CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 284|Reply: 0

[Selangor] MBPJ tak bertolak ansur

[Copy link]
Post time 18-10-2022 11:50 AM | Show all posts |Read mode

LONGGOKAN barang-barang buruk di Pangsapuri Taman Perangsang, Petaling Jaya. FOTO AMIRUDIN SAHIB

Petaling Jaya: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang membuang sampah di tempat tidak sepatutnya hingga mengganggu penduduk.

Jurucakap MBPJ berkata, mana-mana individu yang ditahan melakukan kesalahan terbabit akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 di bawah UUK 4 UKPPS (MBPJ) 2007.

Menurutnya, berkenaan masalah aduan sampah di Taman Perangsang di sini, pihaknya melakukan kerja pembersihan di kawasan berkenaan yang merangkumi kutipan sampah domestik, sampah pukal dan pembersihan awam seperti sapuan, pembersihan longkang dan potong rumput.



"Bagi kekerapan pembersihan, aktiviti sapuan dilakukan tujuh kali seminggu, pembersihan longkang empat kali sebulan, potong rumput dua kali sebulan, kutipan sampah pukal dua kali seminggu dan kutipan sampah domestik dilakukan setiap hari.

"Bagaimanapun, kontraktor pembersihan majlis menghadapi masalah bagi kerja pembersihan di kawasan berkenaan kerana didapati sampah domestik bercampur dengan sampah pukal.

"Selain itu, ada segelintir penduduk membuang sampah di sekitar kawasan longkang perumahan dan tidak membuang sampah di dalam kebuk sampah yang disediakan," katanya.


LONGKANG di kawasan pangsapuri berkenaan dipenuhi sampah. FOTO AMIRUDIN SAHIB

Semalam Harian Metro melaporkan persekitaran yang menyakitkan pandangan mata jelas kelihatan di sekitar rumah dan kawasan tingkat bawah di Apartment Blok C Taman Perangsang di sini, apabila dijadikan 'stor simpanan' sampah pukal atau barangan terpakai.

Sikap tidak bertanggungjawab didakwa dilakukan seorang penghuni di blok berkenaan yang gemar mengumpul dan melonggokkan barangan terpakai turut mengundang risiko wabak denggi kepada penghuni lain.

Tinjauan Harian Metro mendapati keadaan di sekitar kawasan perumahan itu kotor dicemari lambakan sampah pukal seperti tayar yang turut ditemui ada jentik-jentik dalam takungan air, botol, plastik, tong dan periuk.

Katanya, berdasarkan rekod, untuk tahun ini ada enam kes denggi dengan paling terbaru pada 19 September lalu.

"Kami mengharapkan kerjasama erat daripada penduduk setempat untuk memainkan peranan dan menyumbang kepada aktiviti bermanfaat seperti membanteras wabak denggi supaya keselamatan dan kesihatan sentiasa terjamin," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tak-bertolak-ansur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.210043 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list