CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6771|Reply: 16

[Tempatan] Mental dunia ke 3:Pemilik ‘Homestay’ Ini Kiciwa pelanggannya meninggalkan rumah dengan penuh kotoran dan kerosakan.

[Copy link]
Post time 30-5-2024 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 30-5-2024 08:05 AM

Seorang pemilik homestay meluahkan kekecewaan apabila melihat pelanggannya meninggalkan rumah dengan penuh kotoran dan kerosakan.




Menerusi video dimuat naik TikTok @lazichomestay, pemilik homestay terkejut apabila beberapa barangan yang disediakan untuk kegunaan pelanggan dirosakkan.

Dalam video itu, kelihatan pelampung burung flamingo sudah rosak, seterika basah dan segengam puntung rokok direndam dalam tin.

Pada masa sama batu-batu hiasan berselerak di atas rumput, bahkan ada di dalam kolam renang.

Jelasnya, sekiranya batu-batu itu tersangkut pada pam air, boleh menelan belanja ribuan ringgit untuk membaiki semula

Siapa-siapa yang sewa homestay, mintalah kesiankan sedikit. Kalau tak nak kesiankan saya, kesianlah dekat pelanggan-pelanggan yang baru nak masuk homestay.

“Ya betul anda bayar. Tapi anda bayar itu bukan untuk rosakkan harta benda homestay saya. Setiap sen yang anda bayar itu untuk servis dan keselesaan anda. Bukannya untuk anda rosakkan,” kata pemilik homestay itu.

Tambahnya lagi, setiap pemilik homestay hanya ada masa tiga jam untuk mengemas semula rumah dalam keadaan bersih dan selesa sebelum pelanggan baharu pula yang masuk.

Apabila berlaku kekotoran dan kerosakan seperti itu, ia menyebabkan pelanggan lain tidak boleh menikmati servis dan keselesaan seperti pelanggan sebelum itu dapat.

Menjengah komen-komen dikongsikan netizen, ramai mengutuk perbuatan pelanggan dari neraka itu. Gara-gara tindakannya, menyebabkan kesusahan orang lain.

Pada masa sama netizen menyarankan kepada semua pemilik homestay untuk meminta bayaran deposit terlebih dahulu supaya pelanggan tidak dapat ‘cabut lari’ sekiranya dia ada membuat kekotoran atau kerosakan sehingga menjejaskan operasi homestay berkenaan.

SUMBER
TikTok @lazichomestay

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2024 09:36 AM | Show all posts
walopun aku takan buat sbgitu tapi aku jugak tak larang org nk biarkan kotoran sepah bla chck out sebab itu hak mereka sebagai pemilik homestay kena bertabahlah bukan semua guest tu ok takan kau expect semua pelanggan tolong kemaskan. manade keje senang dalam dunia ni oiii..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
biasa la tu cabaran. takkan nak goyang kaki je. end of financial year still untung jgk
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols tak pernah booking homestay
Biasa kalau adik2 atau ipar iols.booking..iols.chip.in.lah sekali bayarannya..

Cadar n sarung bantal semua kumpul setempat..

Macam.iols.buat kat hotel..hahaha..

Korang dok.hotel.jelah..takde nak fikir ape ape dah..kumpul cadar towel semua..settle..keluar dah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinggalkan bersepah tu takda masalah la.

Yang jadik masalah bila bodoh2 tu pi rosakkan barang2 kat homestay dia. What is your problem buat begini kat orang? Takkan telan babi guling sekor2 sampai jadik keras hati buta sivik camni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali ambik deposit minimum RM 300 huntok homestay gitu yach. Jangan percaya sangat sedara seiman bertudung ka idok ni punya perangai. Ramai syaitan dalam diam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Jijiknya. Puntung rokok kumpul dalam tin. Aku baca pun jadi meremang dan nak muntah. Perangai macam beruk ye siap buang batu dalam kolam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Hotel pun blh tanggalkan bersepah walau pun pada etikanya salah
Tapi ini kes rosakkan barang...even hotel pun akan denda kalau penyewa rosakkan barang hotel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2024 10:17 AM | Show all posts
rosakkan barang bukan mmg boleh minta ganti rugi ke? ni kalau hotel lah. homestay tak sure pulak, aku pernah sekali je duduk homestay kat perlis, not my preference. ada certain hotel, tertangkap isap rokok kena denda 1,000 smalam. ada skali masa aku kat banyan tree, datuk mana ntah pi isap rokok dlm bilik, pastu kantoi hisap rokok, manager datang nak fine, skali datuk tu rilek je terus kasi 10k, dia ckp dia nak isap rokok lagi, jgn kacau dia, terkebil2 manager
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 10:20 AM | Show all posts
ni spesis beruk yg sewa homsetay ni..mentaliti beruk....black list terus
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 10:51 AM | Show all posts
hati hitam i kata nak viral untuk marketing..
takde la teruk mana kerosakan takat pelampung batu dalam pool rokok..
kalau beruk yang duduk, dalam rumah pun hancur dah..
ni dalam rumah takde pun dia tunjuk maksudnya ok la tu..
anyway, homestay kan ada deposit..
tak payah la refund kalau rumah rosak macam tu..
or else, buat report polis atas penyewa..
but tu pun kalau homestay u berdaftar la..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 11:24 AM | Show all posts
_blackbird replied at 30-5-2024 10:17 AM
rosakkan barang bukan mmg boleh minta ganti rugi ke? ni kalau hotel lah. homestay tak sure pulak, ak ...

gempak ah..macam tu je dia kasi 10k

aku pun baru balik perlis
dok homestay
mmg stail depa ke tak sedia towel?
kebil2 nak tunggu depa send towel
dah la hari punya la hangat
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 11:45 AM | Show all posts
bottombikini replied at 30-5-2024 11:24 AM
gempak ah..macam tu je dia kasi 10k

aku pun baru balik perlis

homestay sediakan towel ke? aku pon tak sure nok.. tu first and last aku try homestay kat perlis. aku duduk homestay rumah 3 bilik je pon. towel takda, katil dan cadar pon jenis mcm kat hostel. tapi cant complaint much, harga dia pon mcm 200/night.

dato tu byk duit apa ada hal + dia bukan jenis kedekut kekwat kot, dah dia mmg mmg langgar peraturan hotel, dia bayar je lah. janji dia boleh aman2 takda la asik kena keluar pi smoking area . kalau kat resort banyan tree tu ok je hisap rokok dlm bilik sebab ada balcony.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 11:57 AM | Show all posts
padan muka ko apek..time ko kaut untong ko senyap kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 12:36 PM | Show all posts
_blackbird replied at 30-5-2024 10:17 AM
rosakkan barang bukan mmg boleh minta ganti rugi ke? ni kalau hotel lah. homestay tak sure pulak, ak ...

bukan hotel ada smoking and non smoking room ke?

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 12:48 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 30-5-2024 12:36 PM
bukan hotel ada smoking and non smoking room ke?

hotel lama je ada option tu pon bukan semua, kalau dia buat major refurbish / renovation terus dia remove option tu. hotel baru yg less than 10yo skang dah takda option tu. semua non smoking room kecuali ada access balcony. apa2 pon ramai je yg disobey senyap2 hehehehe. but certain hotel strict dia mmg another level, dia check bau atau ada complaint kat corridor ada bau, mmg dia fine je terus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi ke monyet yg guna sampai rosak?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.496256 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list