CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1296|Reply: 0

[Perak] Kehadiran pelajar ke sekolah terjejas akibat tiada perkhidmatan bas di Bidor

[Copy link]
Post time 22-10-2023 05:04 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Ipoh: Ketiadaan perkhidmatan bas di sekitar Bidor sejak beberapa bulan lalu menyebabkan kehadiran pelajar ke sekolah terjejas.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani dan Sekolah Kebangsaan Kampong Poh Ahmad Fadyil Abdul Maulud, berkata ia berikutan kebanyakan pelajar sekolah di kawasan itu bergantung kepada bas untuk ke sekolah sejak dahulu.

"Sejak perkhidmatan sebuah syarikat bas terhenti, peratusan kehadiran pelajar sekolah amat teruk, jadi kami harap kerajaan negeri akan segera membantu mengembalikan pengangkutan awam untuk penduduk sekitar.

"Bagi pelajar Orang Asli tiada masalah, kerana pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menyediakan van khas bagi menjemput dan menghantar mereka ke sekolah.

"Bagaimanapun ia menjadi masalah kepada pelajar lain yang kebanyakannya bukan golongan berada untuk menggunakan kereta sewa atau perkhidmatan e-hailing setiap hari, malah ibu bapa yang bekerja mempunyai kekangan masa untuk menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah," katanya.

Ahmad Fadyil berkata pihaknya dimaklumkan, pihak syarikat bas terpaksa menghentikan operasi kerana tidak mampu menanggung kos penyelenggaraan, disebabkan kekurangan penumpang awam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi berkata kerajaan negeri, sedang berusaha menangani masalah berkenaan bersama pihak berkaitan.

"Kita sedang berusaha dengan Perak Transit dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), untuk mengadakan semula perkhidmatan bas laluan Tapah-Sungkai menggunakan kaedah Bas Perak Sejahtera, dengan bayaran RM1.

"Kita akan membuat pengumuman mengenainya jika APAD bersetuju," katanya.

Beliau berkata perkhidmatan bas sementara juga sedang diusahakan bagi kemudahan penduduk dan ketika ini ia dalam proses menunggu kelulusan daripada pihak APAD.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... perkhidmatan-bas-di
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.049990 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list