But its easier said than done. It's not really that simple. Klu takde anak-anak dan berbagai pengorbanan yang telah dicurahkan selama lebih 20 tahun mendirikan rumahtangga mungkin boleh tinggalkan semua dan mula membina hidup baru. Tapi susah gak buat gitu kalau dah byk kita curahkan segala-galanya untuk keluarga. Lain org lain hatinya. Mungkin bila mengalami situasi begin ada gak ambil kesempatan untuk cari yg baru samada untuk kepuasan diri atau pun untuk balas dendam. Pada saya isteri dan anak-anak yang sedia adalah satu-satunya keluarga yang saya mahu untuk selama-lamanya. Camne .......

(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)

Last edited by siva_nes1 on 3-8-2012 12:10 AM \n\n
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 07:24 AM | Show all posts
Salam,

Panjang cite tt, nak habiskan penat membacanya.

Nasihat saya kalau u tak sanggup bercerai, baik u fokus kat anak2 je, biarkan je wife u tu since dia sendiri tak nak ubati diri dia.  I tak nampak kepincangan kehidupan famili jika tiada wife didalamnya, ramai org boleh hidup bahagia as single parent n anak2 bahagia.  Apa yg penting ialah akidah anak2 terjaga, sebab apabila akidah terjaga, segalanya akan terjaga.  Kalau i, i tak sanggup tinggalkan anak2 i hidup dlm suasana maksiat dirumah isteri i, main judi pun dia buat donno je, solat posa halal haram mcm mana?

I rasa i paham apa yg u nak.  U nak kehidupan u yg lama bahagia as a family, u wife anak2 stay sama n enjoy life.  itulah picture yg u nampak as keluarga bahagia.  Tapi kalau dah kena mcm ni, apa langkah seterusnya? I yakin u takkan jumpa mana2 perawat yg mampu merawat wife u selagi wife u sendiri tak mau berubat, semua itu diluar kawalan u.

Skrang anak sulung u pulak dah nak jadi mcm wife u, takkan u nak tunggu semua anak2 kena efek baru u nak bawa mereka tinggal dgn u?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2012 08:27 AM | Show all posts
kdg2 kita tpaksa bkorban utk kehidupan yg lebih baik..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 09:31 AM | Show all posts
saya tertanya tanya...mungkinkah si ibu telah membuat perjanjian dgn penjaganya sehinggakan begitu kuat sekali.....
kalau jawapannya iya.....agak sukar utk diubati, kecuali empunya badan sendiri yg meninggalkannya...wallahualam   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2012 02:59 PM | Show all posts
saya nak bagi cadangan,ape kate perawat2 yg ada kat sini bergabung..ikhtiarkan untuk selesaikan masalah TT..ataupun perawat2 kat sini 'x sudi' bergabung?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2012 01:46 AM | Show all posts
saya tak baca habis thread ni.just baca 3 pages je. @siva_nes1 TT tau tak ayah mertua pelakon ashraff muslim tu? saya baru je baca kisah ayah mertua dia (Haji Lokman) selesaikan kes budak kawin dengan bunian n kes ayah pin tu. maybe boleh cuba mintak pertolongan ayah mertua dia.ni website dia http://www.alhidayah-medic.com/
sorry kalau dah pernah cuba sebab saya just baca 3 pages je.hehe.saya doakan TT dapat bersama kembali dengan wife n anak2 dengan baik.aamiin Last edited by ixora6 on 4-8-2012 01:47 AM \n\n
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2012 08:40 PM | Show all posts
abegp posted on 3-8-2012 07:24 AM
Nasihat saya kalau u tak sanggup bercerai, baik u fokus kat anak2 je, biarkan je wife u tu since dia sendiri tak nak ubati diri dia.  I tak nampak kepincangan kehidupan famili jika tiada wife didalamnya, ramai org boleh hidup bahagia as single parent n anak2 bahagia.  Apa yg penting ialah akidah anak2 terjaga, sebab apabila akidah terjaga, segalanya akan terjaga.  Kalau i, i tak sanggup tinggalkan anak2 i hidup dlm suasana maksiat dirumah isteri i, main judi pun dia buat donno je, solat posa halal haram mcm mana? I rasa i paham apa yg u nak.  U nak kehidupan u yg lama bahagia as a family, u wife anak2 stay sama n enjoy life.  itulah picture yg u nampak as keluarga bahagia.  Tapi kalau dah kena mcm ni, apa langkah seterusnya? I yakin u takkan jumpa mana2 perawat yg mampu merawat wife u selagi wife u sendiri tak mau berubat, semua itu diluar kawalan u. Skrang anak sulung u pulak dah nak jadi mcm wife u, takkan u nak tunggu semua anak2 kena efek baru u nak bawa mereka tinggal dgn u?

