CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Selangor] Polis minta saksi kemalangan 3 kenderaan tampil

[Copy link]
Post time 10-10-2022 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Shah Alam: Orang awam atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan yang membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 17.1 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang di sini, pada pagi semalam diminta untuk tampil membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian pada 4.52 pagi itu membabitkan lima lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an yang mana salah seorang daripadanya parah.

"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika sebuah Toyota Vios dipercayai dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang yang dipandu di lorong tengah dilanggar di sebelah tepi oleh sebuah Range Rover yang datang dari arah belakang.


"Ia menyebabkan Toyota Vios berkenaan terbabas ke lorong kanan lalu melanggar pembahagi jalan, manakala Range Rover terbabas ke sebelah kiri lebuh raya.

"Sebuah lagi kenderaan jenis Perodua Bezza yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang Toyota Vios," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan pemandu kereta Toyota Vios parah, manakala dua penumpang kereta berkenaan cedera ringan.

Katanya, pemandu Range Rover serta Perodua Bezza juga mengalami cedera ringan.

Mohd Iqbal berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

"Setakat ini, laporan diterima oleh pemandu Toyota Vios, manakala pemandu kedua-dua kenderaan lain yang terbabit masih belum membuat laporan polis.

"Kesemua individu yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut," katanya.

Menurut Mohd Iqbal, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil menghubungi pihaknya.

"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -3-kenderaan-tampil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.283899 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list