CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13033|Reply: 28

[Tempatan] Uncle Mike Besarkan Tiga Orang Anak Melayu Selama 16 Tahun dapat pujian- "Saya Buat Kerana Tuhan"

[Copy link]
Post time 26-5-2024 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode



Kuala Lumpur: "Saya buat ini kerana Tuhan dan ikhlas bukan kerana mahu meraih pujian orang. Sampai bila-bila pun tiga R ini (Rafei, Rasyid dan Rahman) anak saya dan semoga kisah ini menunjukkan untuk membantu tidak melihat kepada kaum."



Itu kata Michael Tong Wai Siong, 55, atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike yang menjaga tiga beradik lelaki yatim piatu, Rafei Ahmad Fauzi, 29, Rasyid, 28, dan Abdul Rahman, 24, sejak 16 tahun lalu seperti anak sendiri dengan turut menyediakan pendidikan sempurna termasuk agama.

Michael berkata, dia menghargai pujian orang ramai selepas kisah mereka disiarkan Harian Metro, namun mengakui agak segan kerana apa dilakukan itu ikhlas demi kasih sayang kepada tiga anak yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

"Saya tak mengharapkan balasan termasuk kepada tiga anak cuma berharap mereka dapat hidup baik-baik. Apa yang saya buat ini bukan untuk meraih pujian tetapi kerana Tuhan dan tak mahu memisahkan mereka tiga beradik.

Sekarang saya gembira melihat tiga anak sudah besar, ada pekerjaan dan seorang sudah berkeluarga, malah saya juga sudah ada tambahan dua R iaitu Rayyan dan Rania, cucu yang menjadi sebahagian jiwa saya," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, dia berharap kisah mereka menunjukkan yang membantu sesama insan tidak perlu melihat daripada bangsa dan agama sebaliknya jika ada kemampuan ia boleh dilakukan untuk memberi kehidupan lebih baik kepada orang lain.

"Saya bukan orang pertama membantu seperti ini dan orang Melayu juga ada membantu orang Cina dan India serta kaum lain dan sebaliknya juga. Ini bukti kita hidup dalam harmoni walaupun masih ada segelintir memainkan isu perkauman.

"Saya sedih melihat isu perkauman dan sebagai rakyat negara yang berbilang kaum kita perlu hidup harmoni dan aman bersama kerana kita semua keluarga," katanya memberitahu rakan Melayu juga memberi tunjuk ajar ketika dia memulakan perniagaan.

Laporan muka depan Harian Metro hari ini menyiarkan kisah Michael yang menjaga Rafei, Rasyid dan Abdul Rahman sejak 16 tahun lalu yang dihantar ke rumah anak yatim selepas ibu bapa kandung mereka meninggal dunia.

Lelaki Tionghua berkenaan menyayangi tiga pemuda itu seperti anak sendiri biarpun tiada pertalian darah dan tidak saling mengenali sebelum ini, malah keluarganya turut menerima anak angkat dengan baik.

www.hmetro.com.my/utama/2024/05/1093760/sampai-bila-bila-pun-rafei-rasyid-dan-rahman-anak-saya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
They wear the same smile, nampak betul2 sefamily. Muda Uncle Mike for his age
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 26-5-2024 11:25 AM

Yang pelik kenapa mata dan mulut anak² angkat dia sama macam Uncle Michael Tong tu

Tengok kulit anak angkat dia semua elok, elok dia jaga takde Scabies.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 12:43 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 26-5-2024 12:44 PM

Setelah melihat berita baik yang  menyentuh hati ini... kemudian timbul pertanyaan ..

Adakah orang melayu baik macam Uncle Mike yang melakukan hal yang sama kepada anak berbangsa china ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 02:08 PM | Show all posts
nusaraya replied at 26-5-2024 12:43 PM
Setelah melihat berita baik yang  menyentuh hati ini... kemudian timbul pertanyaan ..

Adakah orang  ...

ada.  ramai.  cuma yang berbeza adalah, anak2 tersebut akan diislamkan, dan di'melayu'kan di dalam ic....(but, not sure lah kalau sekarang masih boleh di'melayu'kan di dalam ic)

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 26-5-2024 02:08 PM
ada.  ramai.  cuma yang berbeza adalah, anak2 tersebut akan diislamkan, dan di'melayu'kan di dalam ...


Yup,betul sngt.nenek iols salah sorngnya.keturunan chinese tpi dlm ic melayu.
Muka mmng chinese habis weols anak beranak.
iols pernah ditanya casher pasaraya."Chinese ke?"lepastu iols ckp "eh tk la".
Dlm kereta mak ckp iols lupa daratan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2024 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahriman replied at 26-5-2024 06:52 PM
Yup,betul sngt.nenek iols salah sorngnya.keturunan chinese tpi dlm ic melayu.
Muka mmng chinese  ...