Salam,

Berpisah bukan kerana kerelaan hati boleh menimbulkan penyesalan yang tidak berkesudahan. Jeritan batin anak-anak untuk mendapatkan belaian kasih sayang apabila keluarga berpecah tidak dapat diluahkan dengan kata-kata untuk merawat hati yang rawan. Memang mudah untuk berpisah bila sudah terasa tidak sesuai bersama dan jalan ini dijadikan sebagai alasan untuk kehidupan baru mengikut haluan sendiri. Adakah benar ramai orang boleh hidup bahagia ‘as single parent’ dan anak-anak bahagia? Menyatakan bahawa anak-anak hidup bahagia dalam keluarga ‘single parent’ adalah satu anggapan yang salah dan satu ‘fallacy’. Pada hakikatnya anak-anak menanggung sengsara apabila ibu dan bapa mereka mengikut haluan masing-masing setelah berpisah. Mereka yang mempercayai bahawa anak-anak hidup bahagia dalam keluarga yang berpecah menunjukkan mereka ini tidak mahu menerima hakikat yang anak-anak telah menjadi mangsa kerana perbuatan mementingkan diri dan keegoan mereka. Orang-orang ini ingin mengambarkan semuanya sempurna dan bahagia hidup dalam keluarga tanpa ibu dan bapa tinggal serumah bukan kerana itulah kenyataannya tetapi hanya untuk menutupkan rasa bersalah yang merekalah puncanya anak-anak jadi mangsa kerana sikap mementingkan diri.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kita mungkin hanya memikirkan cara hidup sebagai ‘single parent’ adalah jalan yang terbaik. Tetapi adakah kita melihat sedalam-dalamnya ke mata anak-anak bagaimana kehidupan mereka bila mereka dibesarkan dalam institusi kekeluargaan yang pincang. Patutkah mereka menanggung kesakitan yang diterbitkan dari keluarga berpecah? Suara dan luahan anak-anak jarang sekali diambil pertimbangan dan mereka yang menjadi mangsa terpaksa berdepan dengan masalah yang ditimbulkan dalam keluarga yang berpecah. Apabila jalan penyelesaian adalah perpisahan, pasangan mengambil keputusan untuk mengikut haluan masing-masing tanpa memikirkan perasaan dan rasa hati anak-anak. Mereka tidak sedar kehidupan anak-anak tersepit di tengah-tengah dilema dua hati dan berperang dengan curiga yang tidak tidak pernah diambil kira. Adakah mereka yang mengatakan anak-anak boleh hidup bahagia dalam keluarga yang berpecah tahu bahawa anak-anak sebenarnya terpaksa bergolak dengan pemikiran dan perasaan sendiri kerana ibu dan bapa sudah tidak lagi duduk serumah? Anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang berpecah kebanyakannya mengalami masalah emosi, kurang keyakinan, murung dan celaru berbanding anak-anak yang memiliki kehidupan normal iaitu mereka yang tinggal serumah dengan ibu dan bapa. Saya berpendapat bahawa hala tuju masa depan anak-anak terletak pada keluarga.

