CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9184|Reply: 0

Annil dipanggil perkuat Skuad B-23

[Copy link]
Post time 12-3-2024 04:11 PM | Show all posts |Read mode

ANNIL (kiri) sertai kelab divisyen tiga Bundesliga, SV Waldhof Mannheim. FOTO SV WALDHOF MANNHEIM

Kuala Lumpur: Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara ternyata serius memburu kedudukan terbaik di saingan Piala Asia B-23 di Qatar bulan depan apabila memanggil pemain berpengkalan di luar negara bagi memperkukuhkan pasukan.

Selain mengekalkan penyerang sensasi muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yang kini bermain di Liga Jepun bersama Yokohama SCC, pengendali pasukan, Juan Torres Garrido turut memanggil Annil Vigneswaran bagi memperkuatkan benteng negara.

Annil, 21, yang berjaya mengikat kontrak beraksi dengan kelab divisyen tiga Bundesliga, SV Waldhof Mannheim di Jerman adalah muka baharu dipanggil Garrido untuk menyertai kem latihan pusat pasukan negara.

Kehadiran Annil pastinya dapat mengukuhkan pertahanan pasukan yang sebelum ini mudah dibocori pihak lawan.



Untuk rekod, pemain kelahiran Kajang itu sebelum ini pernah dipanggil oleh jurulatih skuad Harimau Muda bimbingan Brad Maloney pada 2021 lalu namun kemudiannya tidak diturunkan atas faktor kecergasan.

Begitupun, kemampuan Anil mengikat kontrak dengan SV Waldhof cukup mengejutkan sekali gus harus diberi peluang membuktikan keupayaannya selaku 'kereta kebal' baharu skuad negara.

Menerusi senarai pemain yang dikeluarkan, Garrido menyenaraikan 17 pemain termasuk Annil dan Luqman bagi menyertai kem latihan pusat yang akan bermula Ahad ini.

Barisan 17 pemain ini akan disertai beberapa pemain lain yang ketika ini sedang menjalani kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon sejak 8 Mac lalu.

Mana-mana pemain yang tidak berjaya 'melekat' dalam skuad senior untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bertemu Oman akan dilepaskan untuk menyertai kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan itu.

Di Piala Asia B-23 nanti, Malaysia diundi dalam Kumpulan D dan akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April, diikuti aksi bertemu Vietnam 20 April dan Kuwait 23 April.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -perkuat-skuad-b-23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.047801 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list