CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 0

[Perlis] County’s Kopi tarikan baharu di Perlis

[Copy link]
Post time 11-1-2023 11:17 AM | Show all posts |Read mode

TIDAK menang tangan pemilik County's Kopi, Fahmi Che Khosni melayan pelanggan di di persisir pantai Kampung Kurung Tengar, Kuala Perlis semalam. - UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

    Oleh ASYRAF MUHAMAD
    11 Januari 2023, 9:37 am

KANGAR: Disebalik keindahan panorama matahari terbenam di Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis di sini, wujudnya sebuah van kopi bergerak yang menjadi antara tarikan baharu pengunjung di kawasan berkenaan.

Menariknya, pengunjung yang menikmati kopi di situ berpeluang berehat dan santai sambil menantikan detik matahari terbenam yang menyajikan pemandangan cukup memukau.

Dengan menyajikan minuman kopi premium kepada para pelanggan, County’s Kopi yang diusahakan pasangan suami isteri, Fahmi Che Khosni, 38, dan Nurul Asyikin Mokhtar Kamal,31, itu menerima sambutan cukup hebat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Fahmi berkata, dia dan isteri mendapat inspirasi menjalankan perniagaan yang beroperasi sejak dua bulan lalu selepas melihat beberapa pengusaha kopi di Amerika Syarikat dan Indonesia yang menggunakan konsep sedemikian dalam perusahaan mereka.

Katanya, keistimewaan lokasi perniagaan tersebut adalah sambil menghirup kopi, para pelanggan boleh menikmati ketenangan dan kedamaian dengan melihat matahari terbenam.

“Kami banyak melihat video-video memaparkan pengusaha di luar negara begitu menghargai keindahan alam semula jadi dengan memberi peluang kepada pengunjung untuk minum kopi sambil menikmati pemandangan menenangkan.

“Disebabkan itulah kami mencuba nasib untuk menjalankan perniagaan ini di Pantai Kurung Tengar yang sememangnya terkenal dengan keindahan matahari terbenam,” katanya.


ORANG ramai beratur panjang membeli kopi di County’s Kopi, sambil menunggu bagi menikmati suasana matahari terbenam di pantai Kampung Kurung Tengar, Kuala Perlis semalam. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, County’s Kopi menyediakan lima jenis minuman kopi premium antaranya seperti latte, hazelnut latte,dolce latte, caramel macchiato dan mocha.

Katanya, harga yang ditawarkan adalah serendah RM4 sehingga RM12 dengan operasi perniagaan dari pukul 5 sehingga 7 petang.

“Selain itu, kami turut menyediakan minuman tanpa kafein dan makanan untuk memberi lebih pilihan kepada pengunjung,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, pihaknya turut menyediakan kemudahan meja dan tikar kepada pengunjung namun mereka turut digalakkan untuk membawa sendiri kelengkapan berkenaan.

“Dalam sehari kami dapat jual sekitar 50 hingga 100 cawan kopi dan penerimaan orang ramai terhadap konsep ini amat menggalakkan,” katanya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... n-baharu-di-perlis/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.067877 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list