Sebagai unit asas di dalam masyarakat, keluarga adalah tenaga yang sentiasa bergetar melingkari anak-anak. Semakin kuat getaran, semakin bertenaga anak-anak itu. Kekuatan getaran akan pudar jika terdapat gangguan seperti perceraian yang menghalang fungsi dan peranan getaran tersebut. Keluarga sangat penting dalam membentuk peribadi dan watak seorang anak, memberi kesegaran dan ruang untuknya melihat kehidupan. Keluarga adalah unit asas dalam institusi sosial. Maju dan mundurnya anak-anak adalah berpunca daripada institusi keluarga. Kesan negatif terhadap anak-anak dalam keluarga yang mana ibu dan bapa tidak duduk serumah adalah lebih banyak daripada mereka yang hidup bersama di bawah satu bumbung kerana anak-anak yang sepatutnya membesar dalam persekitaran yang positif dan berkasih sayang kebanyakannya tidak dapat membesar dengan sempurna dan lengkap dalam keadaan begini. Tidak dinafikan memang ada juga anak-anak yang bahagia dibesarkan tanpa ibu dan bapa tinggal serumah kerana mereka boleh menerima keadaan tersebut yang seadanya tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Sebaliknya lebih ramai anak-anak yang tidak mampu menerima hakikat hidup tanpa ibu dan bapa mereka bersama di satu rumah. Alhamdulillah akidah anak-anak kami masih terpelihara dan mereka tidak hidup dalam suasana maksiat di rumah isteri sebagaimana yang difikirkan oleh saudara abegp.

Maksiat macam mana saudara abegp maksudkan yang berlaku di rumah isteri? Kalau berjudi itu yang saudara abegp maksudkan ianya tidak berlaku di rumah isteri. Malah tidak ada apa-apa maksiat pun yang berlaku di rumah isteri dengan adanya anak-anak tinggal bersama isteri. Anak-anak sentiasa memerhati isteri untuk tidak melakukan apa-apa di luar batasan. Jangan dengan senangnya buat anggapan melulu tanpa unsur periksa atau melihat dengan mata sendiri kerana itu hanya akan mendatangkan fitnah dan dosa. Macam mana solat, puasa, halal dan haram? Saudara abegp jika nak tahu semuanya ini terpelihara kerana anak-anak dididik dari kecil untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan tahu membezakan yang mana halal dan haram. Semuanya ini dapat terpelihara kerana anak-anak kami dibesarkan dalam suasana mawaddah, sakinah dan warahmah sebelum keluarga berpecah. Sebenarny aanak-anak tidak putus hubungan dengan saya dan kami masih berjumpa. Cuma anak-anak lebih banyak di rumah isteri yang bekerja separuh hari berbanding saya yang balik ke rumah lewat petang selepas bekerja. Sebenarnya ada baiknya apabila anak-anak banyak berada bersama isteri kerana isteri agak sukar untuk bebas melakukan apa-apa sahaja atau keluar sesuka hati.

Anak-anak sentiasa memerhati ibu mereka dan akan menunjukkan rasa tidak puas hati atau menegurnya jika ada apa-apa perkara yang tidak elok. Maaf jika ulasan saya ini agak panjang tetapi saya menulis dengan panjang lebar setelah saudara abegp mengatakan yang saya hendak keluarga kembali bahagia untuk ‘enjoy life’. Adakah itu pandangan saudara abegp tentang tujuan saya untuk mengembalikan keluarga saya seperti dahulu? Tuduhan ini tidak dapat saya terima dan sekali lagi saya mengatakan jangan dengan senangnya buat anggapan melulu tanpa unsur periksa atau melihat dengan mata sendiri. Baca setiap ulasan saya sebelum ini dan faham maksud sebenar saya. Selagi ada kekuatan dan kesabaran saya akan terus berusaha untuk mengembalikan keluarga saya seperti dahulu. Kekuatan dan kesabaran yang ada pada diri saya juga datangnya daripada Allah SWT. Anggapan tidak akan jumpa mana-mana perawat yang mampu merawat isteri selagi dia sendiri tidak mahu merawat adalah satu pandangan yang mendahului ketentuan Allah SWT.  Ada sesuatu yang Allah SWT telah rancangkan untuk saya yang mana sesiapa pun tidak tahu walau macam mana tingginya ilmu agama atau alimnya seseorang itu tentang ketentuan Allah SWT yang sebenarnya. Berkenaan anak sulung pula saya percaya lebih pada siapa yang hendak diwariskan makluk itu selepas isteri.  Ia perlu seorang waris perempuan sahaja dan biasanya yang paling rapat dengan pewaris sekarang.Tidak perlu lagi ada sesiapa. Jadi adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyelamatkan isteri dan anak saya agar perkara ini tidak berterusan ke cucu cicit, insyaAllah.


(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)


Last edited by siva_nes1 on 14-8-2012 10:46 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2012 09:10 PM | Show all posts
ainiz81 posted on 3-8-2012 08:27 AM
kdg2 kita tpaksa bkorban utk kehidupan yg lebih baik..

