CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 270|Reply: 1

[Pulau Pinang] Datang dari Sarawak nak cari kerja, tapi jadi gelandangan di Georgetown

[Copy link]
Post time 16-6-2023 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Datang dari Sarawak nak cari kerja, tapi jadi gelandangan di Georgetown


Siti Aminah Mohd Yusof - Jun 16, 2023 @ 3:47pm bhnews@bh.com.my




Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (kiri) bersama Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh (dua dari kiri) memberi makanan kepada gelandangan sempena perasmian dan penyerahan Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang di Jalan CY Choy di Georgetown, hari ini. - NSTP/MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Seorang wanita sanggup berhijrah dari Sarawak ke sini untuk mengubah kehidupan ke arah lebih baik, namun akhirnya menjadi gelandangan.

Hanya ingin dikenali dengan nama Ros, 56, wanita ini berkata dia tiada saudara mara di Pulau Pinang dan kini tinggal bersama lima rakan menyewa sebuah bilik di Lebuh Macallum, di sini.

"Saya datang ke Pulau Pinang untuk cari kerja kira-kira dua tahun lalu. Pernah kerja di kedai makan sekitar pusat bandar, tapi sekarang menganggur.

"Pernah saya bermalam di kaki lima kerana tiada tempat berteduh. Hendak balik ke Sarawak, duit tak cukup," katanya ketika ditemui di Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang, di sini hari ini.

Ros berkata, dia pernah mendirikan rumah tangga, tetapi jodoh tidak panjang dan tidak dikurniakan anak, manakala ibu bapanya sudah meninggal dunia.

Dia bagaimanapun bersyukur dapat menggunakan kemudahan seperti tempat penginapan, makanan dan bekalan air bersih di pusat transit di Jalan CY Choy berkenaan, yang mula beroperasi hari ini.

Sementara itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM4.4 juta dan mengalu-alukan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kepakaran untuk bersama-sama membangunkan potensi gelandangan di pusat itu.

Beliau berkata, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut menyumbang tanah berkeluasan 1,370 meter persegi menempatkan sebuah rumah kedai yang diisytihar bangunan warisan kategori 2 untuk pembangunan projek itu.

"Pusat ini dilengkapi pejabat, ruang seminar, 60 katil bagi asrama lelaki dan 18 katil untuk wanita, kafe, surau dan ruang jemuran. Ada juga taman untuk kegiatan riadah, bilik mandi serta tandas selain bilik pemeriksaan kesihatan dan kemudahan orang kurang upaya (OKU)," katanya.

Katanya, kewujudan pusat itu mungkin tidak mampu menyelesaikan isu gelandangan sepenuhnya, tetapi kerajaan negeri percaya usaha itu mampu menjadi langkah penting dalam menangani masalah golongan itu yang sering dikaitkan dengan isu kebersihan, keselamatan dan sosial.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertindak sebagai pengendali pusat berkenaan akan memantau dan melakukan intervensi bersesuaian agar golongan itu dapat diselamatkan, berdikari dan berintegrasi dalam masyarakat.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2023 06:22 PM | Show all posts






Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang akan beroperasi sepenuhnya pada Ogos tahun ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.050623 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list