CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3126|Reply: 2

Ikan Jerung Terbesar Di Lautan, Ini Fakta Mengenai Megalodon

[Copy link]
Post time 11-6-2021 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Ikan Jerung Terbesar Di Lautan, Ini Fakta Mengenai Megalodon



Tahukah anda, ikan jerung megalodon merupakan salah satu spesis ikan terbesar yang pernah direkodkan. Nama saintifiknya, Carcharocles megalodon, membawa maksud “giant tooth” yang melambangkan saiz gergasi giginya yang mana hampir 3 kali lebih besar berbanding great white shark.

Megalodon telah pupus berjuta tahun dahulu tetapi saintis tidak dapat menentukan tarikh sebenar ia pupus. Namun, ikan jerung ini dipercayai mula mati sebelum manusia berkembang pesat.

Megalodon itu makhluk gergasi, tetapi mungkin tidak sebesar yang anda fikirkan. Terdapat banyak hujah dalam komuniti saintifik mengenai ukuran sebenar haiwan itu.

Hanya berdasarkan ukuran giginya sahaja, sesetengah percaya bahawa ikan itu boleh membesar hingga 60 kaki (18 meter), menurut Natural History Museum (NHM) di London. Manakala sesetengah yang lain pula berpendapat bahawa panjangnya adalah sekitar 80 kaki (25 meter) menurut Encyclopedia Britannica.

Seperti dinosaur, megalodon tertarik dengan kehangatan. Pada zamannya, ia memburu di laut yang cetek dan hangat yang meliputi sebahagian besar planet ini. Gigi Megalodon telah dijumpai di setiap benua kecuali Antartika.

Megalodon mungkin telah pupus ketika laut mengering, zaman ais bermula dan air tersekat di kutub, menurut Discovery. Jerung itu sama ada kelaparan atau dibekukan sehingga ia pupus.

Megalodon adalah haiwan pemangsa teratas dalam rantai makanan. Ia memakan mamalia laut besar yang lain seperti ikan paus dan ikan lumba-lumba. Bahkan, ia mungkin juga pernah memakan ikan jerung lain, menurut Discovery.



Ikan ini mempunyai sebanyak 276 gigi bergerigi yang sangat tajam. Gigitan seekor Megalodon memiliki daya sebanyak antara 108,514 dan 182,201 newton berbanding gigitan manusia yang hanya berdaya sekitar 1,317 newton.

Sumber:
Live Science

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2021 09:47 AM | Show all posts
Movie The Meg. seram bila teringat ada jerung sebesar ini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 12:43 PM | Show all posts
ingatkan muvi jahh...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.052042 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list