Mmg skg byk bkorban untuk menyelamat keluarga dari kehancuran ........


(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)
Last edited by siva_nes1 on 7-8-2012 11:03 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2012 09:32 PM | Show all posts
zulka posted on 3-8-2012 09:31 AM
saya tertanya tanya...mungkinkah si ibu telah membuat perjanjian dgn penjaganya sehinggakan begitu kuat sekali.....
kalau jawapannya iya.....agak sukar utk diubati, kecuali empunya badan sendiri yg meninggalkannya...wallahualam   

Sya tak fkir si ibu ada membuat perjanjian dgn penjaga yang ia sendri sedar. Mungkin amalnnya yg dilakukan samada sedara atau tdk sedar yg ia lakukan setiap hari mendatngkan kekuatan pada dirinya. Tambah lagi ada juga org lain i.e perawat yg membantu mereka ini ....wallahualam

(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)
Last edited by siva_nes1 on 7-8-2012 11:04 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2012 09:38 PM | Show all posts
033589 posted on 3-8-2012 02:59 PM
saya nak bagi cadangan,ape kate perawat2 yg ada kat sini bergabung..ikhtiarkan untuk selesaikan masalah TT..ataupun perawat2 kat sini 'x sudi' bergabung?

1Perawat2 ......1Gabungan .......1Tujuan ........1Kejayaan ........


(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)


Last edited by siva_nes1 on 7-8-2012 11:05 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2012 09:53 PM | Show all posts
ixora6 posted on 4-8-2012 01:46 AM
saya tak baca habis thread ni.just baca 3 pages je. @siva_nes1 TT tau tak ayah mertua pelakon ashraff muslim tu? saya baru je baca kisah ayah mertua dia (Haji Lokman) selesaikan kes budak kawin dengan bunian n kes ayah pin tu. maybe boleh cuba mintak pertolongan ayah mertua dia.ni website dia http://www.alhidayah-medic.com/. Sorry kalau dah pernah cuba sebab saya just baca 3 pages je.hehe.saya doakan TT dapat bersama kembali dengan wife n anak2 dengan baik.aamiin

Amin. Terima kasih kerana mendoakan agar sya dpt kembali bersama gan isteri dan anak-anak. Sya amat menghargai doa dari ixora6. Ini pertama kali sya mengenali tentang ayah mertua pelakon ashraff muslim tu. Sebelum ini tak tahu pun.


(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)

   

Last edited by siva_nes1 on 7-8-2012 11:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 08:30 AM | Show all posts
saya membuat tuduhan? ntahlah, saya baca n faham mcm tu yg tt cite pasal kes tt ni, whatever it is, itulah yg saya paham.

so dlm hal u skrang u harapkan anak2 u monitor wife u dari lakukan apa2 yg tak betul, persoalannya wife u boleh ikut ke whatever teguran anak2 u tu, in fact anak sulung u pun u cakap dah nak jadi mcm wife u jugak. kalau u pun wife u tak ikut, apatah lagi anak2 u, u ingat senang ke org tua nak terima teguran anak2.  judgement u ni tak logik

sapa kata single parent takleh bahagia? kalau bercerai itu memudaratkan manusia, apasal tuhan halalkan?  kalau parent tak reti nak jadi leader dlm famili, tak bercerai pun tak bahagia.  satu lagi, u tak pernah cite pun mcm mana anak2 u yearning for 'uniting family' tak mcm skrang dok asing2, yg ada hanyalah cite u pasal nobody knows how it feels kalau parent saperate.

bercerai tu bukannya sebab nak berbini baru, sebab nak mula hidup baru, dah jodoh kau takde, may be tuhan akan jodohkan dgn yg lagi baik, ketentuan tuhan kita mana tau, tapi dari dok hidup mcm ni, baik bercerai n bawa anak2 dok skali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2012 12:36 PM | Show all posts
abegp posted on 5-8-2012 08:30 AM
saya membuat tuduhan? ntahlah, saya baca n faham mcm tu yg tt cite pasal kes tt ni, whatever it is, itulah yg saya paham. so dlm hal u skrang u harapkan anak2 u monitor wife u dari lakukan apa2 yg tak betul, persoalannya wife u boleh ikut ke whatever teguran anak2 u tu, in fact anak sulung u pun u cakap dah nak jadi mcm wife u jugak. kalau u pun wife u tak ikut, apatah lagi anak2 u, u ingat senang ke org tua nak terima teguran anak2.  judgement u ni tak logik. sapa kata single parent takleh bahagia?