Hahaha
Anak iols Pula...sekolah sjkc
Darjah 5 Baru pakai tudung ke sekolah
Lepas tu kawan2 dia semua tak cam dia..
Dia tegur2..
Kawan dia cakap
"U Baru masuk melayu ke?"
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 07:20 PM | Show all posts
Ahriman replied at 26-5-2024 02:52 AM
Yup,betul sngt.nenek iols salah sorngnya.keturunan chinese tpi dlm ic melayu.
Muka mmng chinese  ...

Saya masih ingat lagi lama dahulu Tan Sri mohamed rahmat(bangsa jawa) pernah bagi tau dia tak boleh dapat bantuan biasiswa kerajaan kerana dia bukan berbangsa melayu. Waktu itu mungkin Tahun 40an 50an.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2024 07:57 PM | Show all posts
baik betul uncle ni sampai tidak buddhakan 3 budak2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 08:13 PM | Show all posts
Jika melayu penjaga mesti sudah di islamkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 08:13 PM | Show all posts
Jika melayu penjaga mesti sudah di islamkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
TINGAT....'bapa Msia...mak indon....'
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 26-5-2024 07:20 PM
Saya masih ingat lagi lama dahulu Tan Sri mohamed rahmat(bangsa jawa) pernah bagi tau dia tak bole ...

itu..du......lu.La ni... semua indon isle dpt IC semua.....MELAYU MALAYSIA....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 26-5-2024 12:43 PM
Setelah melihat berita baik yang  menyentuh hati ini... kemudian timbul pertanyaan ..

Adakah orang  ...

Mesti uol tak baca sejarah kan. Menimbun anak cina diberi pada orang melayu untuk dibela ya especially masa zaman jepun dan selepasnya. Oh lupa indon kan mesti tak tau sejarah malaysia. Dibela dengan sangat baik ya. Tak racist macam uol. My atok ada adik angkat cina yang dibela ya. Kalau tak habis dibunuh jepun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 26-5-2024 10:57 PM
FOTHER-MUCKER replied at 26-5-2024 07:20 PM
Saya masih ingat lagi lama dahulu Tan Sri mohamed rahmat(bangsa jawa) pernah bagi tau dia tak bole ...


Tahun 40an 50an memang Jawa dan Banjar tak dianggap Melayu.

Tapi ada kot yg diMelayukan awal.

Cuma atok nenek aku dgn mak aku ditukis Banjarese dalam Birth Certificate.

Nak mohon tanah pun tak dapat.

Lagi zaman tu Sultan Selangor kawen dgn Puteri Langkat yang keluarganya dibantai kat Sumatera Utara tu kan.

So memang susah nak dapat tanah...so atok nenek akuduk tanah takda geran kat kawasan air buangan Sungai Sireh Tg Karang tu (luar ban). Diorang utamakan Melayu Bugis dan Melayu Kedah duduk kat Jalan utama Parit 1 Sg Sireh, Tg Karang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 12:26 AM | Show all posts
nusaraya replied at 26-5-2024 04:43 AM
Setelah melihat berita baik yang  menyentuh hati ini... kemudian timbul pertanyaan ..

Adakah orang  ...

Perlembagaan membenarkan Orang Melayu Islam mengislamkan anak cina india.
Perlembagaan melarang Orang Cina dan India mengkapirkan anak melayu Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2024 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 26-5-2024 12:43 PM
Setelah melihat berita baik yang  menyentuh hati ini... kemudian timbul pertanyaan ..

Adakah orang  ...

China? Tak reti beza China dan Cina.


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Arwah nenek aku atr yg dimelayukan dulu. Arwah nenek aku ank cina..tp arwah moyang aku melayu amik nenek aku jd anak agkat.moyang aku amik 3 org ank cina termasuk nenek aku ni. Dulu2 cina x suka anak pompuan. Jdnya semua ank2 cina yg moyang aku amik dimelayukan. pernah tya arwah, xnk cari ke famili kandung..mrh arwah pd kami..katanya..buat apa nk cari.xyh nk cari2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 26-5-2024 02:08 PM
ada.  ramai.  cuma yang berbeza adalah, anak2 tersebut akan diislamkan, dan di'melayu'kan di dalam ...

Nak tanya gak pasal ni knp cina bela anak melayu islam elok je kekal islam
Tp anak cina diislam kan plak
Ke sbb cina bela budak2 tu dh besar?
Kalau melayu bela budak non muslim yg dh besar adakah akan biar je budak tu pilih sndiri nk jd muslim ke idak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2024 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Contoh yg baik harus diwarwarkan.  Banyak dugaan untuk uncle Mike nie masa membesarkan 3 budak2 nie. Semuga bahagia sebagai  famili sehingga ke akhir hayat.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.079712 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list