CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 1

[Pulau Pinang] Rumah urut diserbu, lapan ditahan

[Copy link]
Post time 31-5-2023 10:18 PM | Show all posts |Read mode
Rumah urut diserbu, lapan ditahan

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   31 Mei 2023   09:59pm





Lapan ditahan termasuk empat wanita warga asing kerana menjalankan premis rumah urut tanpa lesen dan persundalan dalam lima serbuan pada malam Selasa.




GEORGETOWN - Lapan individu termasuk empat wanita warga asing ditahan kerana menjalankan perniagaan rumah urut tanpa lesen dan kegiatan persundalan di sekitar bandar raya di sini pada malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua tangkapan berusia lingkungan 23 hingga 60 tahun.

Menurutnya, semakan mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau.

"Kesemua mereka ditahan dalam lima serbuan di premis rumah urut di Lebuh Chulia, Batu Feringghi dan Gelugor di sini. Dalam serbuan pertama, kita menahan seorang wanita tempatan di Lebuh Chulia manakala seorang lelaki tempatan di kawasan sama.

"Dalam serbuan ketiga pula, kita menahan seorang lelaki tempatan di Batu Feringghi dan seorang wanita warga asing di kawasan sama kerana menjalankan perniagaan rumah urut tanpa lesen dan gagal mengemukakan permit kerja yang sah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Soffian berkata, dalam serbuan kelima iaitu di sebuah premis rumah urut di Gelugor, polis menahan seorang lelaki tempatan dan tiga wanita warga asing kerana disyaki menjalankan aktiviti persundalan, salah guna pas lawatan sosial untuk tujuan bekerja serta menggaji warga asing tanpa permit kerja yang sah.

"Dalam serbuan itu juga, kita merampas beberapa barangan antaranya telefon bimbit, lima botol minyak urut, dua krim urut, empat helai tuala, empat keping risalah dan wang tunai RM1,430.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 372A Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39(b) Akta Imigresen 1963 dan Seksyen 24 Undang-undang Kesalahan Kecil 1980 Pulau Pinang," katanya.

Tambah beliau, semua tangkapan ditahan di Lokap Berpusat Bayan Baru dan direman empat hari.


"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan aktiviti persundalan boleh menyalurkan maklumat ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut melalui hotline di talian 04-2181822," katanya.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2023 11:10 PM | Show all posts




Antara individu yang ditahan dalam lima serbuan berasingan ke atas rumah urut di sekitar Georgetown, semalam kerana disyaki melakukan beberapa kesalahan termasuk aktiviti persundalan. - Foto ihsan PDRM





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.407126 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list