CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4208|Reply: 0

[Selangor] Buat tahi lalat ‘pemanis’ palsu serendah RM30

[Copy link]
Post time 28-12-2023 03:45 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video yang dimuat naik di aplikasi X memaparkan seorang wanita sedang mendapatkan servis tahi lalat palsu tersebut.

PETALING JAYA – Tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang wanita yang mendapatkan servis lukis tahi lalat palsu serendah harga RM30 sahaja.

Difahamkan servis tersebut mampu bertahan sehingga enam bulan kerana sifatnya yang seakan-akan tatu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Kak Bam di aplikasi X, kelihatan seorang pelanggan berbaring sambil tahi lalat tersebut di lukis di bawah mata sebelum dilap dengan tisu basah.

Menurut tulisan di dalam video itu, servis tersebut dijalankan di sebuah daerah di Kelantan.

Justeru ramai mempertikaikan hukum mendapatkan servis tersebut kerana dikhuatiri sifatnya yang tidak telus air wudhuk.

“Elok-elok tak ada tahi lalat, nak ada tahi lalat. Tapi soalan serius, kalau macam ini sah ke tak air wudhuk?,” ciap Kak Bam.

“Dulu kena pergi negara jiran untuk buat benda-benda macam ini. Sekarang nak buat hidung ke, payudara ke semua ada di Malaysia. Tanpa segan silu akan ‘review’ di media sosial dahulu,” komen Mast.

“Macam buat tatu je teknik dia. Kalau betul guna teknik tatu, hukumnya haram. Kenapa dengan muka sendiri sampai nak tambah tahi lalat palsu?,” komen seorang pengguna lain.

Menerusi tinjauan Kosmo! di aplikasi TikTok, perkhidmatan sebegini telah mula dipromosi sejak tahun 2021 oleh individu yang beroperasi di sebalik pusat kecantikan.

Difahamkan harga servis mendapatkan tahi lalat palsu itu bermula serendah RM30 hingga RM45 bergantung kepada lokasi di sekitar Lembah Klang serta Pantai Timur. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... alsu-serendah-rm30/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 2.533880 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list