CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1470|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ketua Pembangkang diumum sebelum persidangan DUN Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 29-8-2023 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Pembangkang diumum sebelum persidangan DUN Pulau Pinang


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



MUHAMMAD Fauzi pada Majlis Angkat Sumpah Jawatan ADUN Pulau Pinang. FOTO Danial Saad




Georgetown: PAS dan BERSATU Pulau Pinang mengemukakan beberapa nama calon Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dipertimbangkan kepemimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN).

Pesuruhjaya PAS negeri Muhammad Fauzi Yusoff berkata, calon Ketua Pembangkang akan diumumkan sebelum persidangan DUN bermula.

"Dua parti dari PAS dan BERSATU telah menghantar beberapa nama senarai calon Ketua Pembangkang yang akan ditentukan di peringkat tertinggi.

"Ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat dan akan diumumkan sebelum persidangan DUN penggal ini bermula," katanya ketika ditemui pemberita di luar perkarangan bangunan DUN Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Fauzi antara 40 wakil rakyat yang mengangkat sumpah jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Sidang DUN Ke-15.

Sebelum ini, sumber yang berlegar ada menyebut bahawa Muhammad Fauzi yang juga ADUN Sungai Dua akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang.

Teka teki itu lebih kuat diperkatakan apabila Muhammad Fauzi menjadi yang pertama membarisi majlis angkat sumpah bagi wakil rakyat pembangkang.

Pilihan Raya Negeri 12 Ogos lalu menyaksikan PN memenangi 11 daripada 40 kerusi yang dipertandingkan, manakala PAS menang tujuh kerusi dan rakan gabungan daripada BERSATU memenangi empat kerusi.



Disiarkan pada: Ogos 29, 2023 @ 1:14pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.053230 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list