CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13941|Reply: 32

[Tempatan] Pemilik Restoran Michelin Makanan Malaysia Pertama Di New York Ini Akui Tidak Pernah Ke Malaysia.Rakyat Malaysia yang mencuba berbelah bagi

  [Copy link]
Post time 25-5-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 25-5-2024 10:37 PM

5 hari lalu, saluran YouTube CBS News telah berkongsikan kisah kejayaan sebuah restoran makanan Malaysia yang diusahakan oleh seorang chef berasal dari New Delhi,India iaitu Salil Mehta.




Temu bual ringkas tersebut menceritakan bagaimana Salil membangunkan restoran Laut, ‘restoran makanan Malaysia’ pertama yang menerima bintang Michelin di New York.

Salil menghasilkan makanan mengikut ‘citarasanya’ dan mula belajar masakan Malaysia daripada ‘kajian’ dan komuniti Thai yang menetap di New York.

Salil berkata dia bermula sebagai pelajar rekaan dunia fesyen namun meninggalkan industri itu dan mengambil alih Laut pada tahun 2010 dan mencuba bidang ini untuk ‘meneruskan kehidupan’.

Salil mengakui, seumur hidupnya dia tidak pernah ke Malaysia. “Saya tidak pernah ke Malaysia dalam hidup saya,” kata Salil.

Hos rancangan tersebut, Meg Oliver dilihat terkejut dengan pendedahan itu kerana seorang yang tidak pernah merasai sendiri makanan asli di Malaysia boleh berjaya di New York dan seterusnya mendapat pengiktirafan bintang Michelin.

Dalam temu bual tersebut juga, Salil turut menunjukkan cara untuk membuat hidangan yang kelihatan seperti roti canai. Salah satu hidangan paling popular di menu restoran ialah ‘Dragon Breath Char Koay Teow’.

Bagaimana pula dengan rasanya?

Berdasarkan tinjauan ulasan daripada pengunjung restoran ini, ramai yang memuji kesedapan dan rasa hidangan di Laut. Namun, bagi seorang warga Malaysia yang pernah makan di sini, beliau berkata rasanya memang tidak sama seperti apa yang ada di Malaysia.

“Saya dari Malaysia. Saya berada di sini untuk mengunjungi rakan dan berniat mencuba restoran ini selepas membaca ulasan daripada pelanggan lain. Saya agak kecewa dengan makanan di sini. Tidak pasti sama ada mereka salah buat, Teh Tariknya memang tersangat manis, paling manis pernah saya minum sepanjang hidup. Laksanya tidak rasa seperti laksa, rasa ‘sweet chili crab’ tidak sepeti ‘chili crab’.

Tetapi, saya puji kway teow gorengnya yang sedap dan juga rendang daging. Roti canai, sotong goreng dan satay sedap. Jika saya cuma makan semua ini (tidak menu yang awal), saya akan beri 5 bintang. Jika anda mahu cuba makanan authentic Malaysia, di sini ada cuma bukan semuanya,” tulis Sing Kiet Kong yang memberi rating 2/5 bintang untuk restoran Laut.

Kesimpulannya, rasa makanan di restoran ini telah disesuaikan dengan citarasa warga New York dan Salil lebih tahu apa yang mat saleh suka makan. Warga New York pasti terkejut jika merasai makanan tempatan sebenar jika melancong ke Malaysia kerana ia semestinya sangat berbeza dengan apa yang mereka makan di Laut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2024 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dengar pun seram nak makan.. kot leee order mee goreng mamak terlebih bijik pelaga
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2024 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Restoran tu asal namanya KeLaut....ada yg dah kena padam tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 02:31 AM | Show all posts
Sama la melayu yg tak pernah pi oversea tapi jual makanan western...nowadays dah ada yg jual western campur...berlonggok 10 jenis makanan dlm pinggan rasa dah tentu out


Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba ikut resipe che nom ke KA ke aziekitchen ke eh ramailah mesti jadi punya haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk jdrama pasal geng Michelin dtg nak bagi bintang siap undercover mcm spy nak check kualiti masakan n servis..beria betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2024 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu chep one dtg mau agaknya bersembur air liur maki makanan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Heshe ini kenal malaysian food pun di buddha temple prolly siam yang masak... Sendiri cakap inspired bukan authentic... Some his food blend dengan kafir lime leaves... If siapa tengok video heshe ingat authentic memang noob lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2024 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
dagusengett replied at 25-5-2024 02:38 PM
Cuba ikut resipe che nom ke KA ke aziekitchen ke eh ramailah mesti jadi punya haha

Mahu ikut authentic salah 1 recipe koewtiaw kena buat sendiri... So far memang aku tidak pernah jumpa fresh koewtiaw and mee seperti di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 26-5-2024 02:31 AM
Sama la melayu yg tak pernah pi oversea tapi jual makanan western...nowadays dah ada yg jual western ...

takde dpt michelin ke apa . jual gitu2 aje
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 09:58 AM | Show all posts
Restaurant melayu yang dimasak oleh orang melayu di London ni pun tak sama seperti makanan yang dimasak di Malaysia

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 26-5-2024 09:58 AM
Restaurant melayu yang dimasak oleh orang melayu di London ni pun tak sama seperti makanan yang dima ...

Ankel pi restoran mana ni yg tak authentic
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 10:17 AM | Show all posts
Laksa or any noodles kat london/uk or any euro countries xleh nak sama sbb noodles tu sendiri lain rasanya..

apatah lagi kuahnya..
kuah laksa plk klu laksa keda, nak kena cari belacan alor ibus baru sodapp.. tambah pulak dgn ulam2 pucuk putat, pucuk samak, cabai burung..baru authentic laksa kedah..hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 26-5-2024 02:31 AM
Sama la melayu yg tak pernah pi oversea tapi jual makanan western...nowadays dah ada yg jual western ...

Oh betul you cakap, hahah...  This is brilliant.

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 10:41 AM | Show all posts
aku tak heran sgt kalau makanan asia bila sampai new york mmg akan jadi lain, rasa lain, maklumlah kena olah resepi utk blend dengan tekak local. yg lagi aku musykil tomyam thailand tak sama dengan tomyan kedai awe walaupon negara berjiran, taste bud should be similar
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 26-5-2024 11:32 AM
FOTHER-MUCKER replied at 26-5-2024 09:58 AM
Restaurant melayu yang dimasak oleh orang melayu di London ni pun tak sama seperti makanan yang dima ...


Baik dia suruh meols je yang masak, meosl tahu buat Rendang yang authentic, guna daun limau purut dan daun kunyit.

Cuma meols belum explore Daging Opor, Daging Dendeng dan Daging Masak Hitam....masih dalam kajian Authenticity
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2024 12:25 PM | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 26-5-2024 02:31 AM
Sama la melayu yg tak pernah pi oversea tapi jual makanan western...nowadays dah ada yg jual western ...




ini kaedah cuba jaya ni. .. klu ramai suka ertinya percubaan  berjaya



Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
"Saya agak kecewa dengan makanan di sini. Tidak pasti sama ada mereka salah buat, Teh Tariknya memang tersangat manis, paling manis pernah saya minum sepanjang hidup'

katanya chef ni lebih mengenali taste bud ummah sana...takkan la depa minum air manis kaw2
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 12:52 PM | Show all posts
shida81 replied at 26-5-2024 08:29 AM
Klu chep one dtg mau agaknya bersembur air liur maki makanan dia...

dh ramai investors kat ny dok push dia bukak kedai makanan melayu asli kat sana dia tgh dok gabra tuh tak dan nak pencen makan angin satu dunia
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 02:04 PM | Show all posts
ramai yang pandai masak yang sgt2 authentic, tapi kalau marketing, location, account tak betul, belum tentu restoren boleh bertahan more than a year or two.  byk beza tu.  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.078029 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list