CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10948|Reply: 0

[Sarawak] Tiada keperluan bergabung jika parti kukuh, stabil

[Copy link]
Post time 23-4-2024 11:08 PM | Show all posts |Read mode
Jika dua parti dalam GPS digabung, ia akan menimbulkan sedikit kerisauan ahli parti komponen yang lain



Abdul Karim pada sidang media semasa Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri IRSDA hari ini. Gambar Roystein Emmor

“Secara peribadi, saya melihat bahawa tidak ada keperluan untuk itu (bergabung). Dalam politik, kita melihat keseimbangan, jika keseimbangan parti itu sudah baik, jangan digoyangkan bot.”

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah
Naib Presiden PBB

KUCHING: Tiada keperluan untuk parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) bergabung antara satu sama lain terutama apabila parti itu kukuh dan stabil.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, malah sekiranya dua parti komponen dalam gabungan itu digabungkan, ia akan menimbulkan sedikit kerisauan dalam kalangan ahli parti komponen yang lain.

“Secara peribadi, saya melihat bahawa tidak ada keperluan untuk itu (bergabung). Dalam politik, kita melihat keseimbangan, jika keseimbangan parti itu sudah baik, jangan digoyangkan bot.

“Dalam GPS, kita mempunyai empat parti komponen dan jika salah satu daripada parti ini tiba-tiba memutuskan untuk membincangkan mengenai penggabungan dengan parti komponen lain, bagaimana pula dengan perasaan kedua-dua rakan kongsi yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) di Tingkat 17, Bangunan Baitulmakmur di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing pada Isnin (22 April) yang berkata, PDP mengalu-alukan parti lain untuk menyertai mereka demi kesejahteraan negara khususnya Sarawak.

Awal bulan ini, PDP telah bergabung dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang kini dibubarkan.

Abdul Karim berkata dari segi PSB, keadaannya berbeza kerana parti itu telah membubarkan diri sebelum menyertai PDP.

“Bekas pemimpin PSB menyertai PDP dan kini kita hanya tinggal dua wakil rakyat negeri dalam pembangkang.

“Ini bermakna ia sesuatu yang baik dan kita mengakuinya. Saya juga ada memberi komen yang baik kepada pembubaran PSB untuk menyertai PDP kerana ia untuk kebaikan semua rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata sekiranya terdapat penggabungan antara PDP dan Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tiong harus melihat sesuatu daripada perspektif yang lebih besar.

“Kalau kita ikut formula antara PSB dan PDP, satu parti patut membubarkan sendiri dan (adakah) mungkin PDP sanggup bubar parti untuk menyertai PRS?
“Adakah Tiong sanggup membubarkan partinya? Tetapi sudah tentu, saya mengatakan ini hanya secara gurauan sahaja,” katanya.

Abdul Karim percaya komen Tiong itu juga sebagai menjawab gesaan Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng yang menyatakan harapannya agar PDP dan PRS akan bergabung suatu hari nanti memandangkan kedua-dua parti mempunyai hubungan sejarah serta akan mengukuhkan GPS dan Dayak.

“Dalam hal ini, parti siapa yang lebih besar? Yang mempunyai lebih banyak wakil rakyat negeri atau parti yang mempunyai Ahli Parlimen tunggal?

“Kenapa kamu (Tiong) tidak beritahu dia (Sng) untuk membubarkan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan menyertai parti kamu? mudah... sekurang-kurangnya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan masuk ke dalam parti berasaskan negeri dan bukan berasaskan nasional," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.095076 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list