CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6480|Reply: 2

[Jenayah] Terbongkar lagi...

[Copy link]
Post time 14-10-2024 03:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 14-10-2024 07:34 AM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menggeledah sebuah pangsapuri yang didakwa dijadikan 'safehouse' seorang ahli politik berpengaruh dan menemui sejumlah mata wang asing berjumlah kira-kira RM5 juta.


Operasi itu dilakukan SPRM susulan siasatan skandal rasuah jutaan ringgit membabitkan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) berkaitan konsesi perlombongan pasir dilakukan syarikat cabang pelaburan negeri itu.

BH difahamkan, pangsapuri di Kuala Lumpur itu menjadi tempat penyimpanan wang hasil rasuah milik seorang individu berpengaruh dan ia dipercayai digunakan untuk tujuan tertentu termasuk politik.

SPRM dikatakan menemui sejumlah mata wang Singapura SG$1,529,000 atau kira-kira RM5 juta selepas menggeledah rumah berkenaan.

"Dalam siasatan terhadap skandal itu, SPRM menahan seorang suspek dan hasil siasatan mendapati terdapat sebuah pangsapuri disewa di ibu negara yang didakwa dijadikan 'safehouse'.

"Pada jam 10 malam semalam, SPRM melakukan operasi geledah dan menemui wang Singapura bernilai SG$1,529,000 atau kira-kira RM5 juta yang dipercayai disimpan untuk kegunaan ahli politik terbabit bagi aktiviti tertentu," kata sumber kepada BH, hari ini.

Mengulas lanjut, BH difahamkan, pangsapuri itu disewa seorang ahli perniagaan.

Sumber berkata, wang itu dipercayai diberikan seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya dan disimpan oleh ahli perniagaan terbabit atas arahan individu berpengaruh berkenaan.

"SPRM menyita semua wang yang ditemui itu," katanya.

Sumber berkata, syarikat terbabit memohon konsesi daripada MBI lebih lima tahun lalu dan elemen rasuah dikatakan berlaku.

Beliau berkata, SPRM sudah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu dan syarikat, termasuk yang dipercayai penyiasat digunakan untuk menyalurkan rasuah.

Katanya, SPRM ketika ini juga sedang menyiasat pembabitan ahli politik berpengaruh itu dalam kes berkenaan mengikut Seksyen 16, Akta SPRM 2009.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2024 04:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala semua pendedahan ni sia2 aja..tgk zahid.. Leh  gugur trus 40 pertuduhan rasuah.. Penat org bwh keje2 bongkar smua ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.181626 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list