kalau bercerai itu memudaratkan manusia, apasal tuhan halalkan?  kalau parent tak reti nak jadi leader dlm famili, tak bercerai pun tak bahagia.  satu lagi, u tak pernah cite pun mcm mana anak2 u yearning for 'uniting family' tak mcm skrang dok asing2, yg ada hanyalah cite u pasal nobody knows how it feels kalau parent saperate. bercerai tu bukannya sebab nak berbini baru, sebab nak mula hidup baru, dah jodoh kau takde, may be tuhan akan jodohkan dgn yg lagi baik, ketentuan tuhan kita mana tau, tapi dari dok hidup mcm ni, baik bercerai n bawa anak2 dok skali.

Mmg tuduhan kerana apa yg u paham sendri tu adalah fitnah. Ade ke sebut sy harapkan anak2 monitor wife. Tu datangnya dr anggapan u yg interprete luar dr perkara sebenarnya. Sy cite hal ape yg betul berlaku dan fakta, bukannya anggapan salah dr pikran sempit.

Sape kate wife tak boleh ikut whatever teguran anak2. Bila kata u buat tuduhan tak trima. Kan ni satu tuduhan gak sb u yakin sgt wife tak peduli bila anak2 tegur. Jgn la suke pikiryg tak elok dan bende bukan2 je. Anak2 dan pembantu umah cite wife bile anak-anak tegur tak buat apa yg diorang tak suke. Jadi u la yg buat judgement tak logik bile u ingat bukan senang org tua nak terima teguran anak2. Cite ini betul2 berlaku berbanding anggapan u yg di ada2kan dlm kepala.

Klu single parent tu leh bahagia adalah kut klu sbb dah jadi camtu mestila kata bahagia. Klu tak nanti sia-sia je jadi single parent.  Bila bab bercerai senang je kata tu dihalalkan tuhan. Mmg le bercerai tu halal tapi ia satu perbuatan yg dibenci oleh tuhan. Klu benda ni dah dibenci elok ke kita galakkan. Bertambah byk lagi la umat Islam yg jadi single parent kerana bercerai berbanding penganut2 ugama lain. Skg pun yg pegang rekod dlm hal ni pun org Melayu. Yang byk masalah sosial gak anak Melayu.

Tak cite bukan maknanya anak2 tak yearn for ‘uniting family’. Dok asing2 bukan juga makna anak tak yearn for ‘uniting family’. Klu anak2 tak yearn for ‘uniting family’ boleh ke sy terus berusaha untuk menyatukan kluarga kembali.  Yg dengar rintihan anak2 ialah sy bukan u. Duk buat tuduh bende tak betoi mmg le senang.

U ni tuhan ke sampai tau jodoh dah takde. Tu mendahului tuhan namanya. Cam u cakap ketentuan tuhan kita mana tahu.


(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)


Last edited by siva_nes1 on 7-8-2012 11:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 08:35 AM | Show all posts
siva_nes1 posted on 5-8-2012 12:36 PM
Mmg tuduhan kerana apa yg u paham sendri tu adalah fitnah. Ade ke sebut sy harapkan anak2 monitor  ...

alhamdulillah..saudara bersabar dgn ujian Allah..semoga hasrat saudara dimakbulkan allah di dunia dan akhirat...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 08:52 AM | Show all posts
milay posted on 6-8-2012 08:35 AM
alhamdulillah..saudara bersabar dgn ujian Allah..semoga hasrat saudara dimakbulkan allah di dunia dan akhirat...

Amin. Terima kasih milay.


(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)



Last edited by siva_nes1 on 7-8-2012 11:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 12:27 PM | Show all posts
siva_nes1 posted on 6-8-2012 08:52 AM
Amin. Terima kasih milay.

tidak dapat saya bayangkan bagaimana saudara melalui hari2 saudara tanpa isteri dan anak2 di sisi..
sabarla ya..hanya hamba allah yg terpilih sahaja diberi ujian yg hebat2....hidup kita hanya mencari
keredhaan Allah sahaja..sabarlah ya....may allah bless u and family...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.638813 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list